MENGAMBIL KEBERKATAN RAMADHAN.
Kita masih di awal bulan Ramadhan 1436 Hijriah. Alhamdulillah, Allah Taala masih lagi mengizinkan kita untuk sampai ke tahap ini dan hari ini untuk terus merebut peluang keberkatan dan maghfirah di bulan yang mulia ini. Sering terngiang-ngiang di telinga malah kedengaran suara kecil, alunan sajak dan nasyid nukilan Abuya Imam Ashaari Muhammad Attamimi. Lebih lagi berkaitan dengan bulan Ramadhan. Terasa sebak pun ada, rindu, bertambah kasih dan cinta pada mursyid yang kita cintai.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya, "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." (An-Nisaa': 69) Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. Malah ke mana-mana dia pergi dia akan bercerita mengenai kecintaannya yang berbalas itu. Turunnya ayat Quran ini (An-Nisaa ayat 69) adalah kerananya, dia asbabnya. Tiada yang lebih menggembirakan bila Allah taala sendiri membalas kecintaannya terhadap kekasih Allah itu.
Di sebut dalam kisah yang lain yang ingin SH kongsikan bersama, "Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah; ketahuilah bahawa Allah memiliki para hamba yang mereka itu bukan para nabi ataupun syuhada. Para nabi dan syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah." Seorang Badwi berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami." Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki badui tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang- orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai kerana Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah, mereka tidak merasa takut dan bersedih." (Riwayat Ahmad, di-shahih-kan Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027)
Dari Anas, dia berkata, "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, bilakah datangnya kiamat?" Beliau menjawab, "Apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya?" Dia menjawab, "Cinta pada Allah dan Rasul-Nya." Lalu baginda saw bersabda, "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai." Anas berkata, "Sungguh kami tidak merasakan setelah Islam, kegembiraan yang lebih hebat dari ucapan Rasulullah, (iaitu) "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai." Anas berkata, "Sesungguhnya aku mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta Abu Bakar dan Umar. Aku berharap bisa berkumpul dengan mereka meski aku belum beramal seperti mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah pernah bersabda lagi, "Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka." ('Riwayat At-Tabrani dan di-shahih-kan Al-Albani dalam At-Targhib 3037).
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di syurga terdapat hamparan dari permata, di atasnya ada kamar-kamar dan zamrud. Kamar-kamar ini memiliki pintu yang terbuka dan bersinar seperti mutiara." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah penghuninya?" Beliau menjawab, "Orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, orang-orang yang duduk bersama kerana Allah dan orang-orang yang berjumpa kerana Allah." (Riwayat Al-Bazzar, di-hasan-kan oleh para pentahqiq At-Targhib)
Kita diajarkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan, bulan kejayaan buat umat Islam khususnya pejuang kebenaran. Oleh itu, peluang yang ada di depan mata ini janganlah kita sia-siakan. Ia datang setahun sekali, hanya berjaya mendapatlan hikmahnya ialah mereka yang bertaqwa.
Kali ini, marilah kita koreksi keadaan, amalan, keadaan kita di bulan berkat ini. Sudah banyak hadis-hadis dibacakan tentang keberkatan dan kelebihan bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi mengenai 10 hari terakhir, adanya malam yang istimewa iaitu malam Lailatul Qadar. Namun apakah hanya itu yang kita kejarkan? Sedangkan Lailatur Qadar adalah satu anugerah dan kurniaan Allah buat hamba-Nya yang terpilih sahaja. Setelah perbanyakkan zikir dan selawat, membaca Al-Quran, bertadarraus, menghidupkan malam (Qiamullail), perbanyakkan kasih sayang antara manusia khususnya dengan kedua ibu bapa jika masih hidup keduanya atau salah satunya, menyambung silaturrahim sesama kaum kerabat dan sanak saudara, barulah datangnya Lailatur Qadar. Dia yang memilih siapa yang membesarkannya.
Di bulan ini, Suara Haramain (SH) ingin mengajak para pembaca untuk sama-sama mendapatkan perasaan rindu, kasih, dan cinta pada para anbiya dan solihin. Merekalah inilah yang dikatakan "wa bihim yunsarun wa bihim yurzaqun" iaitu kerana merekalah umat Islam dibantu dan kerana merekalah diberi rezeki. Erti kata yang lain, SH ingin kita semua mengambil keberkatan mereka-mereka ini, para kekasih Tuhan yang terbukti kecintaan Allah terhadap mereka.
SH membawakan sebuah kisah kecintaan seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang bernama Sauban (Tsauban) RA. Kisahnya terkenal kerana amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi saw setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia merasa amat sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga sayang terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya. Asalnya seorang hamba yang dimerdekakan oleh baginda saw, setelah merdeka dia berkhidmat dengan Rasulullah hingga akhir hayatnya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya, "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." (An-Nisaa': 69) Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. Malah ke mana-mana dia pergi dia akan bercerita mengenai kecintaannya yang berbalas itu. Turunnya ayat Quran ini (An-Nisaa ayat 69) adalah kerananya, dia asbabnya. Tiada yang lebih menggembirakan bila Allah taala sendiri membalas kecintaannya terhadap kekasih Allah itu.
