Posts

Showing posts from September, 2016

PERJUANGAN ABUYA TELAH BANYAK DISELEWENGKAN.

Image
Islam bukan sekadar satu akidah kepercayaan atau suatu pegangan. Ia adalah satu sistem hidup. Di dalamnya terkandung berbagai hukum-hakam dan perundangan serta sistem-sistem yang melibatkan akidah dan ibadah. Sama ada ibadah yang berbentuk lahir mahupun rohaniah. Ibadah lahir itu apa yang dinamakan syariat dan ibadah rohaniah itu ialah apa yang dinamakan tasawuf. Inilah dia Iman (Akidah), Islam (syariat), dan Ihsan (Tasawuf). Bila kita hendak berbuat dan berjuang untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul, tidak cukup hanya dengan semangat-semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan adanya ilmu itu, kena difahaminya pula. Dengan faham, baru boleh datang penghayatan seterusnya melaksanakannya. Tanpa ilmu manusia boleh tersesat jalan. Tanpa ilmu manusia takkan kenal Tuhannya, Allah swt. Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu ada mengatakan, العِلْمُ إِمَامُ العَمَل

APAKAH KITA SUDAH BENAR-BENAR MERDEKA?!

Image
Selepas tujuh ratus tahun wujudnya empayar Islam, sedikit demi sedikit kawasan jajahan empayar Islam dijajah oleh kuasa kuasa Barat termasuk Britain, Perancis, Belanda, Portugal dan lain-lain lagi. Jajahan empayar Islam dibuatkan sempadan dan dibahagi-bahagikan di antara kuasa-kuasa penjajah tersebut. Lahirlah berbagai negara di kawasan empayar Islam yang dahulunya adalah di bawah naungan satu pemerintahan. Di kawasan timur tengah iaitu di kawasan umat berbangsa Arab sendiri, Britain telah menubuhkan berbagai negara termasuk Mesir, Arab Saudi, Jordan, Iraq, Syria dan sebagainya. Di utara Afrika, Perancis menubuhkan Algeria, Tunisi Libya, Maghribi dan lain-lain lagi. Benua ke India pula dipecah dua kepada India dan Pakistan. Begitulah seterusnya yang berlaku di kawasan-kawasan dunia Islam yang lain. Malaysia (atau Malaya) ketika itu tidak terkecuali. Disebabkan pengaruh penjajahan ini, banyak perkara yang besar-besar telah hilang dan umat Islam. Di antaranya, umat Islam telah hilang sa

PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUM MERDEKA DAN SELEPASNYA.

Image
Di sini, beberapa senarai yang Abuya Syeikh Ashaari telah keluarkan berkaitan kemerdekaan manusia hasil pengalaman hidupnya dan pemerhatian beliau sekaligus menjadi buah fikirannya, khusus buat rakyat Malaysia sebagai bahan fikiran dan muhasabah; apakah kita telah merdeka dengan kemerdekaan yang sebenarnya? Perbezaan Masyarakat Sebelum Merdeka dan Selepasnya. 1. Sebelum Merdeka, boleh berada di satu kampung orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya. Zaman sekarang sudah disusun begitu rupa, ada taman orang miskin (perumahan kos rendah), ada taman golongan pertengahan, ada taman golongan hanya kelas untuk orang-orang kaya dan golongan atasan. 2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah, justeru hidup nafsi-nafsi telah menebal. 3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama, sama-sama dijaga dan setiap orang boleh menegur dan merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan betapa orang biasa. 4. Dahulu orang bu

ORANG YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT.

Image
Orang yang merasa dirinya mulia, sebenarnya di sisi Tuhan adalah hina. Ini kerana bagi Tuhan, sepertimana yang disebutkan-Nya dalam Al-Quran; orang yang mulia itu ialah orang yang bertaqwa . Di mana kemuliaan orang bertaqwa? Kemuliaan itu letak pada hatinya. Hati yang cukup tinggi rasa hamba dengan Tuhannya. Rasa hamba itu ada berbagai dan yang paling menonjol itu adalah rasa hina dengan Tuhan. Rasa hina ini, biasanya ia menjadi subur di dalam sembahyang. Bilamana dia sembahyang, terutama pada waktu sujud, di waktu itulah benar-benar dirasakan dirinya hina. Yang dirasakan dalam hatinya walaupun sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, tetapi bolehlah dimaksudkan sebegini: “Aku ini hina, wahai Tuhan... Kau jadikan aku daripada tanah. Aku ini hina, Tuhan... Kau jadikan aku daripada setitis air mani yang hina. Aku ini hina, Tuhan... Aku hina seperti najis. Kau Tuhan yang maha Tinggi, aku hamba yang hina. Aku menghina diri di hadapanMu Tuhan dan itulah yang selayaknya buat aku sebag