APAKAH MATLAMAT, NIAT, DAN TUJUAN KITA BERJUANG?
Di dalam solat, kita berjanji kepada Allah bahawa kita nak ikut jalan Nabi dan Rasul (siratal mustaqim). Namun realitinya ialah bila Allah datangkan ujian kita akan menyalahkan satu sama lain. Dalam berhujjah atau bentangkan ilmu sangat luar biasa, tapi dalam praktikal ilmu itu tidak memberi bekas kepada kita.
Mengapa?
Kita tanya diri kita. Apakah tujuan kita dan matlamat kita? Perjuangan kita asasnya apa? Kalau perjuangan yang asasnya ialah Iman, Islam dan Ihsan, ujian berat itu hanyalah satu fasa mematangkan kita. Bukan penyebab untuk tercabut iman hingga kita tinggalkan ibadah asas dan tambahan. Ujian yang Allah berikan bukan alasan dan sebab untuk tidak membaiki diri dan bertaubat.
Kita sudah berjanji dan berikrar nak ikut jalan dan perjuangan Nabi dan Rasul, bila diuji kita menyalahkan orang lain. Kita salahkan kawan-kawan, salahkan guru, bahkan sampai tak sedar kita salahkan takdir yang hakikatnya menyalahkan Allah! Jangan biarkan hal ini berlaku kepada kita.
Belajar daripada sejarah.
Perjanjian Hudaibiyah.
1. Bila tidak berlaku pada tahun itu, kaum munafik persenda Nabi dan sahabat. Kerana Nabi digambarkan kepadanya mereka akan melakukan haji tapi ternyata terpaksa patah balik ke Madinah dan melakukan satu perjanjian yang dianggap berar sebelah kepada kaum muslimin.
2. Apakah satu kerugian kepada Islam? Malah ia satu keuntungan kerana setahun selepas itu Rasulullah s.a.w. kembali ke Mekah membawa bilangan sepuluh kali ganda bilangan kaum muslimin bersamanya! Dalam tempoh setahun, bilangan kaum muslimin bersama Rasul s.a.w. bertambah sepuluh kali ganda.
Pergantungan orang Islam hanyalah kepada Allah.
Dalam perperangan Hunain, Allah uji keimanan kaum muslimin. Ujian itu hakikatnya berat dan sukar kerana ia ujian kepada akidah umat Islam itu sendiri.
Dalam Perang Hunain, jumlah tentera Islam ada diantara terbanyak jika dibanding dengan perang-perang yang lain. Maka terluncur di kalangan mereka bahawa mereka pasti takkan kalah kerana bilangan yang ramai. Namun Allah uji apabila pasukan Islam dikejutkan dengam strategi musuh Islam yang membuatkan mereka porak peranda hingga tidak merasakan Islam akan menang. Dan ketika itulah pergantungan kembali kuat kepada Allah dan ketika itulah Allah berikan kemenangan apabila Rasulullah s.a.w. menaburkan pasir sehingga pasukan musuh merasakan gerun kerana berdepan kekuatan Iman kaum muslimin, bukan kekuatan lahiriah. Mereka dirasakan gerun dan melihat banyak kematian yang sebenarnya dilakukan oleh malaikat dan akhirnya kemenangan menjadi milik Islam. Allah sendiri mengingatkan peristiwa ini dalam surah At-Taubah ayat 25-26.
"Dan ingatlah! Apabila umat Islam menjadi bongkak kerana jumlah mereka maka jumlah itu tidak memberi kesan sedikit pun malah dirasakan sempit dan sukar sehingga bercerai berai. Kemudian Allah-lah yang menurunkan bantuan dan ketenangan kepada Rasul dan orang beriman dan Allah turunkan bantuan tentera yang tak nampak oleh manusia biasa dan bala bencana kepada kaum musyrikin, sebagai balasan kepada orang-orang kafir."
Kita sudah berjanji kepada Allah dalam setiap hari pertemuan kita dengan-Nya. Kita berjanji nak ikut jalan-Nya namun bila diuji kita mudah mengalah dan putus asa. Ya! Sebab ini jalan untuk orang beriman dan bertaqwa. Bukan jalan orang islam biasa. Inilah jalan orang Islam luar biasa.