MELIHAT DAN MENYALIN KEBAIKAN DARIPADA ORANG LAIN.

Para Sahabat Rasulullah SAW yang menjadi pemimpin dan pelaksana bagi pihak baginda dikenali sebagai Khulafaur Rasyidin. Mereka Khulafaur Rasyidin ( الخلفاء الراشدون) atau Khalifah Ar-Rasyidin adalah empat orang khalifah (pemimpin) kebangkitan Islam pertama, yang dipercayai oleh umat Islam sebagai penerus kepemimpinan setelah Rasulullah SAW wafat. Mereka ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Faruq, Saidina Usman Al-Affan, dan Saidina Ali Karamallah Wajhah.


Empat orang tersebut adalah para sahabat Rasulullah SAW yang tercatat paling dekat dan paling dikenal dalam membela ajaran yang dibawanya di saat masa kerasulan Nabi Muhammad SAW. Keempat khalifah tersebut dipilih bukan berdasarkan keturunannya. Khulafaur Rasyidin telah berjaya meneruskan kepimpinan yang telah di lagang oleh Rasulullah S.A.W. Perlaksanaan kepimpinan Islam yang baik dan berjaya meneruskan kehendak Rasulullah S.A.W.



Para Sahabat Rasulullah SAW dikalangan Khulafaur Rasyidin, pertolongan dan bantuan Tuhan atau kelebihan yang Tuhan anugerahkan tidak sama, dirata dan dipelbagaikan. Ada dikalangan Para Sahabat Rasulullah SAW yang dikenali dengan gelaran AS-SIDDIQ  orang yang sangat membenarkan Rasulullah SAW. Gelaran tersebut diberikan kepada Saidina Abu Bakar. Beliau juga sangat terkenal pengorbanannya untuk Islam bagaikan angin kencang. Saidina Umar al-Khattab anugerah yang diberikan padanya kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Faruq, Umar yang sangat tegas dan keras terhadap kebatilan. Saidina Usman bin Affan diberi gelaran Dzunnurain, kerana bernikah bernikah dengan dua puteri Rasulullah SAW dan dikenali penyantun dan berkasih sayang. Saidina Ali anugerah yang diberikan kepadanya ialah Karamallah Wajhah. Tuhan yang memuliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala dan sangat dikenali dengan ilmu-ilmu hikmah.


Kepimpinan empayar dunia berpindah ketangan tamadun Islam oleh Rasulullah SAW. bermula di Madinah. Tamadun ini ditunjangi ilmu dan iman merupakan gabungan pembangunan rohani dan material. Umat Islam kita perlu mengetahui sejarah kita sendiri yang ada hubungkait dengan kebangkitan Islam kali kedua. Bagaiman kita hendak mengulangi sejarah kebangkitan pertama kalau kita tidak mengetahuinya.


Begitulah kesan kepimpinan roh Islam yang telah mewarnai umat Islam pada kebangkitan pertama. Pendekatan roh Islam adalah halus tetapi membuka semua rintangan dan halangan. Kerana sasarannya adalah hati manusia. Roh Islam pendekatannya mengubat penyakit masyarakat dengan menanam dan menyuburkan rasa cinta dan Takutkan Tuhan, dan kasih sayang sesama manusia.


Masyarakat salafus soleh terlihat indah kehidupan mereka. Masing-masing pandai berperanan mengikut kemampuan dan kebolehan yang ada pada mereka. Masing-masing bekerja dan berbuat bagaikan satu team bola sepak. Di kalangan mereka ada yang berperanan dalam kepimpinan seperti Para Sahabat dikalangan Khulafaur Rasyidin. Ada pula kelompok yang berkongsi ilmu seperti dikalangan Para Sahabat Nabi SAW yang menjadi periwayat hadis dan begitulah seterusnya.


Secara umum semua Para Sahabat adalah menjadi ikutan. Dalam hal ini Rasulullah SAW ada bersabda;

عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( أصحابي كالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم )  رواه ابن عبد البر في "جامع بيان العلم وفضله" (895) وابن حزم في "الإحكام" (6/244)

“Para sahabatku umpama bintang di langit, yang mana satu kamu ikut, nescaya kamu akan dapat petunjuk” – hadis riwayat Ibnu Abdul Bar dan Ibnu Hazim.


Allah taala memuliakan para sahabat kerana mereka bersahabat kepada Nabi Muhammad saw. Para sahabat memiliki iman yang luar biasa. Mereka saling membesarkan antara satu dan lain. Begitulah hasil didikan Baginda Rasul s.a.w. dalam membina jemaahnya. Setiap para sahabat saling mengambil berkat dari sahabat yang lain. Jadi sememangnya mereka layak layak menjadi contoh ikutan buat umat Islam yang lain. Para sahabat didalam kehidupan mereka, amalan-amalan sunnah diterapkan dan menjadi panduan hidup mereka. Segala ajaran yang diperolehi daripada Nabi Muhammad saw itulah yang membimbing dan membentuk mereka hingga menjadi peribadi yang mulia. Bukanlah tiada masalah yang berlaku, tetapi setiap permasalahan ada jalan keluarnya, setiap kesulitan ada kemudahan, ini kerana dalam Islam semua itu ada penyelesaiannya.


Bangsa Melayu Baru yang akan menerajui empayar atas nama Islam itu, ialah mereka yang mampu mengulangi kebangkitan pertama. Bangsa Melayu Baru yang melakukan kebangkitan kedua yang menyalin kebangkitan pertama. Dimana  mereka memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Juga dapat berkasih sayang sesama manusia. Seterusnya boleh menyalin peribadi para sahabat dan meneruskan perjuangan dan akhlak mereka, barulah Allah akan berikan kemenangan terhadap umat Islam.


Pada sahabat itu bukan sahaja iktibar yang baik sekadar seronok didengar, lebih dari itu hendaklah disalin dan dilaksanakan dalam kehidupan. Barulah berlaku 'Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur', negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah taala. Cukuplah kita menyalin peribadi sahabat yang suka melihat pada kebaikan orang lain, dunia sudah aman. Sekalipun ada kekurangan dan kelemahan namun bukan itu yang dibesarkan, namun yang dipandang ialah kebaikan dan kelebihan orang lain yang boleh ditiru dan diambil pengajaran. Inilah kelebihan sahabat yang patut menjadi ikutan. Sesuailah dengan kata-kata hukamak, lupakan kebaikan diri dan lupakan kesalahan orang, ingat kelemahan diri dan ingat kebaikan orang. Inilah kunci kebahagian.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?