MEMBELA PERJUANGAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

Pada kebangkitan Islam yang pertama, berlaku satu sejarah besar selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Sejarah mencatatkan bahawa kerja Khalifah di masa itu selain menyatukan hati umat Islam, beliau memerangi golongan murtad. Bilangan yang murtad ketika itu bukan sahaja ramai malah menyebabkan berlakunya perperangan kerana sikap mereka yang membahayakan dan memecah-belahkan umat islam di ketika itu. Itulah kerja khalifah ketika itu.

Siapakah gerangan mereka yang murtad ini? Mereka ialah golongan munafik yang kecewa dengan kewafatan Baginda SAW. Bila mereka kecewa, mereka menyalahkan tindakan Nabi pesanan-pesanan baginda SAW. Malah ada dikalangan mereka menyebarkan fahaman bahawa nabi telah berbohong kerana kebanyakan hadis-hadis Nabi SAW berlaku selepas kewafatan baginda. Mereka tidak boleh menerima kejadian itu.

Menurut Abuya, sebenarnya mereka bukan sahaja tidak beriman dengan qada dan qadar malah hati mereka dipenuhi kepentingan dunia. Dah ada dikalangan mereka bercita-cita menjadi pembesar atau raja diatas peristiwa yang Nabi sampaikan. Golongan yang murtad ini kecewa bila kepentingan mereka terancam.

Di zaman adanya Nabi SAW, golongan munafik ini tak malu meminta-minta harta dan kebajikan dari Nabi SAW. Ketika para sahabat lain yang berperang menyabung nyawa tetapi golongan murtad ini tak malu menawarkan diri mereka untuk menerima ghanimah perang tersebut. Kita boleh rujuk dalam sejarah dimana para munafiklah paling tak malu dalam menuntut ghanimah manakala para sahabat bersyukur tak dapat apa-apa kerana bersama Rasulullah itu sudah mencukup keperluan mereka. Golongan munafik inilah bila wafatnya baginda SAW terus murtad dan kecewa. Itulah contoh sikap dan perangai mereka.

Kebangkitan Islam kedua mengulangi yang pertama. Begitu juga halnya sejarah tadi. Sejarah mencatatkan dan meninggalkan kesan dan bukti bilamana cucu-cicit Nabi Muhammad SAW dibunuh, disiksa dan dihina. Golongan yang menawarkan bantuan kepada ahlulbait itulah yang membunuh ahlulbait. Konon mahu membela dan taat setia kepada ahlulbait selepas kewafatan Baginda tapi realiti berlaku peristiwa lain. Ahlulbait dibunuh mereka dengan rancangan penuh licik.

Membawa sambil berarak kepala cucu Nabi SAW iaitu Saidina Hussin RA. Kepala cucu Nabi dijadikan bola disepak-sepak musuh Tuhan. Tak hairanlah jika kita pergi ke Mesir, Syria dan Iraq kita akan mendapati makam kepala Saidina Hussin RA di sana. Bukan setiap makam ada kepala tetapi di makam-makam itu menjadi tempat singgahan kepala Saidina Hussin ketika diarak di ketika itu. Semoga Allah merahmatinya kerana jasanya terlalu besar untuk Islam! Malah tertipunya umat islam ketika itu turut sama menghina-hina ahlulbait. Ahlulbait dituduh dan difitnah dengan macam-macam tuduhan. Konon hidup mewah atas usaha keras orang lain, menumpang nama dan jasa Nabi dan macam-macam lagi. Realitinya hingga kini Allah membela Ahlulbait. Mereka mulia dimana-mana dan dibidang yang mereka ceburi. Betapa ramainya intelek, pembesar, jutawan, dan golongan professional dikalangan ahlulbait. Sekaligus menafikan fitnah dan tuduhan musuh Tuhan terhadap Rasulullah dan keluarganya.

Sejarah sama berulang kepada Abuya dan keluarganya. Tapi tidaklah sampai terbunuh dan dipenggal, kepala diarak ke serata dunia. Ujian sama saiznya berbeza sesuailah kerana Abuya bukanlah Nabi. Kini bukan masanya kita berbalah siapa benar siapa salah. Jika kita merujuk sejarah patutnya boleh kita belajar kerana sejarah ialah guru lebih lagi sejarah itu sejarah kebangkitan Islam pertama yang akan diulangi lagi buat kali kedua.

