MEMBESARKAN SYIAR ISLAM DALAM KEHIDUPAN.

Ikhwan dan Asoib sangat gigih dan kuat cita-cita mereka untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Mereka begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-­satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-cita mereka sebab itu apa sahaja yang dilakukan dengan tujuan meninggikan syiar Islam. Apa sahaja yang dilakukan akan dikaitkan dengan Islam. Sehingga Islam dilihat meriah dimana-mana. Contoh menyambut kelahiran bayi juga akan diambil peluang untuk membesarkan syiar Islam, membuat kenduri sempena meraikan Aidilfitri atau IdulAdha, rumah terbuka, majlis Maulid Nabi, majlis kesyukuran, kenduri kahwin dan lain-lain; ini semua boleh dijadikan platform atau landasan membesarkan syiar Islam.


Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Imam Tirmizi).


Dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. (Bukhari no. 6018, Muslim no. 47)


Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.


Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. 


Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih- agihkan kepada golongan fakir miskin. Begitu juga dalam memuliakan tetamu atau tetangga (jiran, sanak saudara) kita mengadakan majlis-majlis membesarkan dan memuliakan mereka, kenduri-kenduri yang manfaatnya dalap dirasa oleh masyarat. Orang dapat manfaat samada ilmu ataupun dapat makan, itupun daripada syiar Islam.


Kita meriahkan kebangkitan Islam yang kita harungi ini dengan mengisi sebaik-sebaiknya. Lebih-lebih lagi sempena bulan syawal iaitu bulan mengembalikan fitrah asal manusia. Berjuanglah, beramallah untuk mencari dan menambahkan iman. Berikrarlah untuk berkorban apa saja untuk iman. Relakan diri untuk diperalatkan dalam wadah perjuangan merebut iman. Di hari kita di panggil mengadap Tuhan, di hari itu tiada apa yang melindungi kita melainkan iman. Maksud firman Tuhan "Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera". (Ash-Shu'ara,88).


Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?