BARAT MENUJU KEHANCURAN.

Kecoh di media tempatan mahupun di persada antarabangsa dengan isu terkini iaitu mengenai keluarnya Britain daripada kesatuan Eropah (EU). Maka teruslah popular hashtag atau tag 'H' (#) #Brexit. Apa itu Brexit? Ia adalah singkatan daripada perkataan atau kalimah Britain + Exit, maka jadilah Brexit.


Baiklah, itu hanyalah singkatan perkataan. Namun kalimah ini seolah-olah menjadi satu kegilaan di media perdana atau media sosial. Namun perkara ini hakikatnya telah pun kita diberitahu 20 tahun lebih yang lalu, oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad Attamimi. Ya! Dalam bukunya yang bertajuk BARAT DIAMBANG MAUT yang ditulis pada tahun1993. Di dalamnya terperinci Abuya menerangkan dan memahamkan situasi terkini keadaan barat khususnya, sedangkan gambaran itu telah lama Abuya sampaikankan. Kita boleh merujuknya kembali melalui tulisan Abuya itu, atau boleh mencarinya di laman sesawang yang banyak disimpan koleksi buku-buku Abuya di laman digital.


Iktibar untuk kita khususnya umat Islam ialah, tidak mengulangi kesilapan mereka. Dunia Barat hanya menumpukan pembangunan material (lahiriah) semata. Hasilnya lahirlah satu tamadun manusia yang canggih teknologinya tetapi hilang fitrah kemanusiannya bahkan lebih jahat dari haiwan. Nafsu telah mengambil peranan Tuhan. Nafsu menjadi matlamat hidup. Inilah hasil pembangunan oleh barat, yang diagung-agungkan oleh hampir seluruh umat manusia!


Abuya yang menulis buku pada tahun 1993 bertajuk BARAT DI AMBANG MAUT, memberikan satu panduan dan jalan keluar untuk umat Islam dari perspektif Abuya (Islam), untuk mengubat fikiran dan hati orang-orang Barat demi kebahagiaan mereka khususnya dan keselamatan dunia sejagat amnya. Selain beralih kepada Islam, mereka tidak lagi layak untuk mentadbir dunia. Kini dunia gempar dengan pendirian Britain keluar dari kesatuan Eropah, Britain yang juga sebagai Pusat Dagangan Ekonomi Eropah kini dalam kegawatan. Yahudi sedar bahawa mereka sudah tidak mampu untuk bertahan. Malah daripada kekecohan ini, sebagai satu persiapan mereka untuk menyambut ketibaan pemimpin mereka iaitu Al-Masih Dajjal.


Tindakan Britan tersebut adalah satu perubahan besar akan berlaku kepada dunia sejagat. Kalau sebelum ini Barat masih terus ditimpa dengan bermacam-macam bencana dan masalah seperti krisis politik, kejatuhan ekono­mi, pelbagai penyakit masyarakat dan bencana alam, yang semuanya itu menambah dan memburukkan keadaan, serta menjadikan super power itu bertambah tenat. Mereka ibarat singa tua yang sedang nazak. Mereka sudah hilang kuasa mereka, bukan kerana perang dengan orang Islam tetapi kerana 'perang' sesama mereka sendiri! Britain sudah tak mampu menjadi hamba Eropah, hakikatnya selama ini bersatu untuk menghancurkan Islam namun kini hancur daripada dalam. Bermusuh dengan Allah dan orang-orangNya ibarat memakan racun, dirosakkan dari dalam dan mati perlahan-lahan. Kini racun itu telah memberikan kesan.


