MALAYSIA ADALAH HAB HALAL DI PERNGKAT DUNIA.
Sesiapa yang perjuangkan Allah ertinya memperjuangkan kebenaran. Kebenaran yang diperjuangkan tidak boleh terpisah dengan Allah, agama-Nya serta syariatnya. Kebenaran itu skopnya luas. Terlalu luas. Di serata dunia lahirnya pejuang kebenaran yang berjuang bersungguh-sungguh membela agama Allah dan mereka ini berada ditahap atau peringkat masing-masing. Namun kebenaran yang dijanjikan itu Allah siapkan bersamanya sebuah pakej lengkap; pemimpin yang dijanjikan, pengikutnya dan tempatnya juga dijanjikan.
Kita berada di akhir zaman. Para saintis pun sudah mengkaji bahawa umur dunia hampir pada hujungnya. Sebagai umat islam, telah lama kita diberitakan hal seumpama ini. Kita ada bapa saintis teragung dan terulung. Itulah dia baginda Nabi Muhammad SAW. Di akhir zaman, Islam dijanjikan bangkit dari timur, timur jauh. Kita pernah bahaskan di mana lokasinya. Pemimpin yang dijanjikan pun sudah disabdakan, iaitu PBT dan IM. Pengikutnya pula Ikhwan dan Asoib.
Sedar atau tidak, kemeriahan Islam di Malaysia sangat ketara dan kita yakin ia menuju puncaknya. Para ulama Ahli Sunnah mengenalkan kepada kita rukun Iman dan rukun Islam. Juga perkenalkan ajaran syariat Islam. Hukum syariat di bahagikan empat bahagian, pertama Ibadah, kedua Muamalah, ketiga Munakahah dan ke-empat Jinayah.
Mereka berjaya bawa kebenaran dan keadilan dalam kepimpinan mereka, mengikut tahap atau peringkat masing-masing. Di bawah kepimpinan dan pemerintahan mereka, Tuhan berjaya diperkenalkan kepada manusia. Syariat Tuhan dapat ditegakkan dan dikuat kuasakan dalam kehidupan manusia. Watak bangsa Melayu yang lemah lembut memudahkan kelancaran kasih sayang. Diperkuatkan dengan ilmu, maklumat dan pengalaman tentang keperluan masyarakat yang pelbagai agama dan bangsa.
Malaysia kini diiktiraf sebagai hab makanan halal dunia. Ini satu pengiktirafan besar buat negara kita. Tidak malu kita katakan Abuyalah bapa perjuangan makanan halal di Malaysia. Tapi lebih besar dari itu Abuya ialah bapa kebangkitan Islam di Malaysia! Kita tak boleh sorok kebenaran satu masa dulu, lebai-lebai atau haji-haji yang balik dari Mekah pun makan di restoran atau kedai makan cina. Kurangnya kesedaran dan tiada orang Islam yang menyediakan makanan halal menyebabkan suasana itu terjadi. Abuya-lah perjuangkan Islam hingga lahir kesedaran dikalangan umat Islam ketika itu dan hingga kini kita boleh menikmati hasil makanan dan produk halal orang Islam.
Firman Allah:
ÙˆَÙƒُÙ„ُوا Ù…ِÙ…َّا رَزَÙ‚َÙƒُÙ…ُ اللَّÙ‡ُ ØَÙ„َالًا Ø·َÙŠِّبًا ÙˆَاتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ الَّØ°ِÙŠ Ø£َنتُÙ… بِÙ‡ِ Ù…ُؤْÙ…ِÙ†ُونَ
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Al-Maidah,5:88).
Maksud Sabda Nabi SAW:
Ibnu Abbas r.a berkata, ”Allah tidak akan menerima shalat seorang diantara kamu, selagi didalam perutnya terdapat sesuap makanan dari yang haram”.
Daripada Abi Darda’, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (Riwayat Al-Hakim, dan disahihkan Al-Bazzar)
Islam amat titik beratkan soal kesucian lahir dan batin. Kesucian hati sangat ada kaitan dengan kesucian lahir. Lebih-lebih lagi apa yang masuk dalam perut kita itulah akan mencorak hati manusia. Kata Abuya, hati ditempa dari makanan yang halal. Kata Saidina Ali RA pula, dalam diri anak adam ada seketul daging. Baik daging itu baiklah jasadnya dan jika buruk ia maka buruklah semuanya dan ketahuialah bahawa itu adalah hati!
Kini masyarakat Islam umumnya sudah ada kesedaran mengenai makanan halal ini. Sesuailah sebagai persiapan kerana tempat ini sudah dijanjikan. Malah kerana makanan halal jugalah membuatkan Malaysia terkenal diperingkat antarabangsa. Sedangkan negara-negara timur tengah tidak pula diangkat sebagai hab halal. Ini juga bukti membenarkan Hadis Nabi bahawa kebangkitan kedua bermula di timur jauh.
Malaysia bukan sahaja dikenali diperingkat dunia sebagai pengeluar produk halal, malah produk-produk itu berkualiti dan bermutu tinggi. Projek Hab Halal ini mula diterima oleh seluruh masyarakat Malaysia, terutama apabila projek itu mula membuka peluang kepada usahawan Muslim yang sepatutnya merupakan pengeluar utama makanan halal. Selain daripada itu, masyarakat bukan Islam juga turut memahami kepentingan produk halal dalam kehidupan harian akan merancakkan lagi aktiviti tersebut.
Sekarang lebih membuktikan lagi bahawa usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia adalah bertepatan dengan kesedaran umat Islam dalam dan luar negara. Peluang telah dibuka seluas-luasnya kepada usahawan Islam Malaysia. Usahawan Islam Malaysia juga seharusnya menguasai perniagaan ini yang mana sekarang ini ia dimonopoli oleh orang bukan Islam. Mereka patut menjadikan pengiktirafan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia sebagai satu perangsang untuk lebih maju.