KEMERDEKAAN ADALAH ANUGERAH ALLAH KEPADA KITA.
57 tahun sudah umur kemerdekaan negara kita. Ertinya selama itulah Allah izinkan kita rakyat Malaysia menikmati kemakmuran negara. Moga kita pandai mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Moga kita pandai bersyukur Allah akan kekalkan dan tambahkan nikmat yang ada. Juga kita terus diberi kekuatan berjuang dan berhempas-pulas mujahadah melawan musuh-musuh lahir dan musuh batin, yakni nafsu dan syaitan.
Alhamdulillah, kita telah dapat merdekakan negara dari penjajahan British. Tetapi kita masih bergelut dengan musuh batin iaitu nafsu dan syaitan. Sedikit saja daripada kita yang berjaya. Ramai yang gagal. Namun, ada dikalangan masyarakat Islam tetap tidak putus asa dengan Allah; terus mencuba demi mujahadah terhadap musuh batin yang ada dalam diri manusia sendiri.
Bersyukurlah bagi mereka yang Allah telah jayakan mujahadah itu. Usahalah untuk mempertahankan diri dari terus dikuasai oleh nafsu dan syaitan.
Firman Allah SWT:
إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيم
Maksudnya:
"Sesungguhnya nafsu itu senantiasa menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf: 53)
Firman Allah:
وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Maksud-Nya:
Dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah,2:208).
Pengertian ( عدو ) perkataan dari bahasa Arab yang bermakna musuh. Di dalam Islam musuh ada yang nampak dan ada yang tidak nampak. Bukan mudah menjadi seorang mukmin sejati karena dia harus berhadapan dengan 5 jenis musuh, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Mukmin itu ada bersamanya lima musuh iaitu: orang mukmin yang hasad dengki, munafik yang memarahinya, orang kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang mengajak kepada kejahatan.”
Manusia memuja nafsu dan akal, dari orang besar, orang biasa sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. Kezaliman yang amat dahsyat iaitu bila manusia mengagungkan akal dan nafsu atau bertuhankan akal dan nafsu. Kemuncak kezaliman manusia iaitu bila bertuhankan akal dan nafsu.
Demi keadilan Allah, di dunia lagi Allah sudah perlihatkan bahawa sebesar mana ujian, sebesar itu pulalah pertolongan-Nya pada kita. Memang memeranjatkan, kerana kita orang Melayu Islam yang dapat menempah sejarah membantu masyarakat Arab Palestin di Gaza. Penghantaran makanan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan oleh mereka yang di tindas oleh Israel. Banyak negara negara Timur Tengah yang kaya raya tetapi tidak perihatin seperti umat Islam di Malaysia.
Berdasarkan huraian di atas, yakinlah kita bahawa Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam kali kedua. Melihatkan negara Malaysia yang kecil saiznya tetapi memainkan peranan yang besar di kalangan negara-negara OIC. Suara Malaysia di dengari diperingkat antarabangsa. Itulah secara kasar Allah sudah setkan untuk Malaysia.
Walaupun laluan ini penuh ranjau namun hadiah Allah siapkan untuk kita di Malaysia amat besar. Kebenaran yang dizahirkan di Malaysia terus berkembang. Para artis di tanah air juga menerima kesan arus kebangkita Islam. Sebahagian mereka memainkan peranan besar dalam arus perdana. Moga-moga Allah sentiasa memimpin kita ke jalan yang lurus kerana Allah-lah saja yang boleh beri hidayah dan taufiq.