NASIB UMAT ISLAM DAHULU, KINI, DAN AKAN DATANG.

Dahulu, umat Islam pernah berada di puncak era kegemilangan. Kini ianya telah menjadi tinggalan sejarah. Kegemilangan umat itu bukan sahaja berjaya menguasai tiga perempat dunia tetapi juga turut melalui tempoh yang paling panjang dalam sejarah empayar dunia iaitu tujuh abad atau tujuh ratus tahun lamanya pada empayar Usmaniah.

Pencapaian umat Islam itu adalah di atas kehendak Allah SWT. Tuhan yang maha berkuasa mendatangkan bantuan dan pertolongan-Nya kerana umat Islam yang memenuhi kelayakan dan mempunyai syarat-syarat untuk memperolehinya. Bangsa-bangsa lain bernaung di bawah payung Islam kerans umat Islam sendiri dinaungi oleh Allah SWT yang Maha Agung.

Martabat dan maruah umat Islam di angkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab. Melainkan kerana umat Islam sangat kuat berpegang kepada Al Quran dan As-Sunnah. Mereka benar-benar beriman dan bertaqwa. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba dan dalam masa yang sama sebagai khalifah. Mereka telah menterjemahkan Al Quran dan As-Sunnah  dalam semua aspek kehidupan ( الإسلام دين الحياة ), Islam is the way of live.

Hasil pimpinan Rasulullah SAW maka muncullah satu generasi yang memiliki peribadi agung yang di antara ciri-cirinya:
1. Kuat keyakinan kepada Allah SWT dan akhirat. Yakin dengan   
    pembelaan dan pertolongan Allah SWT.
2. Memiliki keimanan yang tinggi.
3. Sangat kuat berpegang kepada syariat dalam segala urusan.
4. Akhlak mereka sangat mempesonakan.
5. Kehidupan mereka sangat berdisiplin.
6. Sangat menghindari maksiat dan mungkar.
7. Mereka bersih dari mazmumah dan dosa.

Bagaimana pula keadaan umat Islam masa kini? Hari-hari kita di hidangkan berita semasa oleh media perdana dan media sosial, tentang kehinaan yang berlaku ke atas umat Islam. Krisis berlaku di mana-mana sesama sendiri. Saling tindas menindas, zalim menzalimi, berhasad dengki, jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah, adu dumba, berdendam, angkuh, sombong, ego, tamak, dan bakhil. Akhirnya berlakulah huru-hara, porak poranda, pertelingkahan, permusuhan, berbunuhan, malah sekarang berbunuhan dan peperangan. Semua contoh-contoh yang disebutkan sedang terpampang di persada dunia.


CINTA DUNIA IBU SEGALA KEJAHATAN.

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يوشك الامم ان تتداعمى عليكم كما تتداعى الاكلة على قصعتتها
Dikhawatirkan (pada suatu masa) umat-umat yang lain akan mengkeronyok kamu laksana orang-orang yang rakus dan lapar mengkerumuni kamu bagaikan hidangan makanan dalam satu hidangan.

Mendengarkan keadaan yang mencemaskan itu, para Sahabat ingin mendapat penjelasan tentang sebab-sebabnya. Salah seorang dikalangan para Sahabat bertanya kepada Nabi SAW:

 من قلة نحن يومئذ ؟

"Apakah kerana (kaum muslimin) pada waktu itu bilangan kaum muslimin sedikit, ya Rasulullah?". Dengan tegas Rasulullah menjawab ? 
                            
لا بل أنتم يومئذ كثيرون ولكنكم غثاء كغثاء السيل

"Bukan ! Bahkan jumlah (kaum muslimin) pada ketika itu lebih ramai tapi kualitinya adalah ibarat buih dipermukaan air.

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن في قلوبكم الوهن

Jawab Nabi, "Kerana telah tercabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu, dan dalam pada itu tertanam pula dalam hati kamu Al-Wahan."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahan?"
                  
                     

 حب الدنيا وكراهية الموت.

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Begitulah akibat bila umat Islam sudah terkena penyakit "Wahan" iaitu cinta dunia dan takut mati, dikeronyok musuh sesuka hati. Malah umat Islam jika mahu membantu sesama sendiri banyak pula syarat-syarat yang diletakkan serta membuatkan mustahil dapat bertolong bantu. Terkini, masalah yang sebenarnya sudah lama berlanjutan iaitu isu umat Islam Rohingya. Mereka diusir, dibunuh beramai-ramai tanpa belas kasihan, sedang dunia buat pejam mata. Tapi bila bukan Islam yang ditimpa musibah laju sahaja bantuan diberikan, dan lebih sedih lagi umat Islam atau negara Islamlah pertama membantu bukan Islam. Tetapi dalam hal umat Islam, masing-masing berdiam diri. Ini kerana masing-masing terikat dengan Al-Wahan mereka, iaitu kedudukan dunia mereka, harta mereka, kerjaya mereka dan lain-lain. Hinggakan kehendak Allah dan kehendak Islam dibiarkan.

Namun inilah kebenarannya, dan dalam keperitan ini sebenarnya ada khabar gembira buat umat Islam. Akan berlakunya kebangkitan Islam sekali lagi bila dunia sudah dipenuhi huru hara dan kezaliman merata-rata. Bagaimana pula nasib umat Islam akan datang?
Umat Islam akan kembali gemilang! Yakinlah saat dan ketikanya sudah menjelang tiba!!

Persedian paling utama dalam mengangkat kembali martabat umat Islam ialah membongkar segala sifat mazmumah yang ada di dalam hati, kemudian dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah dan lakukan mujahadah yang berterusan sehingga segala sifat terpuji benar-benar menjadi peribadi kita. Inilah yang Nabi Muhammad saw serta para sahabat lakukan untuk menagih janji Allah pada kebangkitan Islam yang pertama. Untuk berlakunya kebangkitan ke dua, kita mesti mengulangi hal yang sama.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?