Posts

Showing posts from February, 2016

SUNGAI CINCIN GOMBAK MENYUBURKAN ROH DAKWAH ISLAMIAH.

Image
Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan pesat membangun di Malaysia. Sayangnya kemajuan dan tamadun lahiriah yang terbina tidak mencelikkan masyarakatnya malah dengan kemajuan itu masyarakat semakin hidup nafsu-nafsi mementingkan diri, penindasan dan kezaliman terjadi setiap hari, hasil kemajuan yang dikejar dan dibanggakan. Generasi kini tidak mengkaji sejarah negeri ini, yang mana satu masa dulu seperti negeri-negeri lain di Malaysia, negeri Selangor juga sebuah negeri yang pesat dengan dakwah dan kesedaran Islam. Satu masa dahulu sebelum kesultanan melayu dirosakkan oleh penjajah, para sultan-lah yang membawa masuk ulama dan pendakwah ke Tanah Melayu. Sejarah telah mencatatkan setiap sultan-sultan Tanah Melayu ada sejarah dalam mengembangkan Islam, hinggakan diakui oleh pemerintahan Turki Usmaniah dan pernah menjalinkan kerjasama dengan salah satu kesultanan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia pertama. Bermulanya perang dunia pertama, maka bermulalah era kegelapan 100 t

MULUT MENZAHIRKAN HATI DAN IMAN.

Image
Daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Aku berkata: “Ya Rasulullah, beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.” Baginda bersabda, “Katakanlah: Allah adalah Tuhanku, kemudian istiqamahlah.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan atasku? Maka Rasulullah memegang lidahnya kemudian berkata: “Ini.” (Riwayat Al-Tirmizi) Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Alhamdulillah. Sekian banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, tidak satu pun Allah meminta bayaran untuknya melainkan meminta kita untuk bersyukur dan menggunakannya di jalan yang diredhai Allah taala. Lidah adalah anggota penting buat manusia. Tanpa lidah manusia tak boleh bertutur dan berbicara hinggakan boleh menyukarkan proses pertukaran makluma

VIRALKAN KEBAIKAN DAN KASIH SAYANG ALLAH PADA MANUSIA.

Pada masa ini, jika terdapat orang yang menjual makanan dengan harga yang rendah itu sangat menjadi viral atau ribut dan heboh di media sosial atau media massa. Di saat harga barang semakin naik dan bertambah kos sara hidup, kita rasa sangat bersyukur dengan adanya peniaga-peniaga yang terlalu baik hati meletakkan harga yang amat murah pada jualan mereka. Semoga niat mereka yang baik dibalasi Allah taala. Dan semoga ramai orang menjadi pemurah seperti itu. Namun kita lupa, malah sering lupa dan tak pernah teringat kepada Yang Memberikan Rezeki kepada kita. Tidak pernah kita hebohkan kepada dunia betapa baiknya Allah kepada kita. Tak pernah Allah meminta satu sen pun terhadap udara yang dihirup, setiap oksigen yang disedut tak pernah Allah meminta bayaran. Nikmat hidung yang Allah berikan, apakah kita berterima kasih kepada-Nya? Adakah kita viralkan kepada dunia betapa baiknya Allah berikan hidung pada kita. Begitulah Iman kita, masih tertarik dengan hal-hal lahiriah, soal kehidupan

APAKAH MATLAMAT, NIAT, DAN TUJUAN KITA BERJUANG?

Di dalam solat, kita berjanji kepada Allah bahawa kita nak ikut jalan Nabi dan Rasul (siratal mustaqim). Namun realitinya ialah bila Allah datangkan ujian kita akan menyalahkan satu sama lain. Dalam berhujjah atau bentangkan ilmu sangat luar biasa, tapi dalam praktikal ilmu itu tidak memberi bekas kepada kita. Mengapa? Kita tanya diri kita. Apakah tujuan kita dan matlamat kita? Perjuangan kita asasnya apa? Kalau perjuangan yang asasnya ialah Iman, Islam dan Ihsan, ujian berat itu hanyalah satu fasa mematangkan kita. Bukan penyebab untuk tercabut iman hingga kita tinggalkan ibadah asas dan tambahan. Ujian yang Allah berikan bukan alasan dan sebab untuk tidak membaiki diri dan bertaubat. Kita sudah berjanji dan berikrar nak ikut jalan dan perjuangan Nabi dan Rasul, bila diuji kita menyalahkan orang lain. Kita salahkan kawan-kawan, salahkan guru, bahkan sampai tak sedar kita salahkan takdir yang hakikatnya menyalahkan Allah! Jangan biarkan hal ini berlaku kepada kita. Belajar daripada

IMAN ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERHARGA DAN UTAMA.

Sesuatu yang berharga dan istimewa sudah tentu akan dikongsikan dengan mereka yang rapat dan terdekat. Ianya sebagai bukti dan tanda kasih kepada seseorang, juga fitrah yang Allah taala bekalkan sejak azali lagi dan perasaan itu bukan dibuat-buat atau direka. Seperti emas dan permata, sudah tentu kita kongsikan dengan keluarga terdekat kita atau orang yang kita sayang. Umumnya begitulah. Sudah tentu sesuatu yang berharga daripada emas dan permata, bernilai di dunia dan di akhirat, sudah pasti kita akan berikan kepada kerabat terdekat kita. Itu pun fitrah yang Allah taala bekalkan kepada manusia. Nabi Ibrahim berdakwah kepada bapanya sebelum baginda sendiri bertindak menghancurkan berhala-berhala. Begitu juga kisah-kisah Rasul-rasul yang lain, sudah pastinya keselamatan Iman manusia diambil berat terutama keluarganya, kerana disitulah terletak kesungguhan dan keikhlasan dalam berjuang dan berdakwah. Sebelum menasihati orang lain, keluarga dan kerabat terdekat akan dinasihati terlebih d