Posts

Showing posts from July, 2016

MEMBESARKAN SYIAR ISLAM DALAM KEHIDUPAN.

Image
Ikhwan dan Asoib sangat gigih dan kuat cita-cita mereka untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Mereka begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-­satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-cita mereka sebab itu apa sahaja yang dilakukan dengan tujuan meninggikan syiar Islam. Apa sahaja yang dilakukan akan dikaitkan dengan Islam. Sehingga Islam dilihat meriah dimana-mana. Contoh menyambut kelahiran bayi juga akan diambil peluang untuk membesarkan syiar Islam, membuat kenduri sempena meraikan Aidilfitri atau IdulAdha, rumah terbuka, majlis Maulid Nabi, majlis kesyukuran, kenduri kahwin dan lain-lain; ini semua boleh dijadikan platform  atau landasan membesarkan syiar Islam. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Imam Tirmizi). Dari Abu Hurairah r.a., s

KITA ADALAH HAMBA ALLAH SWT, BUKAN SELAINNYA.

Image
Setiap Rasul dan Nabi yang diutuskan kepada manusia membawa ajaran tauhid. Iaitu ajaran mengagungkan Tuhan. Jadi, manusia hidup adalah untuk menyembah Allah. Dengan kata-kata yang lain untuk beribadah kepada Allah atau mengabdikan diri kepada Allah. Bukan sahaja Allah menghendaki, kalau kita rujuk akal dan hati kecil manusia juga menghendaki manusia itu menyembah Allah. Buktinya bila ada orang mengatakan kepada kita, "Hai, saudara, saudara ini hamba Allah-lah." Secara sepontan,  automatik  akal kita akan mengiakan perkataan itu dan hati kita merasa puas, rasa lega dan rasa terima kasih kepada orang yang mengatakan yang kita ini hamba Allah. Fitrah manusia mengakui-nya walaupun mungkin tidak pernah solat seumur hidupnya, tidak pernah fikir Allah dan tidak pernah fikir Quran dan Sunnah. Sebaliknya apa pula kata hati dan akal kita kalau ada orang berkata: "Hai, saudara, saudara ini hamba nafsulah. Saudara ini hamba keretalah, saudara ini hamba dunialah, saud

ZIKIR DAN TAHLIL MELAHIRKAN PENYELAMAT.

Image
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra'd, 28. Hati yang mengingati Allah swt, diberikan anugerah dan nikmat yang besar, iaitu KETENANGAN. Tenang dan tenteram ini adalah satu perasaan yang bukan dibuat-buat atau direka-reka. Allah swt adalah Penjaga Hati ( Muqallib Qulub ), maka Dia jugalah yang merubah-rubah perasaan manusia mengikut amalan dan perjalanan hatinya. Orang yang hatinya diberi ketenangan, fikirannya berjalan dengan baik, jauh pula pandangannya. Ini kerana hatinya tidak diberatkan dengan sesuatu yang mengganggu fikirannya. Bila hati tenang maka fikiran akan menjadi lapang. Subhanallah. Maha Hebat Allah swt menjadikan semua ini. Daripada dalil Quran tadi, sudah cukup membuktikan bahawa mereka yang mengingat

KHUTBAH AIDILFITRI 1437H.

Image
الحمد لله الذي جعل هذا اليوم عيدا للمؤمنين، وجعلنا أمة سيد المرسلين. أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمدا رسول الله امام المتقين وقدوة الصالحين، اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. اما بعد. يا أيها الحضرون أوصيكم واياي بتقوى الله، فقد فاز المتقون. قال الله تعالى في كتابه العزيز: بسم الله الرحمن الرحيم. قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها. وقال ايضا: قد افلح من تزكى وذكر اسم ربه فصلى. Saudara saudari, tuan puan sidang hadirin yang diberkati Allah Syukur kepada Allah SWT yang tidak terhingga kerana pada pagi yang penuh barakah ini, kita dapat bertemu dan berhimpun sesama kita, kita dapat bersama-sama bertakbir, bertahmid dan seterusnya bersembahyang sunat aidilfitri, di samping kita dapat bersilaturrahim di antara satu sama lain. Lebih lebih lagi kita wajib bersyukur pada Allah SWT pada pagi 1 syawal ini kita masih dihidupkan oleh Allah SWT, masih sempat kita bermuhasabah apakah yang telah kita lakukan selama ini. Adakah segala tanggungjawab yg di amanahka