IMAN PENJAGA KITA.

Iman yang membezakan darjat manusia di sisi Allah SWT. Iman adalah sumber bantuan Allah SWT.

Tanpa Iman, nikmat yang Allah SWT berikan hanyalah istidraj iaitu kemurkaan kepada hamba-Nya. Sepertimana Allah SWT berikan juga pada hamba-hamba yang durhaka, bukanlah ertinya Allah taala sayang tapi semakin dia dapat nikmat dia semakin jauh daripada kebenaran, melanggar syariat Allah dan melakukan apa yang ditegah dan dilarang oleh Allah taala.

Untuk itu kita perlu menjaga kesucian hati kerana ia adalah wadah keimanan. Caranya banyakkan zikrullah, wirid dan doa. Bersangka baik dengan Allah SWT selalu. Dengan manusia diperbaiki lagi hubungan silaturahim, keharmonian sentiasa dijaga. Tak boleh hanya jaga hubungan dengan Allah SWT tetapi dengan manusia terabai dan dibiarkan.

Tanda orang beriman itu ialah ia peduli dan kasih akan orang lain terutama saudara seagama seperti ia peduli dan kasih dengan dirinya sendiri.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?