PEMBINA EMPAYAR MESTI BERDISIPLIN & BERPRINSIP.
Dalam Islam, sembahyang berjemaah adalah asas disiplin. Kalau keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang, disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan. Abuya melatih kita menyusun kasut/selipar sebelum masuk ke rumah atau masjid, atau di mana sahaja. Falsafah dan hikmah dari menyusun kasut, ada praktikal fardu ain dan fardu kifayah. Bila kita berjemaah di masjid atau di surau yang ahli jemaahnya, ramai sudah tentu kasut sangat terserlah bersepah jika ianya tidak di susun.
Bagi yang keluar atau masuk selalunya memijak selipar/kasut yang ada. Kalau tapak selipar/kasut yang kotor lagi bernajis akan mengotorkan dan meninggalkan najis pada kasut atau selipar yang lain. Contohnya, kalau orang masuk ke dalam masjid lalu terpijak selipar/kasut yang terkena najis, maka merebaklah najis ke dalam ruang masjid. Bagaimana kita bersembahyang di ruang yang sudah terkena najis? Sedangkan dari ilmu yang kita pelajari, sembahyang membawa najis hukumnya tidak sah. Tertolaklah amalan solat kita jika dalam keadaan bernajis.
Masyarakat para sahabat (salafussoleh) ialah masyarakat yang baik disiplinnya. Samada disiplin dengan Tuhan atau disiplin dengan manusia. Kejayaan umat Islam ialah mereka kuat dan taat dengan agama mereka. Dari umat Islam yang sangat kuat menjaga disiplin agama mereka, muncullah tokoh-tokoh Islam yang sangat hebat wibawa mereka. Sangat hebat disiplin mereka terhadap agama. Seperti Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, pembebas Palestin, Muhammad Al-Fateh yang membenarkan hadis sebagai pembuka Kota Kostantenopel, dan Thoriq bin Ziad yang merubah Kota Semenanjung Iberian menjadi Kota Andalusia dan Islam berdaulat selama ratusan tahun di sana. Nama mereka telah terpahat di hati sanubari Kaum Muslimin yang memiliki roh perjuangan Islam. Semoga roh perjuangan mereka dapat menyuntik roh kita untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama ratusan tahun.
Sesungguhnya kalaulah manusia sanggup menjaga disiplin dengan Allah dan Rasul itu semula, nescaya ganjarannya keselamatan di dunia dan di akhirat. Demikianlah seriusnya Allah meminta hamba-hamba-Nya manusia agar menjadikan hidup ialah semata-mata untuk Tuhan. Macam-macam bentuk sumpah dan janji serta ikrar taat setia diulang-ulangkan si hamba di depan-Nya, didalam sembahyang agar segala ujian-ujian-Nya yang datang melalui nafsu, syaitan, dunia dan lain-lain dapat dilepasi dan dimenangi oleh hamba-hamba.
Kejayaan umat Islam ialah manakala mereka kuat dan taat dengan agama mereka. Ertinya, agama Islam, yang kalau diikut betul-betul, akan membawa kepada kejayaan kerana ia adalah satu sistem hidup yang mempunyai peraturan. Satu kehidupan yang sangat berdisiplin.
"Disiplin manusia dengan Allah melalui sembahyang. Disiplin manusia dengan Nabi melalui selawat". Allah itu atas jasa mencipta mestilah dirasa cinta dan rindu kepada-Nya. Balasilah cinta Allah dalam sembahyang. Nabi itu atas jasanya menyelamat, berdoa dengan airmata agar umat itu terhubung dengan Allah pada setiap masa, maka setiap masa jugalah sepatutnya kita merinduinya melalui selawat.
Firman Allah:
Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َٰٓئِÙƒَتَÙ‡ُÛ¥ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ ٱلنَّبِÙ‰ِّ ۚ ÙŠَٰٓØ£َÙŠُّÙ‡َا ٱلَّØ°ِينَ Ø¡َامَÙ†ُوا۟ صَÙ„ُّوا۟ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا۟ تَسْÙ„ِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Al-Ahzaab:56).