Di sebut dalam kisah yang lain yang ingin SH kongsikan bersama, "Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah; ketahuilah bahawa Allah memiliki para hamba yang mereka itu bukan para nabi ataupun syuhada. Para nabi dan syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah." Seorang Badwi berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami." Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki badui tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang- orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai kerana Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah, mereka tidak merasa takut dan bersedih." (Riwayat Ahmad, di-shahih-kan Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027)
Dari Anas, dia berkata, "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, bilakah datangnya kiamat?" Beliau menjawab, "Apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya?" Dia menjawab, "Cinta pada Allah dan Rasul-Nya." Lalu baginda saw bersabda, "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai." Anas berkata, "Sungguh kami tidak merasakan setelah Islam, kegembiraan yang lebih hebat dari ucapan Rasulullah, (iaitu) "Sesungguhnya kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai." Anas berkata, "Sesungguhnya aku mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta Abu Bakar dan Umar. Aku berharap bisa berkumpul dengan mereka meski aku belum beramal seperti mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah pernah bersabda lagi, "Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka." ('Riwayat At-Tabrani dan di-shahih-kan Al-Albani dalam At-Targhib 3037).
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di syurga terdapat hamparan dari permata, di atasnya ada kamar-kamar dan zamrud. Kamar-kamar ini memiliki pintu yang terbuka dan bersinar seperti mutiara." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah penghuninya?" Beliau menjawab, "Orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, orang-orang yang duduk bersama kerana Allah dan orang-orang yang berjumpa kerana Allah." (Riwayat Al-Bazzar, di-hasan-kan oleh para pentahqiq At-Targhib)
Daripada kisah-kisah petikan hadis di atas, SH ingin mengajak kita mengambil keberkatan sebanyaknya di bulan ini untuk menggandakan usaha-usaha atau kerja-kerja berkat, iaitu meneruskan perjuangan Mursyid kita tercinta Abuya. Kita telah dibina seperti sebuah keluarga besar dengan ikatan kasih dan sayang pada Guru Mursyid kita, Abuya. Sebagai umat akhir zaman yang terpisah 1400 tahun lebih dengan Baginda Rasul SAW, siapalah lagi yang dapat menghubungkan hati kita, mengikat hati kita dengan Baginda melainkan dengan panduan Guru Mursyid kita. Biarlah puak wahabi menderita membidaahkan umat Islam yang bertarikat, kerana yang rugi mereka. Terbukti kesan doa jihad yang diajarkan kepada kita, akhirnya mereka (wahabi mubtadi'ah) bergaduh sesama (Syiah Rafidah) dan dikalangan sesama mereka sendiri.
Bagi mereka yang di-ikatkan atau dikaitkan dengan Guru Mursyid, samada ikatan lahiriah mahupun ikatan rohani (sebagai murid), kisah-kisah di atas adalah sebagai busyro bahawa Allah berikan jaminan andai terus pertahankan ajaran Islam, diperjuangkan Allah dan Rasul serta agamanya, di akhirat kelak mereka akan dikumpulkan bersama orang yang mereka cintai (Anbiya, Auliya, serta Guru Mursyid).
"Dan orang-orang yang beriman dan diikuti keturunannya dalam keimanan, akan kami susulkan keturunan tersebut kepada mereka (di syurga)." (At-Thur: 21)
Berbahagialah dan teruskanlah pertahankan syariat Allah dalam perjuangan kita. Rupanya memang ada jaminan Allah untuk pejuang dan keturunan mereka yang sanggup pertahankan keimanan demi Islam tercinta. Memang ada jaminan untuk keturunan mereka, dengan syarat mestilah dalam landasan Iman dan Taqwa bukan sekadar hubungan lahiriah sahaja. Mendengar ini hati pejuang mendapat kekuatan berganda.
Perjuangan kita bukan sekadar untuk mengikat kita sesama kita, malah mengikat manusia satu sama lain dengan tali Allah, iaitu ikatan ukhuwah, ikatan Iman dan Taqwa. Sebelum diperjuangkan diperingkat global, ikatan-ikatan ini mesti terjalin rapat, erat dan kuat sesama kita. Barulah akan dapat menjadi tautan dan pautan masyarakat umumnya.
Kita sudah lihat realiti yang berlaku kini khususnya di Malaysia adalah hasil perjuangan ahli-ahli tarikat, khususnya Guru Mursyid kita, Abuya. Tidak malu kita mengakui kebenaran ini, kerana sebelum Islam yang diterima sekarang ini, semuanya bermula lebih 40 tahun dahulu, hasil perjuangan Abuya. Dahulu Abuya diejek, dikata dan dihina, kini perjuangan Abuya disalin oleh segenap lapisan masyarakat yang mahukan Islam. Menggelupurlah wahabi kepanasan, kerana jawatan-jawatan rasmi sudah mula menerima Islam Abuya.
Sebelum ini wahabilah yang menghancurkan perjuangan Abuya, kini Allah muliakan. Selawat sudah bertaraf perdana, suka atau tidak, terimalah hakikatnya. Dulu tahlil disesatkan, maulid Nabi di-bidaahkan. Ini semua kerja wahabi tali barut yahudi. Kini sedar atau tidak, kerana kepentingan politik dan kedudukan serta jawatan, wahabi terpaksa meraikan Islam Abuya, Ahli Sunnah Wal Jamaah.
SH sekali lagi mengajak pembaca semua mengambil keberkatan bulan Ramadhan ini untuk meneruskan legasi keberkatan Guru Mursyid kita, Abuya. Yang nak diteruskan itu ialah syariat Islam, pengamalan Islam, mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita. Abuya suka perpanjangkan silaturrahim, dengan ziarah antara satu sama lain sekalipun di kalangan anak buah. Untuk bersilaturrahim tiada istilah pilih kasih, sepertilah Rasul dan para sahabat. Lihatlah, kebenaran kata-kata Abuya sedang berlaku. Tinggal satu sahaja yang kita nantikan, datangnya Imam Mahdi yang ditunggu. Persiapkanlah diri kita, keturunan kita dengan Iman dan Taqwa. Andai bukan kita, zuriat kita sebagai penerus perjuangan yang ada, meneruskan Iman dan Taqwa.