BANTUAN ALLAH SWT TELAH TIBA.
Firman Allah SWT:
Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Ali Imran:126)
Sudah sampai masanya Allah SWT datangkan penyelamat, seorang utusan mewakili utusan Allah, seseorang yang bukan rasul namun mewakili rasul-Nya untuk memimpin dan menyelamatkan umat manusia. Sebelum lahirnya Baginda Nabi saw, umat terdahulu telah dikhabarkan akan kedatangan seorang rasul bongsu, rasul penutup, dialah paling istimewa di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi yang telah Allah swt utuskan. Lahirlah Nabi Muhammad saw, bersama tanda-tanda keajaiban dunia ketika itu. Terpadam Api Majusi yang ribuan tahun tak pernah-pernah padam, maka ketika kelahiran Baginda saw, ketika itulah ia padam. Istana Kisra Parsi atau Raja Parsi ketika itu runtuh. Runtuhlah teknologi canggih yang ada ketika itu.
Kebangkitan Islam ke dua mengulangi pertama. Sejarah berulang dan sejarah adalah guru dan panduan terbaik pernah kita ada dan miliki. Kini dunia sedang tenat, menuju kehancuran fizikalnya, sedangkan manusianya pun telah rosak dan hancur insaniahnya. Kerosakan dan kezaliman di mana-mana. Umat Islam khususnya ditindas di mana-mana, dipermainkan sahaja. Menjadi mangsa kerasukan musuh-musush Islam dek kerana terlalu puja dan besarkan dunia hingga Allah dan akhirat bukan lagi matlamat hidupnya.
Umat Islam menadah tangan memohon bantuan Allah namun tak kunjung tiba. Sayang tak ramai tahu dan faham kerja Tuhan, hikmah disebalik kejadian. Setiap yang Allah tentukan ada hikmah dan pengajaran namun tak ramai nak mencungkil hal ini.
Namun Allah tetap kasihkan hamba-Nya. Allah tahu keperluan kita dan bila masa sesuai untuk diberikan pada kita. Cuma kita tak sabar dalam menunggunya. Nafsulah yang buatkan kita menjadi gopoh dan gelojoh. Lupa Allah dan Akhirat kerana nafsu.
Ratusan tahun umat Islam ditindas, dibunuh dan dizalimi, tak siapa peduli. Terjeritlah wakil-wakil negara Islam dalam PBB meminta hak umat Islam diberi perhatian namun sepi dan dibiarkan. Wakil-wakil negara Timur Tengah teruslah diam membisu walaupun sesama kita umat Islam mereka mengaku Islam daripada mereka, namun tiba saat kita perlukan pembelaan mereka, hanya berpeluk tubuh dan diam sahaja. Tempelak besar buat mereka, Malaysia sebuah negara kecil sahaja namun masih boleh bersuara mewakili Islam di peringkat dunia. Malaysia memang ada sesuatu yang patut diberikan perhatian padanya.
Maka berdoalah sebahagian besar umat Islam, memohon dan mengharapkan pembelaan Allah, namun seolah-olah Allah biarkan. Tidak! Allah tak sama sekali biarkan. Allah menunggu saat yang sesuai, Allah menunggu kuota orang bertaqwa yang ada di kalangan umat Islam. Setelah cukup syaratnya barulah pertolongan Allah tiba. Ya! Pertolongan Allah telah tiba! Allah sedang beritahu dunia, kini giliran Islam dan orangnya telah ada! Kelompoknya telah ada, tapaknya telah ada, asas perjuangan telah ada! Maka bantuan Allah kepada umat Islam telah datang!
Tiba-tiba dunia Allah kejutkan dengan kuasa-Nya! Manusa terkedu. Allah tunjukkan kasihnya selama ini manusia tak sedar, sekali Allah rentap manusia tersedar “Allah masih ada rupanya”, “Allah masih mendengar rintihan sebahagian kita” dan lain-lain ungkapan terkejut kita kerana Allah perlihatkan kuasanya. Allah menjawab doa-doa hamba-Nya. Maka hiduplah balik harapan yang telah mati, jiwa yang kering menantikan pembelaan terhibur. “Allah masih mendengar rayuan kami”, terasa malu di hati dan takut pun datang melihatkan kuasa Allah itu.
