BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN DARIPADA ALLAH SWT.
Setiap yang Allah swt berikan kepada kita, samada bentuk positif atau negatif perlulah kita syukuri. Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya.
Dalam perjuangan yang penuh liku, sifat taqwa adalah kunci kejayaan. Tanpa taqwa, tiada bantuan daripada Allah swt. Allah hanya membantu orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, seorang hamba pandai berperasaan dan berfikir mengikut kehendak Tuhan.
Abuya dalam berjuang, sentiasa bersyukur dengan apa yang dia lalui. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik. Pernah terjadi dalam sejarah hidup Abuya, peristiwa ini berlaku ketika di Tanjung Karang. Abuya dicemburui kerana cita-cita dan perjuangannya. Abuya tidak sekadar berkata malah mengkotakan kata-katanya. Maka terjadi satu kejadian ketika pulang daripada ceramahnya, Abuya menunggang motornya dan terjatuh ketika melalui jambatan tempatnya ceramah. Semua yang berada di situ ketika itu mendengar ucapan Abuya dengan sangat jelas, iaitu "ALHAMDULILLAH". Jatuh dalam parit pun Abuya bersyukur kepada Allah. Kata Abuya, tanda Allah masih beri perhatian kepada si hamba.
Begitu juga ketika jemaahnya diharamkan dan dihancurkan, Abuya bersyukur kepada Tuhan kerana banyak hikmah dan pengajaran kepada ramai manusia. Tidak sedikit pun dendam Abuya pada kerajaan Tun Mahathir ketika itu. Malah Abuya mendoakan Tun Mahathir mendapat hidayah.
Kini, buah daripada perjuangan Abuya sedang berputik dan berkembang dengan baiknya. Kesedaran di kalangan rakyat Malaysia yang luarbiasa, maruah dan imej Malaysia yang bertambah baik kerana bumi bertuah ini sedang Allah pelihara.
Anak kunci semua kejayaan ini ialah sifat taqwa. Sifat inilah yang menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya. Sifat inilah yang dituntut daripada kita, yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.