FAKTOR PENENTU TERBINANYA SEBUAH EMPAYAR.
Maksud firman Tuhan: " Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al Baqarah :249). Bangsa yang menjadi empayar bukannya bangsa yang besar, bilangan ramai dan negara yang luas. Ketika bangsa Arab dapat mengalahkan dua kuasa besar, iaitu Rom dan Parsi mereka bukanlah bangsa yang besar bilangannya dan kuat fizikalnya. Tetapo Rasulullah telah berjaya mendidik bangsa Arab menjadi bangsa yang berjiwa besar dan bercita-cita besar. Maka tercetuslah waktu itu satu perjuangan yang besar. a) Bilangan umat Islam dari kalangan bangsa Arab ketika itu kecil sahaja. Sekarang bangsa Arab di kalangan umat Islam ada 100-150 juta. Sewaktu menjadi empayar bilangan bangsa Arab cuma 2 atau 3 juta orang sahaja. b) Bangsa Kurdi menjadi empayar semasa Salahuddin Al Ayyubi. Bilangan lagi se