Kita sibuk pertahankan kitalah pembela Abuya, pembela kebenaran, macam-macam lagi. Nak membela kebenaran kena dengan ilmu tak boleh sekadar semangat sahaja. Semangat ini bila ramai-ramai dia memang membara tapi bila keseorangan mulalah macam hal dan ragam. Tapi kalau dah jadi darah daging perjuangan ditinggal seorang, dicampak tengah lautan tetap hidup jiwa juangnya! Jadi pulau baru di lautan yang luas. Kita masih berbalah nak berlaku kemenangan ditangan kita sedangkan masa yang sama anak isteri kita dibiarkan tanpa persiapan. Siapa lagi boleh siapkan mereka kalau bukan kita? Kita tidak boleh sekadar harapkan guru di sekolah mendidik anak kita, dengan alasan kita mencari wang belanja. Di akhirat nanti Allah tanya ibu bapa dulu tentang keselamatan iman anak-anak mereka.

Kita patut malu melihat Malaysia yang terkini, ke arah Islam yang Abuya perjuangkan. Bukan terjadi ditangan anak muridnya kalau masing-masing masih ditakuk yang lama. Kita dianggap pentingkan diri kalau tidak berkongsi ilmu dan pengalaman yang kita pelajari dari Abuya selama ini. Kita dianggap khianat apatah lagi jika kita sendiri mengkuburkan perjuangan Abuya ini. Sepatutnya telah lahir ramai peribadi seperti Abuya ketika ini jika menguasai dan mengamalkan minda Abuya. Masyarakat sepatutnya tidak merasa kekosongan jika kita telah menguasai minda Abuya. Lebih menyedihkan berlaku sebaliknya. Disaat Malaysia merujuk kepada Abuya ada dikalangan anak muridnya melenyapkan minda-minda Abuya.

Telah menjadi keyakinan kita apa yang diperjuangkan Abuya akan menjadi ikutan dan amalan tapi bukanlah sekelip mata. Mana ada perjuangan berlaku dalam sekelip mata. Komunis yang jahat pun berjuang puluhan tahun malah terkorban nyawa. Malaysia setelah 40 tahun kini seolah-olah arqam itu dimana-mana! Pakaiannya, pemikirannya, kebudayaannya, majalah dan fesyen, makanan dan pendidikan, dimedia masa dan media sosial, seolah-olah semuanya lahir dalam didikan Abuya. Kalau artis pun dah berpurdah apa lagi nak dikata? 

Inilah pengorbanan dan perjuangan. Generasi awal bersama Abuya dulu merasakan ditangan merekalah akan berlaku kemenangan. Namun setelah diuji tidak rupanya. Begitulah generasi demi generasi. Tetapi Islam semakin berkembangan. Setiap mereka yang pernah dididik Abuya akan menjadi lidah penyambung perjuangannya. Siapa sangka tak kurang 90% guru-guru sekolah agama di Malaysia adalah lepasan Arqam? Generasi intelek dan pembesar pun ramai dikalangan mereka lepasan Arqam, paling kurang tadika Arqam!

Bila kita yakin pada Allah dan Rasulnya, kita tidak akan kecewa. Sebelum baginda SAW wafat islam hanya di Madinah tetapi selepas wafat baginda Islam berkembang ke seluruh dunia hingga ke generasi kita. Kalaulah sahabat mudah kecewa dan putus asa dah lama Islam berkubur dan terpadam perjuangannya. Marilah kita menyalin akhlak dan peribadi Abuya, kuasai minda dan buah fikirannya. Kelak masyarakat akan mencari Abuya kerana meminta panduan dalam kehidupan. Maka akan berlakulah seperti kata-kata Abuya, tukang masak ketika itu pun menjadi rujukan dan dikejar wartawan dan kamera. Di waktu itu masyarakat akan kecewa jika kita tidak bersiap sedia!

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?