MUSUH MUSUH ISLAM SANGAT TAHU SEKARANG GILIRAN ISLAM.
- Get link
- X
- Other Apps
Yahudi sangat faham tentang kebangkitan Islam. Mereka sangat mengkaji apa yang Allah beritahu dalam Quran dan Sunah Rasulullah SAW. Yahudi sangat sedar mereka akan berdepan dengan kebangkitan Islam.
Firman Allah:
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
(Al-Anaam,6:20).
Setiap bangsa akan menerima giliran menguasai dunia, perkara tersebut telah Allah ceritakan dalam Quran dan di perjelaskan lagi oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan ayat diatas sudah tentu Yahudi dan Nasrani mengkaji perkara tersebut. Apa yang mereka lakukan antaranya memutar belitkan maklumat tersebut supaya orang Islam keliru dengan apa yang telah diberitahu dalam Quran itu. Mereka hendak menghalang tidak boleh tetapi mereka berusaha mengelirukan umat Islam dengan memberikan maklumat yang bertentangan dengan apa yang ada dalam Quran dan Sunnah.
Begitu juga mereka sangat ikuti bahawa bangsa Melayu belum menerima giliran menguasai empayar dunia atas nama Islam. Mereka terus memomokkan bangsa yang hidung peset ini supaya tiada keyakinan diri. Bangsa yang menerajui empayar adalah bangsa yang berjiwa besar. Namun apa yang berlaku, dunia dikejutkan dengan kemajuan dan perkembangan pesat yang berlaku pada negara.
Inilah keistimewaan khusus untuk bangsa yang Allah akan anugerahkan giliran untuk mereka menerajui dunia atau empayar. Mereka terlepas dari tipu daya musuh. Inilah yang telah Allah takdirkan. Yakni musuh-musuh Islam secara kasar dan lembut telah berusaha untuk melaga-lagakan orang Islam, menipu, mengumpan dan lain-lain lagi. Tetapi seperti yang Allah janjikan, semua kerja jahat itu gagal. Dan kita bersyukur termasuk dalam janji Allah ini. Sedangkan kita lihat ramai pejuang-pejuang lain yang berlaga-laga, tertipu dan termakan umpan-umpan ini. Hingga negara lain ada yang terancam, huru hara dan buntu.
Berdasarkan pengalaman dan pencerahan di atas, yakinlah kita bahawa Allah bersama kita dalam pembelaan terhadap agama-Nya.
Berlatar belakangkan bangsa Melayu yang belum pernah ada pengalaman menerajui empayar atas nama Islam dan bangsa yang jauh lebih mundur dibandingkan bangsa Barat yang pernah menjajah dunia dan menerajui negara maju yang memiliki teknologi tercanggih masa ini. Kita yakin bahawa apa yang berlaku bukannya manusia yang rancang tetapi Allah yang catur.
Kesan dakwah dan tarbiah di Malaysia telah melahirkan dua kelompok masyarakat Islam. Satu kelompok yang terus hanyut dengan gejala sosial, dadah dan macam-macam lagi. Satu kelompok terkesan dengan gerakan dakwah yang aktif di negara ini. Samada program dakwah yang di anjurkan pihak kerajaan atau swasta, kesannya menimbulkan kesedaran dakwah yang menanamkan rasa cinta dan takutkan Allah, Hari Akhirat, dan kasih sayang sesama manusia.
Model pentadbiran dan pengendalian negara oleh bangsa Melayu menerajui negara yang berbilang bangsa membuka mata dunia. Memang memeranjatkan, kerana sengaja Allah lakukan kepada satu bangsa yang satu ketika dulu dipandang rendah supaya tidak disangka oleh orang lain. Supaya orang berfikir, ini adalah kuasa Allah. Hingga manusia terpaksa akur kerana di luar jangkaun fikiran manusia. Apa yang berlaku bukan jadual manusia tetapi apa yang berlaku adalah JADUAL ALLAH.
- Get link
- X
- Other Apps