Ujian Adalah Baja Kepada Iman.
Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibnu Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)
Ujian atau dugaan datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ (balasan) dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat di sisi-Nya. Hadith ini menceritakan pada dasarnya berhubung dengan ujian, iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt.
Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri, muhasabah dan pertingkatkan rasa cinta dan takutkan Tuhan dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha NYA. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Tuhan dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – (al-Baqarah: 216)
Firman Allah :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS. Al-Ankabut [29] : 2-3)
Kita kena selalu melakukan muhasabah. Kita kena periksa adakah diri ini telah memenuhi kriteria seorang IKHWAN supaya menepati tawaran dari Rasul saw untuk menjadi pejuang Islam bagi kebangkitan kali kedua. Kita mesti membuktikan dengan berbuat, sesungguhnya Allah, Rasul SAW dan orang Mukmin menjadi saksi.
Kita kena membuktikan diri bahawa apakah kita ini seorang yang memperjuangkan Allah dan Rasul SAW. Kerana kita adalah hamba Allah bukan hamba sesiapa kerana kita mengharap redha Allah bukan redha diri sendiri. Oleh kerana itu, untuk membuktikan bahawa kita pejuang yang ingin mengulangi sikap Abu Ayub Al Ansari bagi merialisasikan JADUAL ALLAH, maka kita harus Islam dengan cara Allah bukan dengan cara kita sendiri.

Islam cara Allah ialah perjuangkan-Nya dengan berpegang teguh pada syariat-Nya.
Di dalam salah satu ingatan guru mursyid pada kita, beliau pernah menyebut bahwa, “Ketinggian nilai keimanan itu bukan terletak pada rukuk dan sujud, tetapi ia terletak pada sekadar mana ujian Allah ke atas manusia."
Kesimpulannya; ujian mesti datang, cabaran mesti sampai. Dan Allah akan uji mengikut kadar tahap mana iman kita. Sikit iman kita, sikitlah ujian. Besar iman kita, maka besarlah datangnya ujian. Selagi namanya dunia, pasti ujian akan datang dengan berbagai ragam. Ujian dalam bentuk anak-anak. Kita mahu dia jadi ulama, dia jadi Trojan. Ujian hawa nafsu, ujian syaitan, samada dari musuh yang tak nampak atau nampak.

Kita boleh kaitkan ini dengan Surah al-Ankabut, yang bermaksud, “Adakah manusia itu mengira, bahawa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.”
Apa ertinya? Maknanya, kita tidak layak untuk menyebut kita sebagai orang yang beriman selagi Allah tidak memberi ujian kepada kita. Dan biasanya ujian-ujian ini akan didatangkan oleh Allah mengikut kadar keimanan seseorang. Seperti dalam sebuah hadith riwayat Imam Tarmizi, di mana Nabi saw bersabda yang bermaksud, “Besarnya pahala seseorang adalah bersamaan dengan sekadar mana ujian yang dikenakan oleh Allah kepada dia.”
Maknanya kalau ujian tu kecil, maka kecillah pahala yang kita dapat. Kalau ujian tu besar, maka besarlah pula pahala yang diberikan oleh Allah.
Golongan mana yang paling hebat diuji Allah? Tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah golongan para rasul dan nabi alaihimussola tuwassalam. Seperti yang disebut oleh guru kita dalam kuliah atau buku-bukunya.
Satu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?” Lalu jawab Rasulullah saw, “Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin.” Inilah susunan yang Nabi saw letak dan jawapan kepada Saad bin Abi Waqas radiallahuanhu.
Golongan mana yang paling hebat diuji Allah? Tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah golongan para rasul dan nabi alaihimussola tuwassalam. Seperti yang disebut oleh guru kita dalam kuliah atau buku-bukunya.
Satu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?” Lalu jawab Rasulullah saw, “Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin.” Inilah susunan yang Nabi saw letak dan jawapan kepada Saad bin Abi Waqas radiallahuanhu.
Kesimpulannya; ujian mesti datang, cabaran mesti sampai. Dan Allah akan uji mengikut kadar tahap mana iman kita. Sikit iman kita, sikitlah ujian. Besar iman kita, maka besarlah datangnya ujian. Selagi namanya dunia, pasti ujian akan datang dengan berbagai ragam. Ujian dalam bentuk anak-anak. Kita mahu dia jadi ulama, dia jadi Trojan. Ujian hawa nafsu, ujian syaitan, samada dari musuh yang tak nampak atau nampak.
Bezanya ialah bagaimana penerimaan kita terhadap ujian. Sepertilah sakit yang Allah timpakan. Ia adalah pahala percuma kepada hamba-Nya. Tetapi berapa ramai yang boleh bersyukur dengan kesakitan yang menimpa? Malah lebih ramai yang mengeluh daripada berterima kasih kepada Allah. Menganggap ianya satu seksaan sedangkan tidaklah ditimpakan sakit melainkan penghapusan dosa atau peningkatan darjat.