SUNGAI CINCIN GOMBAK MENYUBURKAN ROH DAKWAH ISLAMIAH.
Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan pesat membangun di Malaysia. Sayangnya kemajuan dan tamadun lahiriah yang terbina tidak mencelikkan masyarakatnya malah dengan kemajuan itu masyarakat semakin hidup nafsu-nafsi mementingkan diri, penindasan dan kezaliman terjadi setiap hari, hasil kemajuan yang dikejar dan dibanggakan.
Generasi kini tidak mengkaji sejarah negeri ini, yang mana satu masa dulu seperti negeri-negeri lain di Malaysia, negeri Selangor juga sebuah negeri yang pesat dengan dakwah dan kesedaran Islam.
Satu masa dahulu sebelum kesultanan melayu dirosakkan oleh penjajah, para sultan-lah yang membawa masuk ulama dan pendakwah ke Tanah Melayu. Sejarah telah mencatatkan setiap sultan-sultan Tanah Melayu ada sejarah dalam mengembangkan Islam, hinggakan diakui oleh pemerintahan Turki Usmaniah dan pernah menjalinkan kerjasama dengan salah satu kesultanan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia pertama.
Bermulanya perang dunia pertama, maka bermulalah era kegelapan 100 tahun buat umat Islam. Kejatuhan Empayar Usmaniah Turki sehingga hilangnya kuasa Khadimul Haramain di tangan boneka ciptaan yahudi, iaitu wahabi di tangan Keluarga Bani Saud, maka hilanglah juga kuasa kesultanan di Tanah Melayu yang dijajah oleh barat tali barut yahudi.
Kini yang tinggal hanyalah sejarah malah lebih teruk daripada itu sejarah cuba diubah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab!
Negeri Selangor yang kaya dengan sejarah Islam dan tokoh-tokohnya kini dilupakan. Penjajah berjaya memadamkan sejarahnya dan merubah sejarah bahawa negeri ini tiada kaitan dengan kebangkitan Islam. Tak cukup dengan itu, istana dirosakkan dengan hilangnya cahaya Islam hinggakan kita tak merasa langsung kesan-kesan tamadun Islam di sini melainkan sedikit.
Abuya di peringkat awal perjuangan kerap pergi ke tempat-tempat sejarah Islam, kerana ingin menghidupkan roh kebangkitan Islam itu pada dirinya dan perjuangannya. Setiap masjid dan seluruh masjid-masjid Abuya telah kunjungin di zamannya dalam dakwahnya ketika itu. Antaranya ialah Masjid Sungai Cincin. Abuya akan bercerita sejarah tempat tersebut kepada mereka yang bersamanya.
Sungai Cincin terletak di Gombak, kira-kira 10-13km dari Kuala Lumpur. Satu masa dahulu sungai menjadi laluan utama, dan Sungai Cincin adalah laluan Sultan Selangor meninjau rakyatnya di negeri ini. Kampung Sungai Cincin lahir daripada pemberian Sultan Selangor ketika itu kepada seorang ulama dari Sumatera iaitu Syaikh Muhammad Nor Al-Kholidi. Beliau yang berhijrah ke Selangor ketika itu giat berdakwah dan akhirnya mendirikan masjid dan pusat pendidikan di kawasannya. Kampung ini diasaskan pada 1894 masihi.
Asal namanya dipercayai daripada kisah seorang pengantin yang mandi di sungai iti kemudian hilang cincinnya. Maka dia meminta pertolongan Syaikh Muhammad Nor mencarinya. Akhirnya cincin ditemui apabila beliau meletakkan tongkatnya kedalam air lalu cincin itu dikatakan melekat pada tongkatnya, sedangkan orang lain mencari di tempat yang sama berkali-kali namun tak menjumpai apa-apa.
Syaikh Muhammad Nor juga digelar Wali Sungai Cincin, dan dia mencipta moto khas untuk kampungnya. Moto itu tertulis "Cukuplah mati sebagai peringatan" yang diukir di atas syiling yang dibawa ke mana-mana. Moto itu diambil dari hadis Nabi Muhammad saw kepada Saiyidina Umar Al-Khattab, menunjukkan kewarakan beliau yang mengutamakan akhirat jauh daripada dunia. Namun begitu beliau sangat mengambil berat soal pendidikan masyarakat setempatnya. Sejarah juga telah mencatatkan ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, Kampung Sungai Cincin ini tidak tergugat dengan kedatangan mereka malah bekalan makanan tidak putus seperti di kawasan lain. Beliau meninggal dunia pada tahun 1932 dan meninggalkan banyak jasa dan ramai murid. Beliau juga salah seorang syeikh tariqat Naqsyabandi dan juga dikatakan khalifah Naqsyabandi ke 35.
Sejarah seperti ini sangat ditutup oleh penjajah. Yang dibesarkan ialah sejarah lima Hang bersaudara yang lahirnya pun sangat boleh dipertikaikan kewujudannya. Lima Hang bersaudara tidak membawa dan mengikat kepada agama Islam, hanya kepada bangsa manakala tokoh-tokoh seperti Tok Gajah, Tokku Paloh, Syaikh Muhammad Nor, Tuan Tulis, Syaikh Muhammad Said Al-Linggi, dan beberapa tokoh lain ini sangat perjuangkan Islam dan terkenal dalam dakwah mereka. Namun penjajah menutupnya kerana takut akan mengembangkan pengaruh dakwahnya. Kalau diperkenalkan pun sekadar pejuang bangsa, itu pun sejarahnya dicatu untuk masyarakat membaca dan mengenali mereka. Kerana bimbang akan meneruskan gelombang dan misi dakwah yang diwarisi dari zaman sahabat lagi.
Sejarah seperti ini perlu untuk kita fahami kerana ia pemangkin kita untuk terus berdakwah dan menjadi sandaran buat kita. Ini sudah masa kebangkitan Islam. Kisah-kisah seperti ini akan mahsyur kembali walaupun musuh dan tali barut cuba menghalangnya.