PERJUANGAN ABUYA TELAH BANYAK DISELEWENGKAN.
Islam bukan sekadar satu akidah kepercayaan atau suatu pegangan. Ia adalah satu sistem hidup. Di dalamnya terkandung berbagai hukum-hakam dan perundangan serta sistem-sistem yang melibatkan akidah dan ibadah. Sama ada ibadah yang berbentuk lahir mahupun rohaniah. Ibadah lahir itu apa yang dinamakan syariat dan ibadah rohaniah itu ialah apa yang dinamakan tasawuf. Inilah dia Iman (Akidah), Islam (syariat), dan Ihsan (Tasawuf).
Bila kita hendak berbuat dan berjuang untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul, tidak cukup hanya dengan semangat-semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan adanya ilmu itu, kena difahaminya pula. Dengan faham, baru boleh datang penghayatan seterusnya melaksanakannya. Tanpa ilmu manusia boleh tersesat jalan. Tanpa ilmu manusia takkan kenal Tuhannya, Allah swt. Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu ada mengatakan,
“Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang (mengikutinya) setelah adanya ilmu.”
Allah Ta’ala berfirman,
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.” (Al-Mujadalah: 11)
Daripada Firman Allah taala di atas, Allah menyebut orang-orang yang beriman dahulu kemudian mereka yang berilmu, dan jelas disini mereka yang beriman adalah yang berilmu dan kemudian mereka yang berilmu untuk menjadi orang yang beriman (iman yang sentiasa kekal dengan Tuhannya). Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia tentang agama.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Nabi saw., baginda bersabda: Allah Swt berfirman: "Hai anak Adam, jika kamu bersabar dan ikhlas saat tertimpa musibah, maka Aku tidak akan meridhai bagimu sebuah pahala kecuali surga." (HR. Ibnu Majah)
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR. Bukhari)
Jemaah Abuya atau jemaah Islam ialah jemaah yang berteraskan syariat, perpaduan dan kasih sayang.
Hal ini tidak berlaku lagi dalam kelompok yang mengatakan mereka membawa perjuangan Abuya, meneruskan perjuangan Abuya. Kerana terang-terangan syariat Islam dilanggar, digubal dan diubah ikut selera dan kepentingan semasa. Inilah realiti yang berlaku. Mengapa? Kalau Islam diletakkan dihadapan mana mungkin berlaku perlanggaran syariat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun niat dan tujuan untuk berbuat baik tapi dalam perlaksaan melanggar syariat Allah, itu sudah lari dari dasar perjuangan Islam.
Abuya memperjuangkan keluarga role model, kerana Rasulullah saw adalah Uswah Hasanah, iaitu contoh ikutan, siapa yang mahu perjuangkan Islam mestilah menyalin apa yang baginda lakukan pada dirinya, keluarganya dan masyarakatnya. Sistem keluarga besar dan kecil (poligami) yang mana anggota-anggotanya membesarkan Tuhan dan berkasih sayang, bahagia dan harmoni. Bukan sahaja mengukuhkan institusi keluarga, bahkan menyatukan negara melalui sistem kekeluargaan dalam Islam. Inilah yang telah Abuya wujudkan dan perjuangkan dengan Islam sebagai asasnya, syariat sebagai panduan dan ikutan. Mengikut apa yang Baginda saw lakukan, dengan perkahwinan menyatukan para sahabat yang berlainan bangsa, negara, etnik, dan budaya.
Tetapi apa yang berlaku sekarang, keluarga Abuya dibuang dari syarikat atau jemaah yang Abuya bangunkan. Dengan tuduhan dan fitnah dahsyat yang direka, melagakan keluarga Abuya satu sama lain dengan cara-cara yang sangat melanggar syariat malah menggunakan nama Islam dan Rasul untuk meruntuhkan perjuangan Abuya ini. Tak kurang juga kepada kawan-kawan Abuya dan mereka yang Abuya bina, ada antara mereka tak terkecuali melalui ujian dan fitnah ini. Hanya kerana sedikit perbeaan pendapat, menyuarakan teguran dan mengingatkan kepada dasar dan asas perjuangan dan prinsip Abuya, dibuang, difitnah, malah dimusuhi. Inilah trend dan budaya sekarang.
Berbeza dengan Abuya, jika ada masalah atau perselisihan Abuya akan menyatukan dan menyelesaikan dengan baik. Namun apa yang dibuat kepada jemaah Abuya, dipisahkan dan dicerai-beraikan. Keluarga Abuya diperlakukan sesuka hati. Bersikap bermuka-muka, depan lain belakang lain. Setelah keluarga Abuya beberapa ahli dibuang, mereka dipinggirkan, dilarang berjumpa bagi ahli-ahli jemaah dan siapa melanggarnya akan dibuang. Keluarga Abuya yang masih bersama dengan mereka diugut dan ditakut-takutkan, berat tuduhan terhadap keluarga yang dibuang seperti kalau berjumpa boleh tercabut Iman, menjadi konco dajjal dan sebagainya.
