Abuya mengajar kita berbuat baik kepada siapa sahaja. Salah seorang saksi hidup perjuangan Abuya di peringkat awal yang kini menetap di Semenyih bersama anaknya dan menantunya yang juga anak murid Abuya. Beliau anak kepada Mbah Karim, suaminya adik angkat Abuya dan juga kawan Abuya. Abd Rahman namanya atau mesra dipanggil Dol. Dol adik beradik Us Soleh juga kawan Abuya. Mbah Karim ibarat ayah angkat Abuya. Hinggakan anak-anak Abuya ketika di Tg Karang beranggapan itulah antara datuk mereka kerana Abuya selalu dan kerap menziarahinya. Isteri kepada Abd Rahman inilah yang biasa menjaga anak-anak Abuya yang masih kecil ketika itu. Diceritakan olehnya ketika itu anak-anak Abuya yang dijaga oleh masih tidak berbaju (masih kecil). Mereka ikut Abuya berhijrah ke Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur dan antara jemaah awal di Rumah Putih. #Abuya #dakwah #islam #iman #taqwa
Posts
Showing posts from February, 2019
SUDUT POSITIF ISU SEMASA POLITIK NEGARA
- Get link
- X
- Other Apps
Sememangnya isu politik negara kita sedang panas menggelegak. Ada banyak pihak tidak senang duduk dengan situasi sekarang. Isu-isu perkauman terus dimainkan pihak tidak bertanggungjawab dan kelemahan pihak kerajaan terlalu ketara dalam menanganinya. Kes kematian ahli bomba dalam peristiwa rusuhan di kuil menjadi duri dalam daging bagi pihak pemerintah. Nak ditutup begitu saja tidak boleh, ibarat menutup bangkai gajah. Semua pihak tidak dapat duduk senang. Yang bukan lagi memerintah teruslah risau kepentingan semakin hilang dan tercabut satu persatu. Yang sudah berkuasa kecewa rakyat semakin hilang kepercayaan dan terus rakus hari demi hari. Ini kita dapat saksikan setiap hari. Namun ada sudut positifnya jika kita dapat lihat dan cungkil hikmah disetiap kejadian. 1. Orang Islam terutamanya melayu semakin bersatu. Bila isu agama, perkauman, kedaulatan raja-raja diusik ini membuatkan rakyat terutama bangsa Melayu bangkit dan bersatu. 2. Rakyat semakin berdikari. Dengan tekanan dari s
IMAN PENJAGA KITA.
- Get link
- X
- Other Apps
Iman yang membezakan darjat manusia di sisi Allah SWT. Iman adalah sumber bantuan Allah SWT. Tanpa Iman, nikmat yang Allah SWT berikan hanyalah istidraj iaitu kemurkaan kepada hamba-Nya. Sepertimana Allah SWT berikan juga pada hamba-hamba yang durhaka, bukanlah ertinya Allah taala sayang tapi semakin dia dapat nikmat dia semakin jauh daripada kebenaran, melanggar syariat Allah dan melakukan apa yang ditegah dan dilarang oleh Allah taala. Untuk itu kita perlu menjaga kesucian hati kerana ia adalah wadah keimanan. Caranya banyakkan zikrullah, wirid dan doa. Bersangka baik dengan Allah SWT selalu. Dengan manusia diperbaiki lagi hubungan silaturahim, keharmonian sentiasa dijaga. Tak boleh hanya jaga hubungan dengan Allah SWT tetapi dengan manusia terabai dan dibiarkan. Tanda orang beriman itu ialah ia peduli dan kasih akan orang lain terutama saudara seagama seperti ia peduli dan kasih dengan dirinya sendiri.