Di Akhir Zaman Hanya Ada Dua Pasukan Sahaja.

Di akhir zaman, hanya ada dua pasukan yang diberikan kelebihan iaitu hak dan batil. Pasukan kebenaran merujuk kepada Imam mahdi dan pasukan batil meruk kepada dajal. Pasukan kebenaran Allah mengurniakan kepadanya karamah dan barakah, yang mulanya dialirkan kepada kumpulan kebenaran menurut keperluan semasa dan sezaman yang ada hubungkaitnya dengan kebangkitan Islam.

Ilmu pengetahuan dan panduan yang banyak itu diberikan kepada pasukan hak atau kebenaran itu berkat berada di zaman kebangkitan kali kedua yang Tuhan janjikan melalui lidah Rasulullah. Orang-orang Islam yang bernaung dibawah payung kebenaran, mereka diberi kelebihan mudah memahami ilmu-ilmu pengetahuan yang diperlukan itu.
Sesetengahnya diberi kelebihan ilmu-ilmu pengetahuan tentang perubatan, terutamanya dalam merawat sihir-sihir yang menyerang.

Sihir-sihir atau ilmu-ilmu hitam ini dihantar para musuh Islam seperti Yahudi secara rambang untuk memporak perandakan masyarakat awam dari yang kafir, yang  selemah-lemah iman hinggalah yang tinggi imannya, untuk melawan karamah kerohanian orang-orang yang soleh.

Maka bermaharajalelalah jenayah dalam masyarakat beserta gejala-gejala sosialnya, seperti jenayah kekerasan, harta benda, mahupun akidah seperti yang masuk melalui hiburan muzik yang merosakkan seperti blackmetal dan umpamanya.

Termasuk berkat dan karomah KEBANGKITAN YANG DI JANJIKAN itu, ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah-mazmumah  yang seni, untuk mudah mereka membaiki diri, dengan amalan sufi himpunan  wirid,zikir dan selawat yang  diamal tiap hari. Contohnya bacaan-bacaan selawat yang begitu meriah di Malaysia sekarang. Ianya dibaca sendirian atau beramai-ramai. Alhamdulillah di Malaysia sekarang sudah menjadi ikutan masyarakat.

Kemeriahan suara indah alunan-alunan bait-bait madah atau syair yang dinasyidkan melalui corong-corong media perdana. Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator. Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta bermacam-macam lagi seperti ilmu-ilmu yang khas dalam bidang masing-masing, yakni ilmu-ilmu yang sesuai untuk menaikkan Islam.

Pasukan batil yang diterajui Dajjal, adalah di pihak musuh Islam. Dikurniakan makhluk laknatullah itu ilmu-ilmu sihir sebagai istidraj. Pasukan batil atau pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir atau orang yang mengamalkan sihir. Orang kanannya adalah ahli sihir terkenal, David Copperfield

Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya dialirkan kepada mereka. Kerja mereka adalah menguji manusia dengan berbagai-bagai bentuknya. Sebelum peperangan bersenjata, berlaku peperangan yang berbentuk sihir dan keramat, kemuncak peperangan sihir yang sedang berlangsung sekarang adalah apabila Dajjal zahir. Sihirnya yang luar biasa menyebabkan ramai menjadi pengikutnya termasuk sebahagian orang Islam yang lemah imannya. Jika mengikut Dajjal maka menjadi kafirlah mereka.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?