Posts

Showing posts from February, 2014

ORANG TIMUR PENCETUS DUNIA BARU ISLAM.

Amerika dan dunia barat seperti singa tua yang sudah kehilangan taringnya. Barat sudah menjadi kiblat masyarakat dunia termasuk dunia Islam sekian lama. Kini Barat cuba mengabrui mata dunia untuk menjadi superpower mutlak.  Sedangkan realitinya, Barat sudah tidak punya masa depan, apalagi untuk menerajui dunia. Ulama di Malaysia ada buat kajian tentang perkara tersebut yang mengupas segala gejala yang memusnahkan Barat dan umat manusia seluruhnya. Buah fikiran orang Timur yang menulis bukan dari emosi tapi  berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pandangan mata hati  yang tajam. Disenaraikannya satu persatu kepincangan  Barat yang selama ini terselindung di sebalik  kecanggihan teknologi dan kekuatan ketenteraan. Diberitahu sebab musabab serta punca-puncanya dan diberinya jalan keluar yang terbaik untuk menyelamatkan Barat daripada kemusnahan  mutlak. Memang ubat itu biasanya pahit untuk ditelan. Begitulah dengan buah fikiran orang Timur itu, mungkin terlalu pahit bagi orang Barat untuk

AKHLAK RASULULLAH DENGAN PARA SAHABAT.

Akhlak Rasulullah sangat agung terhadap sesiapa sahaja. Mari kita lihat bagaimana kehidupan baginda bersama para sahabat. Rasulullah SAW bertindak mengenali dan mengasihi para sahabat dan bermesra dengan mereka bagaikan ayah dengan anak-anak. Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Setiap katanya dikota. Pada peribadinya terhimpun seluruh kandungan Al-Quran, lahir dan batin. Hinggakan dikatakan Rasulullah itu ialah Al-Quran bergerak. Rasulullah adalah model cara hidup Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. Beliau merupakan figur yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya. Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah SAW, maka para sahabat rela berjuang, susah dan senang bersama baginda. Cita-cita dan harapan Rasulullah menjadi cita-cita dan harapan mereka. Dengan kesatuan itu, mereka sanggup mati mempertahankan Rasulullah SAW. Setiap tutur kata, gerak gerinya adalah didikan buat para sahabat. Beliau berpegang teguh dengan prinsip "guru m

HATI MANUSIA IBARAT SEORANG RAJA.

Firman Allah:                                                                  Ø¥ِÙ„َّا Ù…َÙ†ْ Ø£َتَÙ‰ اللَّÙ‡َ بِÙ‚َÙ„ْبٍ سَÙ„ِيمٍ MaksudNya:  " Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera" (dari syirik dan penyakit munafik) ( Syuara:88-89 ). Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan. Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dala