DOA KHATAM QURAN DI HUJUNG RAMADHAN.
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اللهم ارحمني بالقرآن واجعله لي إماماً ونوراً وهدى ورحمة .. اللهم ذكرني منه مانسيت وعلمني منه ماجهلت وارزقني تلاوته آناء الليل وأطراف النهار واجعله لي حجة يارب العالمين *
اللهم أصلح لي ديني الذي هو عصمة أمري وأصلح لي دنياي التي فيها معاشي وأصلح لي آخرتي التي فيها معادي واجعل الحياه زيادة لي في كل خير واجعل الموت راحة لي من كل شر *
اللهم اجعل خير عمري آخره وخير عملي خواتمه وخير أيامي يوم ألقاك فيه * اللهم إني أسالك عيشة هنية وميتة سوية ومرداً غير مخزي ولا فاضح *
اللهم إني أسالك خير المسأله وخير الدعاء وخير النجاح وخير العلم وخير العمل وخير الثواب وخير الحياة وخير الممات وثبتني وثقل موازيني وحقق إيماني وارفع درجتي وتقبل صلاتي واغفر خطيئاتي وأسالك العلا من الجنة *
اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسلامة من كل إثم والغنيمه من كل بر والفوز بالجنة والنجاة من النار * اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الآخرة *
اللهم اقسم لنا من خشيتك ماتحول به بيننا وبين معصيتك ومن طاعتك ماتبلغنا بها جنتك ومن اليقين ماتهون به علينا مصائب الدنيا ومتعنا بأسماعنا وأبصارنا وقوتنا ماأحييتنا واجعله الوراث منا واجعل ثأرنا على من ظلمنا وانصرنا على من عادانا ولا تجعل مصيبتنا في ديننا ولا تجعل الدنيا أكبر همنا ولا مبلغ علمنا ولا تسللط علينا من لايرحمنا *
اللهم لاتدع لنا ذنباً إلاغفرته ولا هماً إلا فرجته ولا ديناً إالاقضيته ولا حاجة من حوائج الدنيا والآخرة إلا قضيتها ياأرحم الراحمين * ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار.
Ya Allah kurniakan Rahmat al-Qur’an, jadikan Al-Qur’an pemimpin, petunjuk, kasih sayang. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa, ajarlah apa yang kami jahil. Bantulah kami membacanya. Malam dan siang, jadikan Qur’an pegangan. Ya Allah, Pentadbir Alam.
Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami, perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kehidupan kami, perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami, jadikanlah kehidupan sebagai kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami daripada segala kejahatan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya, dan sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagi kami adalah hari berjumpa dengan-Mu.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan mengaibkan kami. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.
Beratkanlah timbangan kebaikan kami, teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami, terimalah sembahyang kami, dan ampunkanlah segala kesalahan kami. Kami memohon ketinggian syurga-Mu, kami memohon Rahmat dan Pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada segala kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka.
Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan di hari akhirat. Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memberikan kami kesabaran di dalam menghadapi musibah-Mu, berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan dan akal fikiran yang sempurna selama hidup kami.
Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kecintaan kami yang paling besar. Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya, janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, wahai Zat Yang Maha Mengasihani. Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka.
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya serta para sahabatnya.