Ini bukanlah rekaan atau tuduhan semata, malah buktinya ada. Bukti-bukti fitnah dan tohmahan terhadap keluarga Abuya, malah perbuatan khianat juga ada buktinya dan disimpan, tak terkecuali oleh pihak berkuasa. Lebih 20 tahun pihak keselamatan menjaga Abuya, mereka lebih kenal Abuya dan perjuangan daripada kebanyakan pengikut Abuya sendiri. Namun mereka berharap, sesama pengikut Abuya dapatlah selesaikan baik-baik kerana sepatutnya dengan ilmu dan panduan yang Abuya berikan bukan situasi dan kejadian ini yang patutnya berlaku. Saidina Mu’adz bin Jabal mengatakan,
“Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang setelah adanya ilmu.”
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." (Hadits riwayat Tirmizi, dari Ibnu Mas'ud)
Bila kita hendak berbuat dan berjuang untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul, tidak cukup hanya dengan semangat-semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan adanya ilmu itu, kena difahaminya pula. Dengan faham, baru boleh datang penghayatan seterusnya melaksanakannya. Tanpa ilmu manusia boleh tersesat jalan. Tanpa ilmu manusia takkan kenal Tuhannya, Allah swt. Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu ada mengatakan,
العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ
“Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang (mengikutinya) setelah adanya ilmu.”
Allah Ta’ala berfirman,
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.” (Al-Mujadalah: 11)
Daripada Firman Allah taala di atas, Allah menyebut orang-orang yang beriman dahulu kemudian mereka yang berilmu, dan jelas disini mereka yang beriman adalah yang berilmu dan kemudian mereka yang berilmu untuk menjadi orang yang beriman (iman yang sentiasa kekal dengan Tuhannya). Rasulullah saw bersabda,
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ
Mana mungkin kita nak berdakwah dan berjuang tanpa ilmu dan faham agama. Faham takkan datang tanpa ilmu yang diamalkan. Sebab itu ramai orang termasuk cerdik pandai ada sahaja yang tersasar dalam berjuang. Sebab ilmu tak tepat, jauh sekali dari faham. Namun satu hakikat mesti diakui, bahwa untuk mencapai hal itu tidaklah semudah yang kita rasakan dan gambarkan. Di samping penentang dan musuh yang pasti tidak akan mengalah dan duduk diam sahaja. Musuh tidak akan mengalah dengan kita. Dan perlu diingat bahawa musuh kita ini akan gunakan segala macam cara dan strategi untuk halang kebangkitan Islam. Inilah yang membuat pertarungan orang beriman menghadapi mereka menjadi sangat berat. Musuh pula ada lahir dan batin. Ada yang sememangnya berada di barisan musuh dan ada yang bersama kita, dan berada dalam diri pejuang itu sendiri.
Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh," (Surah Al-An’aam 112).
Setiap perjuangan akan diuji, samada perjuangan membesarkan Allah atau perjuangan kebatilan. Musuh pula datang dari pelbagai sudut. Ada musuh dari luar dengan niat menghancurkan, ada musuh dari dalam tanpa sedar merosakkan dan menghancurkan daripada dalam, samada menyelinap masuk ataupun tanpa sedar asalnya bukan musuh namun jika matlamat dan cita-cita sudah berbeza pastinya hala tuju masing-masing berubah, tanpa sedar membawa kerosakan, perbalahan, pergaduhan dan perpecahan.
“Sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” ( Surah Muhammad : 31)
Begitu juga dengan perjuangan Abuya, daripada jemaah Al-Arqam lagi telah diuji dan diuji. Semakin membesar perjuangan besar jugalah ujian yang datang. Perjuangan kebenaran tidak mencari permusuhan, namun jika matlamat berbeza pasti akan ada pihak yang tidak senang dan tidak setuju. Sepertilah pertembungan Abuya dan kerajaan Malaysia satu masa dulu, sebenarnya bukan soal akidah. Kerana di awal perjuangan Abuya sangat mendapat laluan, malah Abuya diberikan jalan dan peluang untuk mengisi kuliah-kuliah dan ceramah dalam jabatan-jabatan kerajaan. Hanya kerana ada individu-individu yang tercabar dengan Abuya, kerana Abuya orang biasa-biasa bagi mereka namun pengaruhnya luarbiasa dianggap mencabar mereka.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِيْنَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِيْنَ

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَقُوْلُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ ابْنَ آدَمَ إِنْ صَبَرْتَ وَاحْتَسَبْتَ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى لَمْ أَرْضَ لَكَ ثَوَابًا دُوْنَ الْجَنَّةِ
Dari Nabi saw., baginda bersabda: Allah Swt berfirman: "Hai anak Adam, jika kamu bersabar dan ikhlas saat tertimpa musibah, maka Aku tidak akan meridhai bagimu sebuah pahala kecuali surga." (HR. Ibnu Majah)
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR. Bukhari)
Tun Mahathir ketika itupun tidak berminat pun dengan Abuya kerana matlamat dan dasar mereka berbeza, dan beliau beranggapan Abuya bukanlah penentangnya, sehinggalah beliau menjadi PM dan diberikan laporan dan gambaran negatif bahawa Abuya dan jemaahnya mengancam kedudukan dan pengaruhnya. Begitulah asalnya. Fatwa yang dikeluarkan hanyalah berunsur politik. Tanpa usul periksa, tanpa perbincangan dua hala, tanpa perbicaraan yang mengikut undang-undang sepatutnya, teruslah perjuangan dan jemaah Abuya dihancurkan. Akta-akta yang direka untuk kepentingan politik individu tertentu digunapakai. Namun inilah ujian yang mesti dilepasi, dan ujian ini tidaklah seperti perjuangan para Rasul dan Para Nabi hingga ada yang mati dibunuh. Ujian adalah kayu ukur sejauh mana Iman hamba dengan Allah swt.