Orang roh atau bertaqwa adalah orang yang paling berdisiplin. Orang roh berjaya membangunkan tamadun yang bersifat rohani dan maknawi. Tamadun bersifat rohani lebih susah untuk difahami.
Bila manusia benar-benar sedar bahawa mereka hamba ALLAH, maka manusia itu akan menjaga disiplin dengan ALLAH. Manusia akan mendisiplinkan diri dengan memberikan ketaatan, pengabdian dan penghormatan hanya pada perintah dan undang-undang ALLAH, dan tidak pada nafsu, syaitan, manusia, dunia dan apa-apa kuasa pun selain ALLAH. Dan usaha-usaha mereka itu tidak didorong oleh apa-apa kepentingan pun selain untuk mencari keredhaan ALLAH. Masyarakat para sahabat (salafussoleh) hidup untuk berbakti. Berbakti kepada ALLAH dan kepada manusia. Tujuannya semata-matauntuk mencari keredhaan ALLAH dan kebahagiaan Akhirat yang kekal abadi. Inilah sukatan kebaikan mereka, inilah ukuran manusia yang paling berdisiplin dalam Islam.
Sebab itulah sekumpulan ahli fikir Yahudi yang berazam untuk melemahkan umat Islam telah sepakat mengatakan bahawa cara yang paling berkesan untuk melumpuhkan umat Islam ialah dengan memisahkan mereka daripada Al Quran, umat Islam dipisahkan daripada lidah Nabi Muhammad saw iaitu hadis-hadis kerap didhaifkan oleh orang Islam sendiri, hingga orang Islam tiada tempat rujukan dalam beramal. Musuh-musuh ALLAH itu tahu bahawa selagi Kitab ALLAH dijadikan panduan dan pegangan, sunnah rasul sebagai rujukan, selama itu umat Islam tidak akan lemah dan tidak boleh dipermainkan.
Pada hari ini kita melihat ramai umat Islam menjadi manusia yang tidak berdisiplin. Kalau kita berjalan ke Timur Tengah terutamanya di Mesir, untuk memasuki kenderaan berebut-rebut kerana tidak pandai beratur. Sehingga menjadi bahan perli oleh masyarakat Yahudi, "kalau tidak pandai beratur menaiki kenderaan awam selagi itu tidak akan dapat kalahkan kami".
Asas atau dasar bagi semua sistem ini ialah iman yang kuat. Para sahabat (salafussoleh) tidak memulai pembangunan masyarakat berdasarkan ekonomi yang teguh atau politik atau ibadah atau pendidikan atau lain-lainnya, tetapi memulainya dengan menanam iman ke dalam hati setiap anggota masyarakat. Dengan iman, akan lahirlah segala bentuk akhlak dan kehidupan yang berdisiplin yang telah dipaparkan oleh sejarah. Iman melahirkan manusia berakhlak dan berilmu. Dari Iman yang hakiki lahirlah manusia yang betul akhlak dan ilmunya. Iman yang lemah dan salah, lahirlah manusia berakhlak lemah atau tidak berakhlak dan tidak berilmu.
Disiplin inilah menjadi prinsip bagi umat Islam yang berjuang. Jika tiada disiplin dalam kehidupan dan perjuangan, maka mudahlah perjuangan atau umat Islam itu dikalahkan atau dilemahkan oleh musuhnya. Kemenangan musuh itu berpunca dari kelemahan umat Islam tadi. Disiplin juga lambang atau simbol sesebuah atau sesuatu perjuangan atau kumpulan atau mana-mana jemaah. Jika tiada disiplin, tiada simbol perjuangan, ertinya perjuangannya menjadi satu tanda tanya yang besar. Apakah yang mahu diperjuangkan? Lebih lagilah dalam perjuangkan Islam, semestinya perlukan disiplin yang menjadi amalan dan prinsip.