Posts

Showing posts from September, 2014

MUSUH MUSUH ISLAM SANGAT TAHU SEKARANG GILIRAN ISLAM.

Yahudi sangat faham tentang kebangkitan Islam. Mereka sangat mengkaji apa yang Allah beritahu dalam Quran dan Sunah Rasulullah SAW. Yahudi sangat sedar mereka akan berdepan dengan kebangkitan Islam. Firman Allah: الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman. (Al-Anaam,6:20). Setiap bangsa akan menerima giliran menguasai dunia, perkara tersebut telah Allah ceritakan dalam Quran dan di perjelaskan lagi oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan ayat diatas sudah tentu Yahudi dan Nasrani mengkaji perkara tersebut. Apa yang mereka lakukan antaranya memutar belitkan maklumat tersebut supaya orang Islam keliru de

MALAYSIA ADALAH HAB HALAL DI PERNGKAT DUNIA.

Sesiapa yang perjuangkan Allah ertinya memperjuangkan kebenaran. Kebenaran yang diperjuangkan tidak boleh terpisah dengan Allah, agama-Nya serta syariatnya. Kebenaran itu skopnya luas. Terlalu luas. Di serata dunia lahirnya pejuang kebenaran yang berjuang bersungguh-sungguh membela agama Allah dan mereka ini berada ditahap atau peringkat masing-masing. Namun kebenaran yang dijanjikan itu Allah siapkan bersamanya sebuah pakej lengkap; pemimpin yang dijanjikan, pengikutnya dan tempatnya juga dijanjikan. Kita berada di akhir zaman. Para saintis pun sudah mengkaji bahawa umur dunia hampir pada hujungnya. Sebagai umat islam, telah lama kita diberitakan hal seumpama ini. Kita ada bapa saintis teragung dan terulung. Itulah dia baginda Nabi Muhammad SAW. Di akhir zaman, Islam dijanjikan bangkit dari timur, timur jauh. Kita pernah bahaskan di mana lokasinya. Pemimpin yang dijanjikan pun sudah disabdakan, iaitu PBT dan IM. Pengikutnya pula Ikhwan dan Asoib. Sedar atau tidak, kemeriahan Islam di

MEMBELA PERJUANGAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

Pada kebangkitan Islam yang pertama, berlaku satu sejarah besar selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Sejarah mencatatkan bahawa kerja Khalifah di masa itu selain menyatukan hati umat Islam, beliau memerangi golongan murtad. Bilangan yang murtad ketika itu bukan sahaja ramai malah menyebabkan berlakunya perperangan kerana sikap mereka yang membahayakan dan memecah-belahkan umat islam di ketika itu. Itulah kerja khalifah ketika itu. Siapakah gerangan mereka yang murtad ini? Mereka ialah golongan munafik yang kecewa dengan kewafatan Baginda SAW. Bila mereka kecewa, mereka menyalahkan tindakan Nabi pesanan-pesanan baginda SAW. Malah ada dikalangan mereka menyebarkan fahaman bahawa nabi telah berbohong kerana kebanyakan hadis-hadis Nabi SAW berlaku selepas kewafatan baginda. Mereka tidak boleh menerima kejadian itu. Menurut Abuya, sebenarnya mereka bukan sahaja tidak beriman dengan qada dan qadar malah hati mereka dipenuhi kepentingan dunia. Dah ada

MALAYSIA SEDANG PROMOSI ISLAM ABUYA.