Para egois Britain beranggapan dengan keluar daripada Eropah akan menyelamatkan sistem kapitalis mereka, tidak sama sekali! Mereka cuba lari daripada hakikat dan kenyataan bahawa Islam tak dapat dibendung lagi di sana! Islam semakin mekar dan megah di pusat ekonomi yahudi! Mana mereka boleh tahan! Mereka malu untuk menyatakan bahawa tujuan keluarnya daripada Kesatuan Eropah adalah kerana kebangkitan Islam yang tak terhalang di sana. Hari demi hari semakin ramai memeluk Islam, maka pelbagai alasan direka untuk menyelamatkan dakyah mereka. Nampaknya Brexit seolah-oleh mampu menyelamatkan mereka, malah yang lebih teruk dengan Brexit inilah mereka hancur daripada dalam tanpa ada campurtangan orang lain menjatuhkan mereka.


Sekarang masyarakat dunia sedang menyaksikan bagaimana kemusnahan dan keruntuhan total yang berlaku kepada Barat. Dengan kejadian tersebut dunia kembali mengingati panduan dan buah fikiran yang pernah dilontarkan oleh Abuya melalui buku dan ceramah yang pernah dikongsikan. Dunia kembali mencari jalan penyelesaian, jalan keluar daripada masalah dunia, yang hakikatnya dibuat oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Terpaksalah samada suka atau terpaksa, manusia kembali kepada panduan yang Allah SWT berikan kepada Rasul-Nya melalui Al-Quran dan Al-Hadis.


Hakikatnya inilah rancangan Allah kepada umat akhir zaman. Yahudi dan konconya merancang kejatuhan empayar mereka sendiri. Konon hendak beritahu dunia bahawa mereka merancang segala-galanya atas muka bumi ini. Banyak teori-teori konspirasi mengkhabarkan rancangan yahudi dan barat ratusan tahun lepas menjadi nyata kini. Seolah-oleh mereka hebat, hakikatnya mereka dalam Makar Allah, dalam tipudaya dan helah Allah Taala. Samada mereka mahu mengakui atau tidak, rancangan mereka sebenarnya rancangan Allah SWT berada diatas rancangan mereka.


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Ali'Imraan 3:54)

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam perancangannya iaitu New World Order telah makan diri sendiri. Semua perancangan dan strategi telah meleset dan gagal. Mereka harus sedar bahawa mereka bukan berdepan dengan jadual manusia, tetapi mereka berdepan dengan JADUAL ALLAH. Telah Allah berikan masa dan tempoh untuk mereka berkuasa dan berbuat sesuka hati mereka, kini tibalah masanya pula untuk orang lain menggantikan mereka. Maksud firman Tuhan:

Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran) dan agar Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. (Ali Imran, 3:140).


Yahudi telah melakukan kemuncak kezalimannya. Apa yang sedang berlaku di Barat hanyalah menyempurnakan kemurkaan Tuhan terhadapnya. Berapa banyak negara yang dizalimi selama ini. Kezalimannya itu lagi banyak dan dahsyat kezalimannya, lagi bertambah murka Tuhan kepadanya. Makin dia zalim makin bertambah geramnya, makin bertambah dendam kesumatnya, makin tidak puas hatinya. Sudah zalim, mahu lebih zalim lagi. Dia tidak puas dimurka Tuhan.


Mereka tahu bahawa mereka 'berperang' dengan Allah SWT. Kerana Allah tidak ikut kehendak mereka, tidak lagi memuliakan dan berikan keistimewaan mereka kerana kejahatan dan kezaliman mereka kepada umat manusia, khususnya kepada para rasul dan nabi sebelumnya. Betapa ramainya para nabi dan rasul yang dimusuhi mereka, malah ada yang dibunuh mereka!


لَّقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ ۘ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ


Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar -(A-li'Imraan 3:181)


Dunia kini mula dicorak dengan roh Islam. Umat Islam akan kembali mengagungkan Allah dan Nabinya, akan kembali menegakkan syariat Allah, kalimah Allah, akan lahirlah akhlak yang mulia. Hanya Islam yang mampu bertahan menghadapi cabaran zaman, perubahan masa ideologi dan gelombang fikiran manusia. Selain daripada Islam, semua ideologi ciptaan akal manusia akan runtuh samada tekanan dari luar atau krisis dalam tubuh ideologi itu sendiri.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?