Posts

Showing posts from December, 2017

BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN DARIPADA ALLAH SWT.

Setiap yang Allah swt berikan kepada kita, samada bentuk positif atau negatif perlulah kita syukuri. Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya. Dalam perjuangan yang penuh liku, sifat taqwa adalah kunci kejayaan. Tanpa taqwa, tiada bantuan daripada Allah swt. Allah hanya membantu orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, seorang hamba pandai berperasaan dan berfikir mengikut kehendak Tuhan. Abuya dalam berjuang, sentiasa bersyukur dengan apa yang dia lalui. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik. Pernah terjadi dalam sejarah hidup Abuya, peristiwa ini berlaku ketika di Tanjung Karang. Abuya dicemburui kerana cita-cita dan perjuangannya. Abuya tidak sekadar berkata malah mengkotakan kata-katanya. Maka terjadi satu kejadian