Abuya mengajar kita berbuat baik kepada siapa sahaja. Salah seorang saksi hidup perjuangan Abuya di peringkat awal yang kini menetap di Semenyih bersama anaknya dan menantunya yang juga anak murid Abuya.
Beliau anak kepada Mbah Karim, suaminya adik angkat Abuya dan juga kawan Abuya. Abd Rahman namanya atau mesra dipanggil Dol. Dol adik beradik Us Soleh juga kawan Abuya.
Mbah Karim ibarat ayah angkat Abuya. Hinggakan anak-anak Abuya ketika di Tg Karang beranggapan itulah antara datuk mereka kerana Abuya selalu dan kerap menziarahinya.
Isteri kepada Abd Rahman inilah yang biasa menjaga anak-anak Abuya yang masih kecil ketika itu. Diceritakan olehnya ketika itu anak-anak Abuya yang dijaga oleh masih tidak berbaju (masih kecil). Mereka ikut Abuya berhijrah ke Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur dan antara jemaah awal di Rumah Putih.
#Abuya #dakwah #islam #iman #taqwa