BANTUAN ALLAH SWT TELAH TIBA.
Firman Allah SWT: Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran:126) Sudah sampai masanya Allah SWT datangkan penyelamat, seorang utusan mewakili utusan Allah, seseorang yang bukan rasul namun mewakili rasul-Nya untuk memimpin dan menyelamatkan umat manusia. Sebelum lahirnya Baginda Nabi saw, umat terdahulu telah dikhabarkan akan kedatangan seorang rasul bongsu, rasul penutup, dialah paling istimewa di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi yang telah Allah swt utuskan. Lahirlah Nabi Muhammad saw, bersama tanda-tanda keajaiban dunia ketika itu. Terpadam Api Majusi yang ribuan tahun tak pernah-pernah padam, maka ketika kelahiran Baginda saw, ketika itulah ia padam. Istana Kisra Parsi atau Raja Parsi ketika itu runtuh. Runtuhlah teknologi canggih yang ada k