Dari Mush'ab bin Sa'ad dari Ayahnya, Sa'ad bin Abu Waqash dia berkata, Saya bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya?" beliau menjawab: "Para Nabi, kemudian kalangan selanjutnya (yang lebih utama) dan selanjutnya. Seorang hamba akan diuji sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat maka cobaannya pun akan semakin berat. Jika keimanannya lemah maka ia akan diuji sesuai dengan kadar imannya. Tidaklah cobaan ini akan diangkat dari seorang hamba hingga Allah membiarkan mereka berjalan di muka bumi dengan tanpa dosa." (HR. Ibnu Majah)
عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِيْهِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلَاءً قَالَ اَلْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ يُبْتَلَى الْعَبْدُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ فِي دِيْنِهِ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلَاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِيْنِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيْئَةٍ
Dari Mush'ab bin Sa'ad dari Ayahnya, Sa'ad bin Abu Waqash dia berkata, Saya bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya?" beliau menjawab: "Para Nabi, kemudian kalangan selanjutnya (yang lebih utama) dan selanjutnya. Seorang hamba akan diuji sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat maka cobaannya pun akan semakin berat. Jika keimanannya lemah maka ia akan diuji sesuai dengan kadar imannya. Tidaklah cobaan ini akan diangkat dari seorang hamba hingga Allah membiarkan mereka berjalan di muka bumi dengan tanpa dosa." (HR. Ibnu Majah)
Kini ia tinggal sejarah dan menjadi kayu ukur dalam setiap perjuangan Islam yang ada, kalau mahu buat Islam mesti lebih baik dari Arqam atau sama macam yang pernah Abuya buat, inilah benchmark-nya.
Perjuangan Abuya teruslah diuji dan ia berjalan dan berkembang mengikut fasa dan cita-cita yang ditanam sekian lama. Namun ujian yang datang, akan menguji semua yang ada dan tiada yang terkecuali. Kini dunia sudah saksikan keadaan dan hal terkini yang berlaku kepada jemaah Abuya, perjuangan Abuya, keluarga Abuya. Dan dunia sedang saksikan apa sebenarnya yang berlaku, apa hala tuju, apa matlamat sebenarnya dan apa akan jadi berikutnya. Sebelum itu diingatkan bahawa ini masanya zaman kebangkitan Islam. Apa pun terjadi baiknya dan manfaat tidak lain tidak bukan kepada Islam. Beruntunglah sesiapa yang perjuangkannya.
“Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar : 10)
Ada satu perkara, dan banyak kali pun berlaku dan hal ini samada sengaja atau tak, ianya dimainkan dan dijadikan isu; KELUARGA ABUYA AKAN MONOPOLI JEMAAH DAN MENGUASAINYA? Daripada era Arqam hinggalah saat Abuya diuruskan jasadnya, para pemerhati, orang-orang yang berpenyakit, atau mereka yang dibisik-bisik dengan isu dan benih tidak baik ini memerhati apakah yang akan terjadi jika Abuya tiada selepas ini. Ada yang rosak hati dengan Abuya, awal-awal lagi berkata Abuya akan berikan semua pada anaknya.
Setelah sekian lama isu kroni atau warisan ini dimainkan, seolah-olah keluarga Abuya akan merebut jawatan dan kedudukan dalam jemaah dan syarikat dan kini semuanya terjawab. Tuduhan itu dibersihkan, keluarga Abuya yang dituduh hanya bergantung hidup dengan jemaah, merebut jawatan, kedudukan dan harta, kini Allah swt telah menjawabnya. Bukan mereka yang menguasai dan mencatur jemaah Abuya. Bukan mereka yang mendapat warisan harta mahupun royalti syarikat yang masih ada nama Abuya didalamnya. Carilah sendiri siapa yang menguasainya sekarang.
Bagi pemerhati dan para simpati perjuangan Abuya ada yang keliru dengan kejadian terkini kepada keluarga Abuya dan jemaahnya. Jika dulu semua keluarga Abuya berada dalam satu jemaah, kini seolah ada dua atau tiga atau lebih. Kalau dulu jika ditanya bekerja dengan siapa jawapannya satu, dengan syarikat yang Abuya asaskan, yang didaftarkan dengan namanya sendiri namun kini ada dua tiga syarikat dan persatuan yang semuanya ada orang-orang Abuya dan keluarga Abuya. Bagi mereka yang memerhati ini satu suasana yang asing dan mengelirukan.
