Posts

Showing posts from September, 2015

KHUTBAH AIDILADHA 2015: HIKMAH HAJI DALAM MEMBINA WADAH ISLAMIAH.

Image
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ "Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Daku datang memenuhi panggilan-Mu Daku datang memenuhi panggilan-Mu, Tiada sekutu dan setanding dengan-Mu, aku datang m

NASIHAT BUAT PEJUANG GENERASI BARU.

Image
وَقُلِ اعمَلوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُم وَرَسولُهُ وَالمُؤمِنونَ ۖ وَسَتُرَدّونَ إِلىٰ عٰلِمِ الغَيبِ وَالشَّهٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At-taubah: 105) Kita berada di satu era baru, iaitu peralihan dunia kepada Islam. Mana-mana pergerakan atau perjuangan samada berbentuk jemaah thoifah, atau jemaah tariqat, atau jemaah pondok, atau kelompok-kelompok kecil yang perjuangkan Islam; kini sedang mengalami perubahan era dan corak kepimpinan atau pentadbiran. Mana-mana perjuangan yang disebut tadi kini sedang beralih kepimpinan kepada generasi baru mereka. Ini berlaku kepada perjuangan kebenaran mahupun kebatilan. Sebaga

BERJALANLAH MENAMBAH KEIMANAN.

Image
Maghribi ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik, yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbir kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975. Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonieserta sebuah sekutu bukan NATO Amerika Syarikat yang utama.  Pada tahun 1986 penulis pernah mengembara ke seluruh pelusuk negara Maghribi dan berkongsi sedikit pengalaman disini.  Firman Allah: قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ ثُمَّ ٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْ

HAJI MENGEMBALIKAN JIWA SUCI MANUSIA.

Image
Hati sahabat ialah hati yang sangat menunggu janji Allah. Hati ikhwan ialah hati yang sangat menunggu janji Allah. Kita dipandu menunggu janji Tuhan, teruskan menunggu. Hati yang berharap itulah dibawa ke mana mana. Begitulah hati orang roh.  Orang roh adalah ikhwan dan asoib serta golongan auliya di akhir zaman. Mereka dapat membawa Tuhan ke mana-mana. Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja mereka berada dan pada setiap masa dan ketika, mereka rasa bertuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui tentang lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang kita disuruh rasa bertuhan dalam semua keadaan. Maksud firman Tuhan: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (Al-Hajj,22:27). Pada kebangkitan Islam pertama Para SalafusSoleh dapat ba