SUDUT POSITIF ISU SEMASA POLITIK NEGARA
Sememangnya isu politik negara kita sedang panas menggelegak. Ada banyak pihak tidak senang duduk dengan situasi sekarang.
Isu-isu perkauman terus dimainkan pihak tidak bertanggungjawab dan kelemahan pihak kerajaan terlalu ketara dalam menanganinya. Kes kematian ahli bomba dalam peristiwa rusuhan di kuil menjadi duri dalam daging bagi pihak pemerintah. Nak ditutup begitu saja tidak boleh, ibarat menutup bangkai gajah.
Semua pihak tidak dapat duduk senang. Yang bukan lagi memerintah teruslah risau kepentingan semakin hilang dan tercabut satu persatu. Yang sudah berkuasa kecewa rakyat semakin hilang kepercayaan dan terus rakus hari demi hari. Ini kita dapat saksikan setiap hari.
Namun ada sudut positifnya jika kita dapat lihat dan cungkil hikmah disetiap kejadian.
1. Orang Islam terutamanya melayu semakin bersatu. Bila isu agama, perkauman, kedaulatan raja-raja diusik ini membuatkan rakyat terutama bangsa Melayu bangkit dan bersatu.
2. Rakyat semakin berdikari. Dengan tekanan dari setiap sudut dan aspek, menjadikan rakyat kebanyakkan berdikari, tidak lagi bergantung semata pada bantuan kerajaan. Kita dapat saksikan betapa ramainya usahawan Bumiputera bangkit. Ini satu perkara yang sangat positif.
3. Kesedaran diatas berlaku pada semua golongan. Tidak hanya orang lama bahkan golongan muda juga celik dan sedar setelah banyak peristiwa berlaku. Ia buatkan rakyat terpaksa perah akal fikiran, kuatkan hati dan perasaan untuk menempuh hari mendatang.
4. Golongan sufi dan tarikat terus mendapat laluan kerana kaedah tasawuf yang sangat berlapang dada, tidak terikut dengan gelombang isu semasa, dan pada masa sama terus bergerak membina kemajuan lahir dan batin.
5. Setiap masalah yang datang menjadi peluang untuk setiap golongan dalam setiap aspek yang dilalui. Masalah boleh menjadi peluang ekonomi, pendidikan, dan lain-lain.
Itu antara beberapa contoh yang kita dapat cungkil hikmahnya. Bagi anak murid Abuya Syeikh Ashaari, telah lama kita digambarkan hal ini. Kita tidak panik bilamana kaum cina dilihat memonopoli dalam sesuatu isu. Kita sudah dapat panduan dan kita tahu dimana peranan kita.
Bila tidak dipandu, itu menyebabkan kita risau, takut, bimbang, dan membuatkan kita serba tidak keruan dan tiada arah panduan dan tujuan.
Sebagai contoh, Abuya telah khabarkan pada kita bahawa kaum cina akan membantu memeriahkan kebangkitan Islam. Ini kita dapat lihat samada dalam negara atau peringkat antarabangsa. Kalau kita lihat satu sudut sahaja, kita akan risau dan bimbang apakah akan jadi senasib dengan bangsa Arab di Palestin, terbuang di negara sendiri. Tapi itu takkan berlaku. Ini zaman kebangkitan Islam.
Ramai tahu tapi tidak ramai yang percaya dan berusaha ke arah itu.