APA YANG TERJADI? APA YANG BERLAKU SEBENARNYA?
Sistem yang Abuya wujudkan berteraskan Iman, Islam, dan Ihsan, juga dasarnya ialah Iman, Ukhuwah dan Keselarasan.

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُوْنَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Jika dasar dan asas perjuangan Islam serta prinsip yang Abuya bawa ini diteruskan, suasana kini tak akan berlaku. Jika ada ujian sepatutnya boleh bersatu kerana bukan sekali dua diuji malah seringkali dan banyak kali kerana asas dan dasarnya telah ada. Namun kini bila asas perjuangan itu sendiri sudah tiada atau berubah, sudah tak diperjuangkan, malah matlamat perjuangan juga telah lari maka tak hairan jemaah Abuya kini tidak boleh dipanggil jemaah lagi, ianya lebih mirip parti politik yang asas dan dasarnya boleh berubah mengikut kepentingan dan keperluan semasa.
Jemaah Abuya atau jemaah Islam ialah jemaah yang berteraskan syariat, perpaduan dan kasih sayang.
Hal ini tidak berlaku lagi dalam kelompok yang mengatakan mereka membawa perjuangan Abuya, meneruskan perjuangan Abuya. Kerana terang-terangan syariat Islam dilanggar, digubal dan diubah ikut selera dan kepentingan semasa. Inilah realiti yang berlaku. Mengapa? Kalau Islam diletakkan dihadapan mana mungkin berlaku perlanggaran syariat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun niat dan tujuan untuk berbuat baik tapi dalam perlaksaan melanggar syariat Allah, itu sudah lari dari dasar perjuangan Islam.
Abuya memperjuangkan keluarga role model, kerana Rasulullah saw adalah Uswah Hasanah, iaitu contoh ikutan, siapa yang mahu perjuangkan Islam mestilah menyalin apa yang baginda lakukan pada dirinya, keluarganya dan masyarakatnya. Sistem keluarga besar dan kecil (poligami) yang mana anggota-anggotanya membesarkan Tuhan dan berkasih sayang, bahagia dan harmoni. Bukan sahaja mengukuhkan institusi keluarga, bahkan menyatukan negara melalui sistem kekeluargaan dalam Islam. Inilah yang telah Abuya wujudkan dan perjuangkan dengan Islam sebagai asasnya, syariat sebagai panduan dan ikutan. Mengikut apa yang Baginda saw lakukan, dengan perkahwinan menyatukan para sahabat yang berlainan bangsa, negara, etnik, dan budaya.
Tetapi apa yang berlaku sekarang, keluarga Abuya dibuang dari syarikat atau jemaah yang Abuya bangunkan. Dengan tuduhan dan fitnah dahsyat yang direka, melagakan keluarga Abuya satu sama lain dengan cara-cara yang sangat melanggar syariat malah menggunakan nama Islam dan Rasul untuk meruntuhkan perjuangan Abuya ini. Tak kurang juga kepada kawan-kawan Abuya dan mereka yang Abuya bina, ada antara mereka tak terkecuali melalui ujian dan fitnah ini. Hanya kerana sedikit perbeaan pendapat, menyuarakan teguran dan mengingatkan kepada dasar dan asas perjuangan dan prinsip Abuya, dibuang, difitnah, malah dimusuhi. Inilah trend dan budaya sekarang.
Berbeza dengan Abuya, jika ada masalah atau perselisihan Abuya akan menyatukan dan menyelesaikan dengan baik. Namun apa yang dibuat kepada jemaah Abuya, dipisahkan dan dicerai-beraikan. Keluarga Abuya diperlakukan sesuka hati. Bersikap bermuka-muka, depan lain belakang lain. Setelah keluarga Abuya beberapa ahli dibuang, mereka dipinggirkan, dilarang berjumpa bagi ahli-ahli jemaah dan siapa melanggarnya akan dibuang. Keluarga Abuya yang masih bersama dengan mereka diugut dan ditakut-takutkan, berat tuduhan terhadap keluarga yang dibuang seperti kalau berjumpa boleh tercabut Iman, menjadi konco dajjal dan sebagainya.
Pada peringkat awal ketika diuji, mungkin ada yang terkeliru dan bertembung sesama sendiri dalam keluarga Abuya, namun setelah muhasabah dan koreksi jelaslah bagi keluarga Abuya yang terbuang, cita-cita dan matlamat Islam masih sama. Kalau nak berbeza pun hanya dalam perkara teknikal, bukan dasar, asas, dan prinsipnya. Namun untuk berhubung dengan keluarga yang masih didalam sana dilarang sama sekali. Ketika keluarga Abuya dibuang dan dihalau, digambarkan kepada pengikut dan anak buah bahawa hidup mereka akan susah dan merempat kerana tinggalkan perjuangan. Namun realiti yang Allah lakukan sebaliknya, malah kerana keberkatan Abuya yang mengalir perjuangan dapat diteruskan, sistem hidup berjemaah dapat dibangunkan malah semakin baik dan berkembang, dituduh pula keluarga Abuya cinta dunia, menunjuk-nunjuk harta dan sebagainya. Jelaslah nampaknya, bagi mereka yang berkepentingan tiada yang baik yang dilakukan oleh keluarga Abuya atau mereka yang tak bersamanya. Yang baik hanyalah daripada mereka, selain itu sebaliknya.
Asam garam perjuangan yang mesti dilalui dalam perjuangan Islam, sebelum ini Abuya berseorangan merasai dan melaluinya, kini perasaan itu diberikan kepada zuriatnya. Terima kasih Tuhan kerana besar hikmah yang diberikan-Nya.
"Tidak ada satu pun musibah (cobaan) yang menimpa seorang mukmin walaupun berupa duri, melainkan dengannya Allah akan mencatat untuknya satu kebaikan atau menghapus satu kesalahannya." (HR. Muslim)
مَا مِنْ شَيْءٍ يُصِيْبُ الْمُؤْمِنَ حَتَّى الشَّوْكَةِ تُصِيْبُهُ إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا حَسَنَةً أَوْ حُطَّتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيْئَةٌ
"Tidak ada satu pun musibah (cobaan) yang menimpa seorang mukmin walaupun berupa duri, melainkan dengannya Allah akan mencatat untuknya satu kebaikan atau menghapus satu kesalahannya." (HR. Muslim)
Hikmah besar lagi, ketika ini kita dapat melaksanakan secara total ilmu dan panduan yang Abuya tinggalkan dan ajarkan tanpa gangguan.
FITNAH DAN TUDUHAN, SERTA UGUTAN DAN DITAKUT-TAKUTKAN.
Perkara ini dibesarkan, ditakutkan kepada anak buah, dikatakan keluarga Abuya membawa sihir. Ini bukan perkara baru, malah ketika era Arqam sudah dimainkan namun tak memberi kesan. Tetapi isu ini dihidupkan kembali dan dibesar-besarkan.
"Jika berjumpa keluarga Abuya akan terkena sihirnya"- Ini bukan rekaan atau fitnah kerana inilah realiti yang berlaku. Sehingga anak buah dan pengikut menjadi takut untuk berjumpa atau bertemu. Malah jika terjumpa atau tersempak, akan menyorok-nyorok atau bersembunyi supaya tidak bertemu atau bertembung. Ini mungkin pelik dan aneh bagi pemerhati dan para simpati. Tapi menurut pihak SB (intelligen negara) inilah cara dan doktrin mereka untuk memegang dan menguasai jemaah setelah Abuya tiada.

Sunnah memberi salam sudah tidak berlaku. Jika terjumpa, tiada lagi senyuman yang melambangkan sunnah, kerana senyum itu sendiri satu sedekah dan anjuran Nabi Muhammad saw. Jangankan senyum, jika salam diberikan tiada jawapan dan bukan sekali dua terjadi. Berlaku setiap kali berjumpa atau tersempak, dan mustahil setiap kali terjumpa tak kenal, tidak perasan dan lain-lain alasan. Dibesarkan dalam bakul perjuangan, malah ada dilahirkan bersama, membesar bersama, begini jadinya. Sedangkan Islam masih agamanya, Nabi Muhammad masih Rasulnya, apa yang tidak kena?
Keluarga Abuya dituduh tidak membela Abuya, tidak meneruskan perjuangan Abuya, apa yang dibuat oleh keluarga Abuya atau pengikut Abuya yang dibuang akan dinegatifkan. Seolah-olah tiada yang baik. Yang buat Islam hanya kelompok tertentu, selain mereka tak bangunkan Islam, tak berbuat apa-apa. Hal ini ditanamkan di benak dan kepala pengikut mereka seolah dalam dunia ini mereka sahaja yang benar dan dalam kebenaran. Berbeza dengan didikan Abuya, dengan ilmu dan panduan yang Abuya ajarkan. Abuya mengajarkan bahawa kita tak boleh merasakan diri kita benar dan betul sekalipun kita dalam kebenaran atau atas landasan kebenaran. Kerana Islam itu benar, namun kita boleh tersasar daripada kebenaran kerana gangguan daripada syaitan dan hawa nafsu.
Keluarga Abuya dituduh tidak membela Abuya, tidak meneruskan perjuangan Abuya, apa yang dibuat oleh keluarga Abuya atau pengikut Abuya yang dibuang akan dinegatifkan. Seolah-olah tiada yang baik. Yang buat Islam hanya kelompok tertentu, selain mereka tak bangunkan Islam, tak berbuat apa-apa. Hal ini ditanamkan di benak dan kepala pengikut mereka seolah dalam dunia ini mereka sahaja yang benar dan dalam kebenaran. Berbeza dengan didikan Abuya, dengan ilmu dan panduan yang Abuya ajarkan. Abuya mengajarkan bahawa kita tak boleh merasakan diri kita benar dan betul sekalipun kita dalam kebenaran atau atas landasan kebenaran. Kerana Islam itu benar, namun kita boleh tersasar daripada kebenaran kerana gangguan daripada syaitan dan hawa nafsu.
Ini bukanlah rekaan atau tuduhan semata, malah buktinya ada. Bukti-bukti fitnah dan tohmahan terhadap keluarga Abuya, malah perbuatan khianat juga ada buktinya dan disimpan, tak terkecuali oleh pihak berkuasa. Lebih 20 tahun pihak keselamatan menjaga Abuya, mereka lebih kenal Abuya dan perjuangan daripada kebanyakan pengikut Abuya sendiri. Namun mereka berharap, sesama pengikut Abuya dapatlah selesaikan baik-baik kerana sepatutnya dengan ilmu dan panduan yang Abuya berikan bukan situasi dan kejadian ini yang patutnya berlaku. Saidina Mu’adz bin Jabal mengatakan,
العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ
“Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang setelah adanya ilmu.”
Ilmu Islam Abuya cukup hebat, kerana ilmu Abuya adalah matan perjuangan Islam. Bahkan ilmu Abuya itulah ilmu Islam, kerana Abuya tidak bawa lain selain Islam. Dan kerana hakikat inilah para pemerhati dan simpati, terutama pihak intel negara berharap agar masalah ini dapat diselesaikan. Namun kata Abuya, ini bukan soal ilmu sahaja. Ini soal Iman. Ramai cerdik pandai, atau alim-alim dalam jemaah, belajar sampai luar negara. Boleh jadi ulama dan rujukan untuk maslahah syariat Islam namun hakikat yang terjadi, berlaku perlanggaran syariat dan semua diam. Tak berani bersuara sedangkan ilmu ada. Kata Abuya, ini berkaitan dengan Iman seseorang. Iman kalau sekadar cari makan dan untuk teruskan kehidupan akan terkandas dalam ujian.
Sebelum saya dibuang, detik-detik terakhir saya di Madinah Al-Munawwarah, saya sempat bertemu beberapa BOD (pimpinan). Kata mereka, "...sampai satu masa kami terpaksa ikut suasana, terpaksa burukkan atau cakap yang tak berapa elok tentang syeikh dan keluarga Abuya. Kami nak minta maaf awal, kami tak mampu, kami tak ada kekuatan macam keluarga Abuya. Kalau kami dibuang kami nak buat apa? Keluarga Abuya bolehlah (meneruskan kehidupan)."
Tersentak saya ketika itu, bukan kerana pengakuan untuk menghina atau burukkan keluarga Abuya tapi ini soal Akidah, ini soal Iman, tentang Tauhid dengan Allah. Bagaimana mereka yang diletakkan posisi kepimpinan boleh terfikir sampai begitu. Mengapa pemimpin dalam jemaah Islam boleh terluncur kata-kata sedemikian? Sedangkan hari-hari mengingatkan anak buah soal Iman, tapi para pemimpin pun rupanya sangat lemah Tauhid dengan Allah. Kalau beginilah yang ada, nampaknya perjuangan ini takkan sampai mana. Begitukah kita dengan Allah? Allah tak boleh bagi makankah sekiranya dibuang? Inilah kata-kata yang keluar daripada lepasan-lepasan universiti, yang belajar tinggi-tinggi.

Hikmah besar Abuya tidak mengizinkan saya dan Syeikh Nizam (anak Abuya) untuk melanjutkan pelajaran di Universiti di Jordan dan Mesir. Kata Abuya lagi, "Fakhrur, kalau kamu belajar di sana, nanti kamu balik kamulah orang yang akan cantas-cantas perjuangan Abuya!".
Betullah kata Abuya. Golongan ulama yang memecah-belahkan umat Islam Malaysia juga graduan dan lepasan sana. Keliru umat Islam dibuatnya. Habis semua amalan zikir wirid dan tahlil turun temurun warisan Islam nenek moyang mereka disesatkan dan dibidaahkan, namun maksiat masih berleluasa dan boleh bertoleransi. Ya! Sama gambaran di luar dan dalam jemaah Abuya. Berlumba-lumba mengejar jawatan dan pangkat, sama keadaan dengan politik kebatilan cuma ini berlaku dalam kelompok yang katanya jemaah kebenaran.

Syeikh Hasyim Muhammad, adik Abuya dan juga salah seorang pimpinan Abuya tahnikkan anak artis tempatan. |
Kayu ukur kebenaran pada pangkat dan jawatan?
Pernah saya dan beberapa keluarga Abuya dikalangan pimpinan diminta jadi seperti Khalid Al-Walid yang digugurkan jawatan namun masih berjuang dan taatkan Khalifah. Jawab soalan saya, apakah perjuangan kita ini meneruskan perjuangan Khalifah Umar Al-Khattab, khalifah ke 2 selepas kewatafan Baginda saw. Apakah perjuangan ini meneruskan perjuangan Nabi dan Sahabat? Apakah ini perjuangan Abuya? Membuka aib manusia di dalam majlis-majlis rasmi jemaah, keburukan seseorang dibesar-besarkan, fitnah tanpa usul periksa dilakukan secara berjemaah, ini sudah berbeza daripada perjuangan Islam dan perjuangan Abuya sendiri.
