ISLAM TIDAK KOMA MALAH SEMAKIN BERKEMBANG.
Maksud firman Allah:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Al-Baqarah : 214
" Kebangkitan Islam sekali lagi adalah pasti kerana ia adalah janji Tuhan."
Jika kita kaji dengan hati dan akal yang bersih, suci, dan jernih, juga membaca sejarah, maka bukankah sudah menjadi sunnatullah dan sudah ditakdirkan oleh Allah; manusia di mana saja berada, di peringkat apa pun, walau bagaimana pun hebatnya, kita tidak dapat mengelak dari bala bencana, atau pun dari perkara yang tidak disukai oleh manusia.
Bala bencana, ujian, dan musibah itu ditimpakan kepada semua orang, baik yang muslim mahupun orang yang kafir, baik orang yang taat mahupun yang durhaka. Misalnya siapakah manusia yang dapat mengelakkan diri dari miskin? Kalau tak miskin harta, miskin jiwa. Miskin jiwa lebih parah sebab manusia selalu merasa tak cukup. Kerana iman lemah walaupun duit banyak selalu merasa kurang. Lebih parah lagi sudahlah miskin harta, miskin jiwa pula.
Kalaulah manusia itu dapat mengelak dari miskin, maka dapatkah mengelakkan diri dari sakit? Bahkan doktor pun banyak yang ditimpa penyakit.
Inilah keadilan Allah, sakit ditimpakan pada semua orang. Sakit sebagai utusan dari Allah untuk mengingatkan manusia. Kalau tidak miskin, tidak sakit, dapatkah manusia mengelak dari fitnah dan umpatan orang? Manusia tidak dapat mengelak dari kesusahan yang ditimpakan oleh manusia lain, bahkan ramai yang berbunuhan satu sama lain.
Selain itu dapatkah manusia mengelak dari bencana alam, angin, badai, petir, dan lain-lain? Atau apakah kita dapat mengelak dari kematian ibu dan ayah, isteri, dan anak-anak? Tak ada manusia yang mahu, tapi Allah timpakan juga. Tidak ada manusia yang dapat melepaskan diri dari ujian hidup. Semua manusia kena, yang kafir kena, orang Islam pun kena. Yang sembah Allah kena, yang tidak sembah Allah pun kena. Yang taat kena, yang durhaka pun kena uji. Kalaulah bala bencana itu rata, semua manusia merasakan, maka tentu lebih baik jadi orang mukmin yang diuji daripada orang kafir yang diuji. Lebih baik orang yang menyembah Allah diuji daripada orang durhaka diuji.
Tidak pernah terjadi dalam pengalaman kita, yang diuji itu semua yang baik-baik, yang menyembah Allah, yang patuh kepada Allah sedangkan yang kafir tak pernah sakit, tak pernah miskin, tak pernah disusahkan orang. Tapi dalam pengalaman kita, semua orang merasakannya.
Kerana itu lebih baik kita ditimpa bencana dalam menyembah Allah, sebab orang mukmin yang sejati, kalau ditimpa sedikit kesusahan dari Allah dan kalau ia ada sedikit dosa, kesusahan itu adalah sebagai penghapusan dosa. Allah hukum di dunia sebelum dihukum di akhirat, sebab hukuman di akhirat lebih berat. Tapi kalau orang mukmin itu tidak berdosa dan dia redha dengan ujian, maka itu merupakan peningkatan darjat dan pangkat dari Allah. Kalau orang itu durhaka terlebih lagi kafir, maka ujian itu merupakan kutukan Allah di dunia dan akhirat. Di dunia sudah ditimpakan neraka dunia, di akhirat akan ditimpakan neraka yang lebih berat lagi, boleh jadi kekal abadi.
Kepada pejuang kebenaran, pasti mereka akan diuji. Kerana ujian yang paling besar dan berat itu diberikan kepada mereka yang paling dekat dengan Allah, seperti para Nabi dan Rasul, seterusnya mengikut kekuatan dan tahap iman masing-masing.
Malah dalam Quran juga menyebut, manusia akan diuji dengan ujian dari pelbagai sudut. Diuji dengan kehidupan, dengan perasaan takut, kelaparan, harta benda, makanan, manusia, dan lain-lain lagi. Firman Allah berbunyi:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" Al-Baqarah: 155

أشدّ بلاء على الأنبياء ثمّ الأولياء ثمّ الأمثال فأمثالSabda Nabi S.A.W., "Ujian yang paling berat diberikan kepada para nabi, kemudian para wali, kemudian mengikut tahap iman masing-masing."
Malah dalam Quran juga menyebut, manusia akan diuji dengan ujian dari pelbagai sudut. Diuji dengan kehidupan, dengan perasaan takut, kelaparan, harta benda, makanan, manusia, dan lain-lain lagi. Firman Allah berbunyi:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" Al-Baqarah: 155
Ertinya, pejuang itu memang akan diuji. Ujian itulah yang menyuburkan rasa hamba kepada para pejuang. Kalaulah kepada manusia awam pun Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih sangat berikan perhatian-Nya, sudah tentu kepada mereka yang berjuang pada jalan-Nya itu Allah berikan perhatian yang lebih lagi. Bukankah Abuya pernah dan selalu ingatkan kita, kasih sayang Allah tak seperti kasih sayang makhluk-Nya? Semakin sayang semakin diuji. Kerana kasih sayang Allah itulah akan melahirkan rasa kehambaan pada pejuang itu.
Namun jika kita diuji, Islam tetap semakin kuat. Islam tidak jatuh jika pejuangnya jatuh. Sabda Nabi S.A.W., Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya. Ujian kepada para pejuanglah membuatkan Islam semakin berkembang dan dilihat hebat. Lihatlah pada Abuya. Beliau diuji dengan pelbagai ujian, tapi Islam tak nampak pula semakin hina malah semakin cantik dan indah bila Abuya semakin diuji. Tidak pula Abuya kata bila dia diuji Islam pun turut lemah bersamanya. Kita dapat lihat dan rasakan bahawa Abuya itu ikhlas dalam perjuangannya.
Jangan kita merasakan Islam itu hanya pada diri atau kelompok kita saja. Islam tetap tinggi dan mulia disisi Allah, bahkan ia dijanjikan untuk gemilang sekali lagi. Ia akan berlaku ditangan orang yang dijanjikan. Maka Islam tidak koma, bahkan ia dijanjikan untuk gemilang sekali lagi. Marilah kita bersama-sama membenarkan tawaran dari Tuhan untuk Islam gemilang di akhir zaman ini. Kita hanya ditawarkan sedangkan Tuhanlah yang mempersiapkan kebangkitan tersebut melalui orang-Nya.