Bacalah dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang. Membaca dengan nama Tuhan ini akan membuahkan iman dan amal yang membawa kesejahteraan kepada alam ini. Hari demi hari, kita semakin dekat dengan Jadual Tuhan ini; kebangkitan Islam kedua buat umat akhir zaman. Inilah hasil keberkatan perjuangan Abuya sejak puluhan tahun lalu. Samalah seperti perjuangan para mujaddid yang lain, mereka diterima setelah ketiadaan mereka. Begitu jugalah dengan Abuya. Pernah Imam Ghazali difitnah di mimbar-mimbar masjid dan setiap khutbah jumaat, dituduh sesat dan membawa ajaran karut. Namun setelah ketiadaan beliau namanya disanjung tinggi dan ilmunya dijadikan rujukan seluruh dunia Islam kini. Malah orang yang menabur fitnah kepadanya itu jugalah yang membersihkan nama Imam Ghazali. Sejarah islam akan berulang dan sentiasa berulang, kata Abuya. Kini perjuangan Abuya telah diterima masyarakat dan negara Malaysia. Pengamalan islam di negara ini boleh kita katakan terbaik dari mana-mana negar

Keseimbangan Rohaniah dan Maddiah Dalam Islam.

Dalam kehidupan seharian kita perlu makan dan minum untuk membolehkan tubuh berfungsi seperti biasa. Makanan memberikan kita tenaga dan zat-zat yang di perlukan oleh tubuh untuk kita melakukan aktiviti seharian. Pengambilan makanan yang seimbang adalah sangat penting untuk tubuh agar badan sentiasa sihat, segar dan cergas sentiasa. Pengambilan makanan 'ikut sedap mulut dan lidah serta ikut selera' akan membawa akibat yang buruk kepada kesihatan sendiri. Pengambilan ubat ubatan juga mesti berhati-hati dan atas nasihat doktor. Hati adalah juzuk terpenting dalam diri manusia. Ia ibarat raja atau penguasa dalam diri. Hatilah yang menentukan arah-tuju hidup, adapun anggota-anggota yang lain hanya mengikut sahaja. Hakikat ini telah diperingatkan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya; “Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Se

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA YANG AGUNG.

Lebih 40 tahun telah berlalu, Abuya pernah berkata di Malaysia akan lahir sebuah cinta yang luar biasa. Cinta yang merubah kehidupan manusia. Cinta yang menyelamatkan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Maka Abuya pun mulakan perjuangan 'cinta'nya itu. Cinta yang diperjuangkan Abuya itu ialah cintakan Allah Rabbul Jalil. Cintakan Tuhan sekalian alam. Cinta yang tiada bertepi. Dari cinta kepada Allah ini akan lahirlah cinta dan kasih kepada makhluk. Antaranya cinta kepada agama, cinta kepada ilmu, cintakan ibubapa, cintakan kepada perjuangan, cintakan negara dan lain-lain cinta yang suci lagi tidak melanggar syariat.  Tidak dinafikan Abuya sangat cintakan negaranya, tanah air tercinta. Malah cintakan tanah air sebahagian daripada iman. Nabi Muhammad SAW juga cintakan tanah tempat kelahirannya, iaitu Kota Makkah tercinta. Malah ia menjadi kecintaan semua manusia, berkat kecintaan baginda rasul kepadanya. Tahun 2014 merupakan tahun yang sukar buat negara kita Malaysia. Tanah a

KEMERDEKAAN ADALAH ANUGERAH ALLAH KEPADA KITA.

57 tahun sudah umur kemerdekaan negara kita. Ertinya selama itulah Allah izinkan kita rakyat Malaysia menikmati kemakmuran negara. Moga kita pandai mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Moga kita pandai bersyukur Allah akan kekalkan dan tambahkan nikmat yang ada. Juga kita terus diberi kekuatan berjuang dan berhempas-pulas mujahadah melawan musuh-musuh lahir dan musuh batin, yakni nafsu dan syaitan.  Alhamdulillah, kita telah dapat merdekakan negara dari penjajahan British. Tetapi kita masih bergelut dengan musuh batin iaitu nafsu dan syaitan. Sedikit saja daripada kita yang berjaya. Ramai yang gagal. Namun, ada dikalangan masyarakat Islam tetap tidak putus asa dengan Allah; terus mencuba demi mujahadah terhadap musuh batin yang ada dalam diri manusia sendiri.    Bersyukurlah bagi mereka yang Allah telah jayakan mujahadah itu. Usahalah untuk mempertahankan diri dari terus dikuasai oleh nafsu dan syaitan.  Firman Allah SWT:  إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِ