AMERIKA, CHINA, MALAYSIA DAN KEBANGKITAN ISLAM.

Malaysia menjadi medan pertarungan antara China dengan Amerika. Timur adalah gelanggang peperangan antara China dengan Amerika. Pertarungan mereka dapat dilihat melalui budaya kehidupan di Malaysia. Masyarakat yang mendapat hidayah dari Tuhan ada kekuatan melawan arus China dan Amerika. Masyarakat yang terpimpin ada kekuatan berdepan dengan pengaruh China dan Amerika. Pertarungan berlaku secara kebudayaan dan perlumbaan senjata nuklear. Ia dapat dilihat dengan jelas secara fizikal. Hasil pertarungan dapat dilihat secara lahir. Pemimpin Islam di era ini mendapat kekuatan kebangkitan Islam. Malaysia sebuah negara kecil namun lantang bersuara di PBB.

Panda spesies yang hampir pupus itu diterbangkan dari pangkalan panda di Dujiangyan, Chengdu melalui pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 MH6462, insentif penajaan penerbangan oleh MASKargo. Panda ini sangat signifikan kerana 2014 merupakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Beijing. Pada Mei 2014, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak melakukan lawatan rasmi ke Beijing. China adalah rakan dagang ke lima terbesar dengan Malaysia.

China sejak enam dekad lepas telah menggunakan panda sebagai pemudah cara untuk berurusan dengan negara lain, ia juga dilihat sebagai taktik diplomasi yang menentukan semangat setia kawan antara negara-negara lain yang mahu bersekutu dengan China khususnya dalam melibatkan soal perdangangan dan hubungan luar. Konsep yang diguna pakai oleh China ini dikenali sebagai Diplomasi Panda. Pada 1957, Mao Tse-Tung menghadiahkan seekor panda kepada Rusia sebagai tanda penghargaan kepada Moscow yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai negara berdaulat.

Pada 1972 China menghadiahkan Ling-Ling dan Hsing-Hsing kepada Amerika Syarikat semasa Presiden Richard Nixon melakukan lawatan rasmi ke Beijing sebagai permulaan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Sepasang panda, Chia-Chia dan Ching-Ching dihadiahkan sempena lawatan Perdana Menteri United Kingdom Edward Heath ke China pada 1974. Panda juga dijadikan senjata ugutan diplomatik. Pada 2010, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama terus juga menemui Dalai Lama walaupun dibantah pihak Beijing. Lantaran itu AS didesak agar memulangkan panda yang dilahirkan melalui pasangan panda yang dipinjamkan.

China mempunyai hubungan yang lama dengan Tanah Melayu. Melalui hubungan China dengan Melaka tercatit dalam sejarah. Perkembangan hubungan klasik itu sangat luar biasa. Tuhan telah taqdirkan Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam kali kedua di Timur. Maka untuk membenarkannya, Tuhan gerakan pendakwah dari Gujerat India membawa Islam ke Tanah Melayu. Begitu juga Bangsa China dari etnik Hui iaitu Laksamana Cheng Ho, ahli pelayaran yang sangat terkenal itu adalah seorang Islam. Laksamana Ching Ho berangkat ke Melaka dari Smatow.

Hui salah satu etnik yang ada di tanah besar China sama seperti bangsa Melayu. Apabila disebut berbangsa Melayu, maka agamanya ialah Islam. Begitu jugalah dengan bangsa China dari etnik Hui ini, bila disebut Hui, mereka semuanya beragama Islam.

Baginda Rasulullah memerintahkan sahabat-sahabatnya berdakwah keseluruh dunia termasuk Alam Melayu. Penerimaan dakwah ISLAM dari benua Nusantara ini sahajalah ISLAM diterima secara beramai-ramai tanpa perang. Dakwah telah berkembang secara serius di seluruh dunia. Kira-kira dua pertiga daripada sahabat Rasulullah dimaqamkan di luar Semenanjung Tanah Arab. Ertinya mereka meninggalkan rumah serta keluarga mereka, dan kaum kerabat untuk memperjuangkan agama Allah di tempat-tempat lain, hingga akhirnya mereka berkubur di merata tempat.

Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika Syarikat-Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara-negara kecil seperti Malaysia. Hubungan antara kedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai intim dan erat. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi. Kedutaan Amerika Syarikat terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang dan beberapa kali menjadi sasaran penunjuk perasaan rakyat Malaysia berhubung isu Palestin. Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat memuncak dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Kuala Lumpur pada 26 April 2014. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua oleh pemimpin utama Amerika Syarikat ke Malaysia selepas Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.

Amerika Syarikat adalah pelabur asing terbesar di Malaysia. Syarikat-syarikat dari Amerika giat melabur di Malaysia terutamanya dalam sektor tenaga, elektronik, dan pembuatan, dan menggaji hampir 200,000 rakyat tempatan. Nilai kumulatif pelaburan persendirian A.S. dalam sektor pembuatan di Malaysia adalah lebih kurang $15 bilion. Dalam tahun 1970-an, syarikat-syarikat Amerika termasuk Agilent, AMD, Fairchild Semiconductor, Freescale, Intel, Texas Instrument dan Western Digital telah merintis sektor elektrikal dan elektronik (E&E) di Malaysia, serta mengeksport berbilion ringgit barangan itu ke kilang-kilang dan sebagainya di seluruh dunia setiap tahun. Syarikat utama minyak dan gas, termasuk ExxonMobil, ConocoPhillips, Hess dan Murphy Oil telah melabur berbilion ringgi untuk membangunkan sumber tenaga Malaysia.

Tuhan siapkan juga bekalan kekuatan kepada negara-negara yang meniti jadual Allah. Berkat bersandar dengan mukjizat rasul akhir zaman melalui jadual Tuhan. Pemimpin negara Islam dan umat Islam ikut sahaja di bawa arus kebangkitan.

Sekalipun tidak pandai bereneng yang penting timbulkan diri supaya boleh bernafas. Akhirnya akan sampai juga ke hilir. Begitulah berkat berada dan berjuang di era kebangkitan Islam. Negara Islam bermodalkan taqwa dan diberkati dengan dibekalkan dengan kekuatan dari langit junudullah yang tak kelihatan oleh mata kasar. Orang kafir dan negara mereka dengan kekuatan lahiriah. (قوة). Ada negara yang memberi laluan dan menyokong kebangkitan ulama yang memperjuangkan Imam Mahdi negara itu diturunkan berkat. Imam mahdi sebagai pemimpin akhir zaman ia menjadi sumber mendapatkan bantuan Allah untuk menguatkan kembali Islam. Allah turunkan barokah melimpah ruah. Negara yang memberi laluan kepimpinan orang yang memperjuangkan Imam Mahdi juga membantu kita dari fitnah Dajal.


Negara yang memberi laluan kepada kebangkitan Islam akan mendapat bonus besar dari Tuhan. Negara yang turut membela Allah dan Rasul di era kebangkitan Islam, buat satu kekuatannya Tuhan beri seperti sepuluh kekuatan. Maka bagi negara yang mengikut arus kebangkitan Islam yang telah Tuhan tetapkan mendapat kekuatan yang dijanjikan itu. Moga kita termasuk orang yang mendokong negara Malaysia sebagai tapak empayar Islam. Siapapun menolak atau menentang agenda ini ertinya ia menolak agenda Tuhan untuk kebangkitan Islam sekali lagi. Dia bukan berdepan dengan jadual manusia tetapi berdepan dengan jadual Tuhan. Sekalipun musuh musuh Tuhan tidak menyukainya. Usaha usaha musuh Tuhan tetap akan gagal.

Negara yang menjadikan ahlu sunah wal jamaah sebagai pegangan suka Menganjurkan program yang menyuburkan rasa bertuhan dan berkasih sayang. Negara seperti itu disenangi oleh semua manusia kerana ianya bersesuain dengan fitrah manusia. Kita dipermudahkan di era ini berkat kebangkitan Islam, untuk berkasih sayang. Bonus besar bila kita bela Allah dan Rasul di era kebangkitan Islam. Golongan yang membela Allah dan Rasul ( Ahli Sunnah Wal Jamaah) mereka mengambil pendekatan secara kasih sayang (bil hikmah) dalam mengembangkan ajarannya. Allah jelaskan panduan tersebut dalam Al Quran surah Maryam, 19:96 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang."

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?