BERJALANLAH MENAMBAH KEIMANAN.
Maghribi ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik, yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbir kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.
Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonieserta sebuah sekutu bukan NATO Amerika Syarikat yang utama. Pada tahun 1986 penulis pernah mengembara ke seluruh pelusuk negara Maghribi dan berkongsi sedikit pengalaman disini.
Firman Allah:
قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ ثُمَّ ٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." (Al-An'aam (6:11).
Satu ekspedisi (xpdc) bersama Abuya mengungkap misteri kebenaran dan kebesaran Al-Quran. Melalui xpdc ini Abuya mendidik kita secara bersahaja. Juga menanamkan keyakinan bahawa semua berita dan kejadian yang disampaikan oleh Al-Quran itu memang benar kewujudannya dan benar-benar terjadi. Xpdc juga adalah sunnah para Rasul. Bermusafir dan berkunjung ke tempat-tempat sejarah sangat membantu kita menghayati kisah-kisah yang diceritakan didalam Al-Quran. Pembuktian ini diperkuatkan lagi oleh pengalaman sendiri bila sampai di tempat kejadian, tempat tinggal sesuatu kaum, dan berbagai peristiwa yang kita abadikan dalam memori kita.
Fes salah sebuah bandar di Morocco atau Maghribi. Kami berkesempatan menziarahi beberapa tokoh ulama terkenal, dan antaranya tokoh ulama hadis terkenal iaitu Syeikh Abdul Siddiq A-Ghumari, Syeikh Abdullah Ghannun ketua ulama Morocco dan Syeikh Dr. Prof. Abdul Salam Harras pensyarah di Universiti Al-Qarawiyin. Tercatit dalam Guinnes Book of World Records sebagai universiti tertua di dunia.
Nabi SAW berjaya menukar setiap watak bangsa yang sebelumnya hina menjadi mulia. Buktinya setiap bangsa yang menurut sunnah Baginda terpandu menerajui empayar atas nama Islam. Contohnya dalam xpdc tersebut kita menyaksikan sejarah Toriq bin Ziad asalnya hanyalah dari bangsa Barbar yang dipandang rendah, dengan Islam dia berjaya merubah peta dunia iaitu terpahat namanya oleh sejarah hingga ke hari ini di Eropah.
Negara Sepanyol, Portugal dan Selatan Perancis pernah berada dalam genggaman tokoh Islam yang terkenal iaitu Tariq bin Ziyad. Beliau adalah panglima perang Islam dari dinasti Umayyah yang memimpin pasukan Muslimin ke atas wilayah Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar, dan sekitarnya. Tariq bin Ziyad dengan ilmu berperang tidak diragukan lagi dan juga dia adalah orang yang sangat ramah kepada orang tua mahupun yang lebih muda. Tindak tanduknya dalam dunia peperangan melawan musuh-musuhnya tidak pernah berakhir dengan kekalahan.
9 April 711, pasukannya mendarat di Gibraltar dengan memimpin pasukan 12,000 anggota pasukan muslimin. Berhadapan dengan 100 ribu tentera musuh yang bilangan mereka sepuluh kali ganda lebih ramai dari tentera Muslimin.. Tariq bin Ziyad memerintahkan pasukannya untuk membakar semua kapal yang mereka gunakan ke sana. Kemudian Tariq bin Ziyad dengan kewibawaannya di hadapan para pasukan Islam berbicara untuk membangkitkan semangat jihad fisabilillah,
"أين المفر؟ البحر من وراءكم والعدو أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر. عش كريما أو مت شهيدا!"
Tidak ada jalan hendak melarikan diri? Lautan dibelakang kamu, musuh dihadapan kamu pilihlah apa yang kamu mahu. Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran. (pilihlah antara dua) Hidup mulia (kerana berjihad dan mendapat kemenangan) atau kita semua syahid.
Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Tariq telah mendapat firasat atau rasa hati bahawa ia pernah bermimpi melihat Rasulullah SAW bersama keempat-empat khulafa’ al-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah SAW memberitahukan berita gembira bahawa ia akan berjaya menaklukkan Andalusia. Kemudian Rasulullah SAW menyuruhnya untuk selalu bersama kaum muslimin dan menepati janji. Dan terbukalah akhirnya Andalusia ditangan beliau.
Pada kebangkitan Islam pertama Para Salafus Soleh dapat banyak kebaikan hasil daripada melakukan safar atau xpdc. Rohani mereka menjadi suci dan fitrah mereka sangat hidup. Hati mereka sedikit pun tidak terpaut dengan dunia. Sedangkan di waktu yang sama, mereka mengurus dan mentadbir serta memerintah tiga perempat dunia. Sesama mereka sangat berkasih sayang, bertolong bantu, bertolak ansur, berkorban apa saja, pentingkan orang lain, tenang dan damai serta hidup aman makmur. Dengan kehidupan yang beginilah mereka dapat tegakkan masyarakat yang baik selama 300 tahun.
Tuhan serahkan kuasa kepada dua golongan. Disisi Tuhan, hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa di atas muka bumi ini. Iaitu golongan kafir dan golongan bertaqwa. Selain dari dua golongan ini tidak ada golongan lain yang diizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini. Nilailah semula usaha dan dakwah kita. Apakah sudah cukupkan syarat untuk Allah berikan kemenangan? Atau kita terpaksa tunggu lama, untuk menyaksikan kebenaran kata-kata guru mursyid yang penuh keramat ini,