Posts

Showing posts from June, 2015

MENGAMBIL KEBERKATAN RAMADHAN.

Image
Kita masih di awal bulan Ramadhan 1436 Hijriah. Alhamdulillah, Allah Taala masih lagi mengizinkan kita untuk sampai ke tahap ini dan hari ini untuk terus merebut peluang keberkatan dan maghfirah di bulan yang mulia ini. Sering terngiang-ngiang di telinga malah kedengaran suara kecil, alunan sajak dan nasyid nukilan Abuya Imam Ashaari Muhammad Attamimi. Lebih lagi berkaitan dengan bulan Ramadhan. Terasa sebak pun ada, rindu, bertambah kasih dan cinta pada mursyid yang kita cintai. Kita diajarkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan, bulan kejayaan buat umat Islam khususnya pejuang kebenaran. Oleh itu, peluang yang ada di depan mata ini janganlah kita sia-siakan. Ia datang setahun sekali, hanya berjaya mendapatlan hikmahnya ialah mereka yang bertaqwa. Kali ini, marilah kita koreksi keadaan, amalan, keadaan kita di bulan berkat ini. Sudah banyak hadis-hadis dibacakan tentang keberkatan dan kelebihan bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi mengenai 10 hari terakhir, adanya malam yang is

MUHASABAH AWAL RAMADHAN 1436H.

Image
Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasakan bahawa Allah itu Tuhannya. Jangan rasakan ibadah yang dilakukan akan dapat membeli Syurga. Seolah-olah bila setiap kali beribadah, hati merasa lebih baik dan lebih mulia hingga rasa diri tidak layak bergaul atau berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Lebih-lebih lagi kita berada di bulan Ramadhan ini, janganlah hanya memandang pada amalan lahir semata. Sesungguhnya amalan lahir ialah hasil atau buah dan natijah daripada amalan hati hati kita. Ibadah yang berkesan itu melahirkan jiwa dan peribadi yang mulia . Semakin beramal ibadah semakin rasa diri baik dari manusia lain, rasa diri hebat dengan amalan yang ada, it

MINDA PEJUANG ISLAM MESTI KEHADAPAN.

Image
Firman Allah: وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya -  (Ali Imran:104) Secara bahasa kata “dakwah” berasal dari bahasa Arab yang mempunyai erti panggilan, ajakan, dan seruan . Sedangkan dalam ilmu tata bahasa Arab, kata dakwah adalah bentuk dari isim masdar yang berasal dari kata kerja (دعا, يدعو, دعوة) yang membawa ertinya menyeru, memanggil, dan mengajak. Laluan dakwah di Malaysia bermula dari bawah, iaitu dengan wujudnya badan-badan dakwah, jemaah-jemaah tarikat kecil di kalangan masyarakat. Kemuncaknya sekarang dakwah sudah tidak asing lagi bahkan menjadi program yang dianjurkan oleh pihak peme

PEMBINA EMPAYAR MESTI BERDISIPLIN & BERPRINSIP.

Image
Dalam Islam , sembahyang berjemaah adalah asas disiplin. Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang, disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan. Abuya melatih kita menyusun kasut/selipar sebelum masuk ke rumah atau masjid, atau di mana sahaja. Falsafah dan hikmah dari menyusun kasut, ada praktikal fardu ain dan fardu kifayah. Bila kita berjemaah di masjid atau di surau yang ahli jemaahnya, ramai sudah tentu kasut sangat terserlah bersepah jika ianya tidak di susun. Bagi yang keluar atau masuk selalunya memijak selipar/kasut yang ada. Kalau tapak selipar/kasut yang kotor lagi bernajis akan mengotorkan dan meninggalkan najis pada kasut atau selipar yang lain. Contohnya, kalau orang masuk ke dalam masjid lalu terpijak selipar/kasut yang terkena najis, maka merebaklah najis ke dalam ruang masjid. Bagaimana kita bersembahyang di ruang yang sudah terkena najis? Sedangkan dari ilmu yang kita pelajari, sembahyang membawa najis hukumnya tida

MALAYSIA REBUTAN ANTARA KEBENARAN & KEBATILAN.

Image
Malaysia kini menjadi rebutan antara kebatilan yang diterajui oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya dan kebenaran pula diterajui oleh Fata At Tamimi, di ikuti dengan Imam Mahdi dan disempurnakan oleh Nabi Isa AS. Sejarah telah membuktikan bahawa Timur Tengah pernah menjadi pusat empayar Islam. Sejarah juga menjadi saksi Benua Afrika pernah menjadi pusat empayar Islam. Sejarah juga telah merakamkan Eropah pernah menjadi pusat pentadbiran empayar Islam. Di era kebangkitan ini, Bumi Timur khususnya Malaysia mendapat perhatian dunia. Apa yang berlaku pada Etnik Rohingya sekarang, dan kelemahan umat Islam sedunia menyentak hati Kita untuk berfikir – Bilakah Penyelamat akan muncul?  Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, sepatutnya kita menyedari dan mengakui sungguh-sungguh bahawa kemunculan Imam Mahdi tetap akan berlaku apabila masanya tiba. Bagaimanapun, berita mengenai kedatangan Imam Mahdi ini tidak sepatutnya menghalang kita sebagai seorang Islam daripada menunaikan tanggungjawab kita k