UMAT ISLAM DI ASIA TENGGARA BERUBAH MELALUI MINDA.
Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Perkongsian minda pemimpin adalah nadi kepada pengikutnya.
Bahkan merubah bangsa Melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru, iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Melalui Minda banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam di Malaysia dan di Indonesia.
Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa Melayu sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah giliran orang Melayu menerajui empayar Islam.
Perjuangan Islam di Asia Barat, banyak dikaitkan dengan cara kekerasan dan keganasan. Umat Islam di Asia Tenggara berubah dengan gerakan dakwah. Pendekatan dibuat melalui merubah minda.
Penekanan lebih mengambil berat soal insaniah dalam diri manusia.
Pembinaan Insaniah manusia inilah yang akan membentuk negara Islam.
Apalah ertinya jika berlaku seperti di Timur Tengah sekarang, sudah mendapat kuasa namun insaniahnya tiada. Pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya?
Pada saat ini situasi dunia Islam umumnya sedang kacau-bilau dan huru-hara, rakyat sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada.

Perkara tersebut yang telah diperkatakan sedang berlaku di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Ini menuntut agar umat Islam kena banyak merintih kepada Tuhan agar didatangkan pemimpin yang dapat menyelesaikan semua perkara tersebut.
Begitu juga kepada mereka yang perjuangkan Islam melalui politik, sila ambil pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Apalah ertinya mengusai negara yang masyarakatnya belum diikat hatinya dengan Tuhan dan hati mereka diikat satu sama lain.

Insaniah ini bukan boleh disorak-sorakkan, bukan boleh disogok. Nak melahirkan masyarakat yang bekerjasama, sama kefahaman, keselarasan, ianya mengambil masa untuk mendidik mereka. Lebih-lebih lagilah untuk dibawa kepada Islam.
Mempolitikkan perjuangan Islam tidak akan mampu membina insaniah manusia. Kita mesti ambil pengajaran dari apa yang berlaku di Mesir sekarang ini. Bila terlalu menginginkan kuasa memerintah walaupun bertujuan menegakkan negara Islam ianya bukan bertambah baik. Malah semakin buruk dan buruk.
Belajarlah dari sejarah kemenangan Islam oleh para sahabat dan orang-orang soleh. Negara diserahkan oleh rakyatnya yang mahukan keselamatan. Masuknya Islam di Mesir oleh sahabat hanya dengan laungan Allahuakbar. Kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh di Turki bilamana sudah wujudnya sebaik pemimpin dan tentera.
Ikatan kasih sayang yang terjalin erat yang lahir dari buah ibadah membentuk peribadi yang disegani kawan dan lawan. Inilah yang kita dapati bila minda kebenaran dari pemimpin yang dijanjikan kita pegang dan jadikan prinsip.