Posts

Showing posts from March, 2016

BONUS UNTUK PEJUANG ISLAM DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

Image
Ibadah dalam Islam mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semula-jadinya yang bersih dan suci, supaya manusia boleh hidup dengan tenang, bahagia dan harmoni. Inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Tuhan tidak mengambil untung dari hamba-hamba ciptaan-Nya. Hamba-hamba-Nyalah yang mendapat untung dari apa yang diamalkannya. Walau apa pun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia mestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Walau apapun kebaikan yang timbul dari ibadah, ia semestinya bersifat rohaniah dan batiniah. Kalau pun ada ibadah yang melibatkan material, ia tetap bertujuan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan rohaniah. Contoh ibadah solat atau sembahyang yang merupakan tiang agama dan ibu segala ibadah. Solat merangkumi sembahyang para nabi,para rasul dan para malaikat. Ia adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsafan terlihat didalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati.  Kalau solat dapat dibuat dengan sempurna iaitu dengan

BERSANGKA BAIKLAH KEPADA ALLAH.

Image
"Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" - inilah lafaz dan ucapan yang mesti diucapkan sebelum melakukan sebarang amal perbuatan dan pekerjaan. Hikmahnya terlalu banyak. Tersingkap dan tersimpan 1001 rahsia bersama ayat yang Islam ajarkan untuk dibaca setiap kali sebelum melakukan apa jua pekerjaan. Kali ini, kita ambil sedikit sahaja daripada hikmah dan ilmu yang sangat tinggi nilainya yang Allah ajarkan kepada kita. Yang sedikit ini jika dihayati dan difahami, cukup untuk menenangkan jiwa, menghilangkan duka dan nestapa, memberikan kebahagian dan keselamatan yang membawa ke akhirat kelak, insha Allah. Dalam banyak-banyak nama dan sifat Allah yang kita ketahui ataupun tidak, Allah pilih 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' sebagai lafaz yang dikampilkan untuk diucapkan selalu dalam kehidupan seharian. Kenapa tidak dipilih nama-nama atau sifat yang gagah seperti 'Al-Qahhar' atau 'Al-Jabbar', 'Al-Qawiy', 'Al-Mutakab