Ketika umat Islam Rohingya terzalimi, dibiarkan, dibunuh dan kemuncaknya dibakar beramai-ramai, kediaman dan sekolah malah masjid-masjid dibakar maka Allah menjawab doa umat Islam. Allah turunkan bala bencana dari langit dan bumi kepada negara itu, melumpuhkan sistem yang ada. Tak perlu tentera manusia datang, cukup Allah datangkan tentera-Nya dalam bentuk angin dan air, lumpuh negara Myanmar. Ketika umat Islam letih dengan berita rakyat Palestin, dibunuh setiap hari hingga bosan media massa melaporkan, hingga penat sebagian umat Islam berdoa, kemuncaknya Azan pun mahu dihalang daripada Masjid Aqsa, maka Allah berikan jawabannya. Allah datangkan Api, tak siapa menyangka. Berhari-hari api memakan apa yang ada didepannya. Ibarat yahudi yang meratah umat Islam ratusan tahun lamanya, seperti itulah api memakan apa dalam laluannya. Api yang tinggi, yang besar, yang menakutkan seperti haiwan buas yang rakus. Ibarat gergasi api yang menjilat apa sahaja, hanya tinggal abu dan debu. Hilanglah segala kecanggihan teknologi yang dibangga-banggakan. Nak padamkan api pun terpaksa minta bantuan luar. Allah hina mereka yang menghina agama dan orang-Nya.
Allah berfirman dalam Quran;
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (datangkan petunjuk) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
(Al-Israa' 17:16)
Yahudi (Israel) yang selama ini berkuasa, bongkak angkuh, kebal dari mana-mana kuasa dunia, kini mengemis dan menagih kasih umat dunia. Tanpa segan silu merayu sedangkan sebelum ini dia bongkak seolah-olah tidak perlukan pertolongan sesiapa. Ini juga jawapan Allah kepada sesiapa yang menolak dan menafikan arus kebangkitan ini. Inilah realiti kita. Takut-takut bukan musuh Islam sahaja, dengan kita-kita yang tak mahu ambil pengajaran ini Allah hukum. Ramai lagi umat Islam yang mahu menjadi benteng agama ini, yang sanggup berkorban untuk Allah dan Rasul serta agama-Nya. Andai kita tak bersedia, Allah datangkan kaum yang baru, yang bersemangat waja untuk agama tercinta, berkorban untuk mendapat keredhaan Allah swt. Ingatlah, Allah sangat perihatin terhadap umat yang di zalimi.
Yahudi (Israel) yang selama ini berkuasa, bongkak angkuh, kebal dari mana-mana kuasa dunia, kini mengemis dan menagih kasih umat dunia. Tanpa segan silu merayu sedangkan sebelum ini dia bongkak seolah-olah tidak perlukan pertolongan sesiapa. Ini juga jawapan Allah kepada sesiapa yang menolak dan menafikan arus kebangkitan ini. Inilah realiti kita. Takut-takut bukan musuh Islam sahaja, dengan kita-kita yang tak mahu ambil pengajaran ini Allah hukum. Ramai lagi umat Islam yang mahu menjadi benteng agama ini, yang sanggup berkorban untuk Allah dan Rasul serta agama-Nya. Andai kita tak bersedia, Allah datangkan kaum yang baru, yang bersemangat waja untuk agama tercinta, berkorban untuk mendapat keredhaan Allah swt. Ingatlah, Allah sangat perihatin terhadap umat yang di zalimi.
Apabila Allah swt hendak datangkan bantuannya, Allah akan musnahkan kaum yang engkar dan datangnya bantuan bersama kaum yang baru yang bersedia menjadi empayar, penyelamat buat manusia sejagat. Marilah kita bermuhasabah, apakah kita termasuk golongan yang bersedia untuk menjadi empayar atau golongan yang Allah akan hukum kerana tidak bersedia dan tak mahukan perubahan.