FAKTOR PENENTU TERBINANYA SEBUAH EMPAYAR.
Maksud firman Tuhan:
" Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".
(Al Baqarah :249).
Bangsa yang menjadi empayar bukannya bangsa yang besar, bilangan ramai dan negara yang luas. Ketika bangsa Arab dapat mengalahkan dua kuasa besar, iaitu Rom dan Parsi mereka bukanlah bangsa yang besar bilangannya dan kuat fizikalnya. Tetapo Rasulullah telah berjaya mendidik bangsa Arab menjadi bangsa yang berjiwa besar dan bercita-cita besar. Maka tercetuslah waktu itu satu perjuangan yang besar.
a) Bilangan umat Islam dari kalangan bangsa Arab ketika itu kecil sahaja. Sekarang bangsa Arab di kalangan umat Islam ada 100-150 juta. Sewaktu menjadi empayar bilangan bangsa Arab cuma 2 atau 3 juta orang sahaja.
b) Bangsa Kurdi menjadi empayar semasa Salahuddin Al Ayyubi. Bilangan lagi sedikit hanya 100-120 ribu orang sahaja. Sekarang puak Kurdi ada 5 atau 6 juta orang.
c) Sekarang Turki ada 50 juta orang. Sewaktu jadi empayar umat Islam Turki hanya 1-2 juta orang sahaja. Turki menguasai 29 negara termasuk sebahagian Eropah.
d) Ada bangsa yang besar tetapi tidak jadi empayar seperti Cina, India, orang Melayu sehingga sekarang ada 300 juta. Ini kerana cita-citanya kecil kerana fikir makan, minum, ternakan dan sebagainya yang remeh temeh bukan skop yang besar.
Bangsa yang hendak kuasai dunia walaupun kecil bilangannya, mesti berjiwa besar dan bercita-cita besar. Orang bercita-cita besar, ada benda yang dibawa itu besar, iaitu keyakinan. Sehingga dia cetuskan satu perjuangan yang besar. Satu bangsa yang bercita-cita besar ada macam-macam pegangan yang menjadi cita-citanya.
Apakah bentuk pendidikan dan perjuangan Rasulullah SAW? Bangsa Arab menjadi bangsa yang disegani oleh kawan dan lawan. Rasulullah perjuangkan Tuhan ke seluruh dunia supaya manusia cinta dan takut kepada Tuhan. Inilah yang dididik oleh Rasulullah supaya bawa Tuhan ke mana-mana. Segala apa yang ada ini Tuhan yang ciptakan. Cita-cita perjuangan Rasulullah ini lebih besar dari cita-cita bangsa lain yang membina empayar. Bangsa Arab menjadi bangsa yang di segani oleh kawan dan lawan.
Pemangkin dalam pembinaan sebuah empayar.
Satu bangsa yang ingin menjadi empayar, mesti ada kekuatan yang tersendiri seperti Jepun dan Korea yang ada cita-cita besar. Itulah yang diperjuangkannya. Di bawah adalah bangsa-bangsa yang berjiwa besar tidak kira yang hak atau batil. Kebatilan pun kalau dibuat oleh orang yang berjiwa besar, dia akan jadi jiwa besar. Di antara bangsa yang bercita cita besar:
1. Berjuang kerana negara.
Didik bangsa dari waktu sekolah lagi. Susah, mati, kena tangkap kerana negara tidak apa. Ia bukan kerana diri atau keluarga tetapi negara. Inilah yang Itali buat. Walaupun rakyat tidak ramai, dia mampu jajah negara lain.
2. Untuk memuliakan bangsa.
Ingin menjadikan bangsa kuat dan dihormati. Dari kecil sudah didik seperti Jerman. Dia menganggap bangsanya ( bangsa Arya ) mulia. Maka mesti jajah dunia dan tidak boleh duduk bawah orang. Pernah menjajah sebahagian Eropah cuma tidak lama. Bila Eropah bersatu dengan Rusia dan serang German, German kalah.
3. Berjuang untuk kekayaan dunia.
Ada orang berjuang untuk mendapatkan kekayaan dunia supaya kekuatan kekayaan dunia itu berpusat pada bangsanya sahaja. Ini terdiri dari Barat seperti Amerika yang berjuang untuk kekuasaan ekonomi.
4. Berjuang atas dasar agama.
Sebahagian bangsa Eropah seperti Sepanyol atas nama agama Kristian, berjuang untuk Kristiankan dunia. Mereka sanggup mati, susah, miskin, dan masuk jail kerana agama.
5. Bercita-cita besar kerana ideologi.
Ini termasuklah perjuangan komunis yang mengajar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Mereka berjuang sehingga masuk hutan puluh tahun sehingga susah orang British kerana mereka membunuh, membakar dan menyerang hendap macam nyamuk dan pacat. Orang British tidak tahan. Separuh dunia jadi komunis termasuk Eropah Timur, Albania, Czechloslovakia, Rusia dan China.
Perjuangan yang paling besar ialah memperjuangkan Tuhan.
Memperjuangkan Tuhan mengatasi perjuangan kerana bangsa, ekonomi, ideology dan agama. Jangan perjuangkan syariat Islam tetapi perjuangkanlah Tuhan. Kalau perjuangkan syariat, Tuhan akan tertinggal. Mula-mula perjuangkan Tuhan supaya hidup mati kerana Tuhan. Bila kita perjuangkan Tuhan, syariat akan ikut sama. Bila Tuhan disembah dan ditakuti, inilah perjuangan Abuya, yang diwarisi dari perjuangan Nabi Junjungan kita Muhammad SAW.