"Ajaklah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan debatlah mereka dengan cara yang paling baik, sungguh Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah An-Nahl : 125)

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Hadits riwayat Ahmad & Baihaqi)
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi)
"Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia." (Surah Al-Qalam : 4)
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi)
"Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia." (Surah Al-Qalam : 4)
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." (Hadits riwayat Tirmizi, dari Ibnu Mas'ud)
Abu Hurairah r.a berkata bahawa dia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi Muhammad s.a.w agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan (mencadangkan): “saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.” Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan “semoga Allah s.w.t menghinamu!” Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.” (Riwayat Imam Bukhari)
Tidak dibenarkan berjumpa sesama keluarga, diceraikan beraikan, belum cerai lagi dah nak kahwin dengan orang lain, kahwin tanpa keizinan ibu ayah, kalau dah maklumlan boleh tahan juga. Tahu-tahu dah ada cucu, kahwinnya bila? Inikah perjuangan Islam yang kita banggakan selama ini? Apakah ini kegembiraan Guru kita? Adakah ini yang diajarkan selama ini? Saya pernah dengar terma ini, "Sekarang ni kalau nak dunia pandang, nak orang dengar cakap kita, kita kena ada kuasa, pangkat, dan harta". Apakah kita mahukan pandangan dunia atau pandangan Allah SWT?! Apakah Allah tidak boleh merubah hati manusia untuk mendengar kata-kata dakwah kita?
Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”. (Riwayat al-Tirmizi,)
Tanya pada diri-diri kita. Kita berjuang kerana dunia atau kerana Allah? Jadi, perjuangan para Nabi dan Rasul serta sahabat, menentang arus dunia yang ada itu bagaimana? Mereka sangat bertentangan dengan arus dunia yang ada ketika itu. Rasulullah saw menolak gelaran dan pangkat serta ganjaran yang Abu Jahal dan pembesar Qurasiy berikan jika baginda tidak berdakwah. Ini asbab turunnya surah Al-Kafirun. Lakum dinukum Wali Yadin, Kamu (orang kafir) dengan pegangan kamu, dan bagiku (Nabi Muhammad saw) agamaku. Ini dasar perjuangan Islam. Nampaknya kita dah buat apa yang Nabi pun tak buat. Kita nak berjuang tapi ikut jalan musuh juga nampaknya. Mana mungkin Allah nak berikan bantuan. Ambillah perhatian.

Bagi para pemerhati dan simpati yang faham dan kenal Abuya, mereka akan menilai siapa yang betul-betul menyalin dan melaksanakan ajaran Abuya, itulah penerus perjuangannya. Hal ini tak boleh sekadar dilaung-laungkan, diucap-ucapkan bahawa "Saya buat Islam, mereka tidak! Kamilah jemaah Islam sebenar dia bukan! Kami ada kebenaran kamu pengikut dajjal!". Orang yang beriman dengan Allah dan Rasul serta hari Akhirat, dia melaksanakan ilmu-ilmu dan panduan yang Rasullullah saw ajarkan dan tinggalkan. Berpegang teguh dengan syariat Islam.
Namun mereka (para pemerhati, simpati dan sb) pun tahu, sesiapa yang bertarekat pun sangat tahu, ketika ini ujian yang melanda adalah menguji iman sesama kita. Apakah ilmu selama ini yang Abuya berikan dan panduan yang ditinggalkan membuahkan Iman dan Taqwa atau sebaliknya. Tak perlu suluh jauh-jauh, hasilnya kita boleh lihat dan rasai. Kalau pemerhati dan simpati rasa terkejut dengan apa yang terjadi, sudah tentu yang menanggung lebih-lebih lagi. Hikmah besar daripada kejadian ini, terjawab tuduhan yang dilemparkan dan direka untuk memburukkan Abuya dan keluarganya.
Kini siapa yang menguasai jemaah Abuya? Siapa yang ke sana ke mari menjual dan menggunakan nama Abuya sesuka hati?
Dalam tunggak kepimpinan 'jemaah' mereka tiada lagi keluarga Abuya. Jelaslah bersih tuduhan terhadap keluarga Abuya. Dulu dituduh keluarga Abuya senang wenang mencatur, kini setelah keluarga Abuya (tunggak pimpinan) tiada, arahan-arah pelik dan aneh masih keluar dan berjalan setiap masa. Jadi selama ini, siapa yang beri arahan, siapa yang menguasai sebenarnya? Allah nak bersihkan nama Abuya dan mereka yang ikhlas bersama Abuya. Tuan-tuan lihatlah. Abuya semakin diterima. Abuya akan dicari. Abuya akan menjadi rujukan semula. Bertaubatlah kita dan segerelah melakukan perubahan. Ini zaman kebangkitan Islam. Allah takkan biarkan berlama-lama agama-Nya dipermainkan. Cukuplah beberapa peristiwa menjadi pengajaran dan panduan. Apakah kita tidak takut dengan hukuman Tuhan?
