Posts

Showing posts from May, 2015

TAWASUL SEBAHAGIAN DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Image
Konsep tawasul, tabarruk, dan berhubung dengan orang-orang Tuhan adalah teknologi roh termaju untuk insaniah manusia. Ia m embantu diri kita untuk berterusan mujahadah terhadap nafsu dan bisikan iblis. Disamping kita berusaha bermujahadah, bertawasul dengan orang-orang Tuhan juga sama seperti doa-doa dan ilmu mereka. Dengan bimbingan dan pimpinan mereka juga dapat membantu meringankan usaha mujahadah kita. Dalam dunia Islam, ulama-ulama yang menggali dalam bidang akidah atau usuluddin daripada Al Quran dan Sunnah terkenal dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Abu Hassan Al Asyaari dan Abu Mansur Al Maturidi, mereka inilah tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perlu juga kita ingat di sini bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah juga kadang-kadang disebut oleh orang Mazhab Sunni. Pegangan ini mula dibukukan oleh seorang ulama besar yang ahli dalam bidang ilmu usuluddin iaitu Syeikh Abu Hassan Al Asyaari. Lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah, dan wafat di Basrah pada tahun 324 Hijrah.  Sezaman dengan Sye

NASIB UMAT ISLAM DAHULU, KINI, DAN AKAN DATANG.

Image
Dahulu, umat Islam pernah berada di puncak era kegemilangan. Kini ianya telah menjadi tinggalan sejarah. Kegemilangan umat itu bukan sahaja berjaya menguasai tiga perempat dunia tetapi juga turut melalui tempoh yang paling panjang dalam sejarah empayar dunia iaitu tujuh abad atau tujuh ratus tahun lamanya pada empayar Usmaniah. Pencapaian umat Islam itu adalah di atas kehendak Allah SWT. Tuhan yang maha berkuasa mendatangkan bantuan dan pertolongan-Nya kerana umat Islam yang memenuhi kelayakan dan mempunyai syarat-syarat untuk memperolehinya. Bangsa-bangsa lain bernaung di bawah payung Islam kerans umat Islam sendiri dinaungi oleh Allah SWT yang Maha Agung. Martabat dan maruah umat Islam di angkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab. Melainkan kerana umat Islam sangat kuat berpegang kepada Al Quran dan As-Sunnah. Mereka benar-benar beriman dan bertaqwa. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba dan dalam masa yang sama sebagai khalifah. Mereka telah menterjemahkan Al Quran dan As-Sunn

UMAT ISLAM AKAN MEMASUKI UNIVERSITI ROH (RAMADAN).

Image
"Bulan ramadan bulan bertuah, bulan ramadan bulan Al Quran, bulan ramadan juga bulan maghfirah dan rahmat. Bulan ramadan bulan mujahadah dan bulan Lailatul Qadar. Banyakkan iktikaf 10 malam yang terakhir. Bulan ramadan tambahkan ibadah di malamnya dengan tarawih dan tadarus Al-Quran. Jangan lupa dan jangan lalaikan kerana ia hanya datang setahun sekali. Bulan ramadan bayarlah fitrah untuk membersihkan diri dan harta. " Lazimnya manusia sangat memberikan perhatian kepada akal dan fikiran, serta menajamkannya dengan ilmu. Dari peringkat awal pra-sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, supaya menjadi manusia yang pandai dan berilmu. Peluang diberi dengan seribu satu macam cara. Anehnya, tidak begitu sikap manusia dalam menyuburkan roh atau hati rohani. Padahal kesan dan akibat daripada hati atau roh yang tidak dipeduli roh tersebut bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT kelak. Firman Allah: شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَ

PERSIAPAN IKHWAN DAN ASOIB DALAM MENUNGGU JANJI ALLAH.

Image
Kita diminta untuk persiapkan diri dan keluarga dalam menantikan kehadiran pemimpin penyelamat yang ditunggu. Bila kita sibuk membaiki diri, persiapkan diri ke arah kebaikan dan kemajuan akhlak, secara automatik akan melahirkan suasana dan persekitaran yang baik. Ertinya, bila kita sibuk membaiki diri, membaiki keluarga, yang lain akan mengikuti sahaja. Ianya seperti aliran air yang mengalir, yang seterusnya nikmat air itu akan dirasa oleh umat manusia. Dunia memang sudah rosak, kerana dirosakkan oleh manusia bernafsu rakus, dirosakkan oleh kejahatan manusia itu sendiri. Sebagai umat Islam yang beriman, kita mesti meyakini kebenaran kata-kata Sodiqul Masduq,  Rasulullah saw bahawa akhir zaman ini Allah taala akan menghantar seorang penyelamat kepada manusia.  Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW sabdanya -  “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al

PENDIDIK MEMBERI ILMU DAN MEMBINA AKHLAK MULIA.

Image
K ejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cita kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhan-Nya. Buah dari ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.  Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya "PENDIDIKAN ITU RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA" . Akhlak berasal daripada perkataan Arab yang ertinya tingkah laku menurut kamus Besar Dewan,   Perangai menurut kamus Arab-Melayu oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus, Sifat atau watak menurut kamus OXFORD FAJAR. Akhlak maksudnya perangai, sifat

PENTADBIRAN ORANG BERTAQWA.

Image
Firman Allah:    يُدَبِّرُ ٱلْأَمْرَ يُفَصِّلُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُم بِلِقَآءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (Ar-Ra'd (13:2). Pandangan dan pemerhatian orang-orang bertaqwa terhadap masalah pentadbiran adalah berlainan sama sekali dengan pandangan orang awam biasa. Pendekatan mereka tentang soal pentadbiran bermula dari soal mentadbir diri sehingga membawa kepada persoalan mentadbir alam sejagat ini, yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Pemahaman dan pendekatan yang cuba didedahkan dan diperkenalkan oleh orang-orang roh ialah melalui menjiwai Al Quran dan As Sunnah. Perjuangan yang dilagangkan oleh mereka ialah kaedah Rasulullah SAW. Orang-orang roh (orang bertaqwa), walaupun mereka mungkin dipisahkan oleh batasan masa, suasana ataupun negara, namun corak pemikiran yang diwarisi dari Rasulullah SAW tetap sama. Kh