MENCINTAI ALLAH DAN TAKUTKANNYA ADALAH SUNNAH YANG UTAMA.
Apabila hamba Tuhan itu benar-benar cinta Tuhan, maka Allah minta buktikan kepada Rasulullah iaitu kekasih-Nya. Allah minta kita berhubung dengan Rasulullah, dengan mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah itu ialah perjalanan hidup Rasulullah. Perjalanan hidup Rasulullah itu pula ada lahiriah, ada maknawiyah dan ada rohaniahnya. Kalau betul kita ikut jalan tersebut, maka memang benarlah terbukti yang kita sudah mencintai Tuhan.
Firman Tuhan:
"Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, jika mereka iaitu umatmu benar-benar mencintai Allah, maka hendaklah mereka mengikuti dan mencontohi dirimu, Rasulullah."
(Ali Imran : 31).
Boleh juga kita maksudkan seperti kehendak ayat diatas. Hendak cinta Tuhan, kita tak mampu. Kita tak kenal Tuhan; zat, sifat dan perbuatanNya. Jadi, kita kena mencintai orang Tuhan seperti Rasulullah yang membawa kita sampai kepada Tuhan. Mencintai Rasulullah itu adalah jalan atau jambatan untuk kita cinta Tuhan. Rasulullah pernah menyebutnya seperti ini: Hendaklah kamu bersama Allah, dan kalaulah kamu tidak dapat bersamaNya, maka hendaklah kamu bersama dengan orang yang sudah dapat bersama Allah.
Apa yang dimaksudkan jalan atau sunnah lahiriah?
Rasulullah menegakkan perintah Tuhan yang dinamakan ayat-ayat madaniah. Di Madinah Rasulullah tegakkan hukum hakam atau syariah. Selama 10 tahun Rasulullah berjaya menegakkan sistem Islam, seperti sistem pendidikan, kebudayan dan ekonomi. Tertegaknya sistem-sistem tersebut berjaya mendisiplinkan penduduk Madinah dalam membangunkan kehidupan. Ia juga menjadi wadah untuk para sahabat memberi manfaat dan khidmat kepada masyarakat sehingga masyarakat termasuk orang kafir berasa cukup selesa dan aman tenteram berada di bawah naungan sistem Islam.
Pernah Rasulullah ditanya oleh sahabat, apakah boleh kami mengikutmu? Rasulullah menjawab, apakah kamu sanggup susah? Menunjukkan kepada kita tidak mudah untuk menjadi pengikut Rasulullah. Kenalah sanggup miskin dan sanggup susah. Kenalah sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk agama.
Apa yang dimaksudkan jalan maknawiyah?
Daripada Rasulullah itu keluar berbagai ilmu, itulah ilmu Al-Quran dan Al-Hadis. Ilmu ini perlu dituntut kerana Tuhan, difahami dan dihayati bersungguh-sungguh. Buah fikiran Rasulullah itu jika diikuti menjadikan kita orang yang cerdik dan berstrategi. Ia mampu melahirkan pejuang yang aktif berjuang menegakkan dua pembangunan, rohani dan material. Jalan maknawi ini melahirkan manusia yang cerdik dan celik hatinya dan cerdas akalnya. Dalam berdakwah penuh hikmah dan strategi. Sehingga manusia tertarik dengan dakwahnya. Sepertilah sahabat yang bukan sahaja hebat berstrategi malah dibantu dengan kekuatan rohani.
Apa yang dimaksudkan jalan rohaniah?
Rasa hati Rasulullah itulah jalan rohaniahnya yang perlu diikuti. Rasa hati itu yang utamanya adalah cinta dan takut kepada Tuhan. Selain itu ialah seperti sabar, redha, sangat berlapang dada, menerima keuzuran orang, berkasih sayang, tawadhuk, tawakkal dan pemaaf. Bila bersatu 3 jalan ini, maka automatik kita sudah terhubung dengan Rasulullah. Inilah “turning point” bagi kita untuk terhubung dengan Allah. Tanpanya, agak sukar kita terhubung dengan Allah. Sebab itu dalam ayat Al-Quran tadi, Allah seakan memberi “offer’ kepada hambaNya kalau benar kamu mencintai Aku, maka kamu hendaklah mencintai kekasihKu yakni Rasulullah. Mencintai Rasulullah pula tidak boleh sekadar dengan lafaz cinta sahaja. Ia kena dibuktikan. Ia kena diterjemahkan dalam amalan dengan mengikut jalan yang sudah ditempuh baginda Rasulullah. iaitu seperti yang diterangkan, jalan lahiriah, maknawiyah dan rohaniah.
Firman Tuhan:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ .