Posts

Showing posts from April, 2016

AMERIKA, CHINA, MALAYSIA DAN KEBANGKITAN ISLAM.

Image
Malaysia menjadi medan pertarungan antara China dengan Amerika. Timur adalah gelanggang peperangan antara China dengan Amerika. Pertarungan mereka dapat dilihat melalui budaya kehidupan di Malaysia. Masyarakat yang mendapat hidayah dari Tuhan ada kekuatan melawan arus China dan Amerika. Masyarakat yang terpimpin ada kekuatan berdepan dengan pengaruh China dan Amerika. Pertarungan berlaku secara kebudayaan dan perlumbaan senjata nuklear. Ia dapat dilihat dengan jelas secara fizikal. Hasil pertarungan dapat dilihat secara lahir. Pemimpin Islam di era ini mendapat kekuatan kebangkitan Islam. Malaysia sebuah negara kecil namun lantang bersuara di PBB. Panda spesies yang hampir pupus itu diterbangkan dari pangkalan panda di Dujiangyan, Chengdu melalui pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 MH6462, insentif penajaan penerbangan oleh MASKargo. Panda ini sangat signifikan kerana 2014 merupakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Beijing. Pada Mei 2014, Perdana Men

MENCINTAI ALLAH RAHSIA KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA.

Image
Setiap manusia yang mendirikan rumah tangga inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia, aman damai, harmoni, berkasih sayang dan mendapat keredhaan Allah. Rumah tangga yang diidamkan tidak akan wujud tanpa pendorong yang kuat iaitu rasa cinta dan takut kepada Tuhan. Bila cinta dan takut kepada Allah wujud dalam setiap anggota keluarga, maka kepentingan peribadi akan terkikis. Kasih sayang adalah keperluan asas manusia yang bersifat maknawi dan rohani. Apabila manusia tidak mendapatkanya, maka jiwa menderita, hilanglah kebahagian.  Diantara wadah untuk mencetuskan kasih sayang adalah perkahwinan. Dari keluarga bahagia yang diikat dengan rasa cinta dan takut kepada Tuhan, lahirlah generasi yang akan memakmurkan dunia ini dengan kemajuan, keadilan dan kedamaian. Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang. Ia ibarat laut. Sebanyak mana pun beka