Keluarga Abuya setelah dibuang dan difitnah, teruslah meneruskan cita-cita Abuya, berjuang melahirkan model kehidupan Islam. Tanpa perlu menjual nama Islam, menggunakan nama Rasul sesuka hati untuk mengugut dan menggunakan orang sesuka hati; perjuangan Islam dapat diteruskan. Walaupun dituduh sekadar meneruskan kehidupan, apalah sangat tuduhan itu kerana lebih dahsyat lagi tuduhan sebelumnya dilemparkan kepada keluarga Abuya. Hakikatnya tak perlu nak menjual Islam, nak jual nama Abuya untuk teruskan kehidupan. Keberkatan itu akan terus mengalir jika matlamat dan niat masih sama, jika syariat ditegakkan dan panduan diteruskan.
“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud no. 3641 dan Tirmidzi no. 2682)
Inilah ujian yang mesti dilalui, untuk berada di atas jalan para rasul dan nabi-nabi.
Sebelum ini jika membaca kisah para Anbiya dan Mursalin, kita hanya dapat cerita sahaja. Namun dengan ujian yang Allah lalukan ini, kita dikongsikan apa yang mereka rasai dalam berjuang menegakkan agama Allah ini. Bukan hamparan karpet merah, namun penuh ranjau, susah dan payah. Inilah baja perjuangan. Lebih-lebih lagi perjuangan kebangkitan Islam ke dua di akhir zaman.
Cucu-cucu dan cicit Abuya di Tadika AFT Sendayan. |

إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud no. 3641 dan Tirmidzi no. 2682)
Premis-premis yang menjadi gelanggang bermasyarakat meneruskan perjuangan. |
Inilah ujian yang mesti dilalui, untuk berada di atas jalan para rasul dan nabi-nabi.
Sebelum ini jika membaca kisah para Anbiya dan Mursalin, kita hanya dapat cerita sahaja. Namun dengan ujian yang Allah lalukan ini, kita dikongsikan apa yang mereka rasai dalam berjuang menegakkan agama Allah ini. Bukan hamparan karpet merah, namun penuh ranjau, susah dan payah. Inilah baja perjuangan. Lebih-lebih lagi perjuangan kebangkitan Islam ke dua di akhir zaman.
Sekarang adalah zaman kebangkitan Islam. Kita kena ingat. Jika buat baik Allah segera berikan balasan dan begitulah sebaliknya. Tidak cukupkah pengajaran yang Allah telah berikan? Kepada mereka yang menggunakan Islam sesuka hati, kini Allah sendiri yang menjawabnya. Masyarakat akan menghukumnya. Kalau nak buat Islam, buat betul-betul jangan celup-celup. Kalau gunakan Islam untuk cari makan, ada masanya laku ada masanya sepi. Kalau sekadar cari makan dengan Islam, dunia lagi akan terhina dan dihina. Akhirat sana apatah lagi. Nak buat ikan pekasam pun alang-alang celup biar sampai ke pangkal lengan. Ini nak bangunkan Islam, satu badan kena terjun. Dengan hati dan fikiran kena siapkan untuk Islam, dengan jiwa dan raga. Kerana ujian dan nikmat bersilih ganti sepanjang masa. Segerakan persiapan kita.
Perjuangan Abuya (Islam) telah banyak diselewengkan, nafsu menjadi tuan dan panduan. Itulah gambaran perjuangan Islam kini, diselewengkan, disalahgunakan, Islam sekadar alat cari makan, alat untuk teruskan kehidupan bukan sebagai sistem dan panduan keselamatan dunia dan akhirat. Jika trend ini tidak ditukar bersedialah hukuman Allah bakal menanti, Allah akan gantikan golongan yang baru yang benar-benar cintakan Islam dan ikhlas memperjuangkannya. Rugilah kita jika tidak berubah daripada sekarang. Masa semakin suntuk, perjuangan bertambah laju. Jangan tertipu dengan dunia, ukuran kebenaran bukan melihat sebanyak mana dunia yang ada. Rasulullah saw ketika diberikan futuh Mekah kepada umat Islam, bukan kerana dunia yang ada bersama baginda saw dan para sahabat. Tetapi kerana Iman dan Taqwa, dan inilah yang kita kena usahakan.
Lihatlah kesedaran di kalangan masyarakat, pun hasil perjuangan Abuya. Sekiranya tidak selesaikan masalah yang berlarutan, akan sampai masanya hukuman Allah. Dan ketika itu tiada siapa boleh disalahkan kerana tidak diberi peringatan, ibarat tsunami yang melanda Aceh, memang pedih dan sakit, mengorbankan jutaan nyawa namun hasilnya tiada lagi perbalahan dan perperangan. Ingatlah! Ini adalah zaman kebangkitan Islam, belajarlah daripada kesilapan yang lalu dan jangan ulanginya. Jika masih berdegil tunggulah Allah akan bertindak.