KONSEP BERKAT DALAM ISLAM.

Maksud firman Tuhan: "Baitullah (rumah Allah) yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. (Ali Imraan, 3:96).

Dan juga kami menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak berkatnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai; (Qaaf, 50:9).

Dari Ibnu ‘Umar radhiyallaah ‘anhu berkata: Rasulullah Shollallaah ‘alaih wa sallam bersabda: ”Sesungguhnya Allah menghindarkan bala’ berkat seorang laki-laki soleh, seratus keluarga dari tetangganya,”. Lalu Ibn ‘Umar mengutip firman Allah Subhaanahu wa ta’aala: “Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam.” (HR. Thabrani).

Berkat itu ada yang duduk pada orang. Berkat itu ada yang duduk pada tempat. Berkat itu ada yang duduk pada Al Quran. Kalau anda hendak tahu berkat yang duduk pada orang lihatlah orang tertentu. Sekiranya ia bersetuju satu-satu perkara maka perkara itu mudah terjadi, mudah berlaku, mudah dilaksanakan, maka bererti orang itu ada berkat. Sebaliknya ia tidak setuju satu-satu perkara maka berlakulah musibah pada suatu perkara itu atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pelihara oleh mu akan orang berkat ini, insyaallah persetujuannya akan pekerjaanmu akan membawa berkat urusanmu.

Kalau kita hendak tahu berkat yang ada pada satu-satu tempat, pergilah ke tempat tersebut. Sekiranya fikiran menjadi lapang daripada segala kesusutan, dan dapat dirasai fikiran kita, jiwa kita segar ketika berada di sana, maka menunjukan kawasan itu atau tempat itu tempat itu ada keberkatan.

Sekiranya jika di kawasan itu ada yang melakukan kemungkaran, maka orang yang berbuat mungkar itu lambat laun terkeluar dari sana atau terkeluar dengan segera, terhukum dengan pantas maka menunjukkan tempat itu berkat. Maka hendaklah ambil ia tempat melatih pejuang-pejuang agama dan orang-orang yang cintakan Allah, Rasul, dan Akhirat.


Martabat dan maruah umat itu diangkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab atau secara tidak sengaja melainkan kerana mereka amat berpegang dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ada sebab kerana usaha taqwanya. Ada sebab bersandar dengan berkat tertentu. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba. Sifat dan rasa kehambaan mereka amat kuat sehingga memusnahkan segala sifat mazmumah dan sifat keji. Mereka juga benar-benar menghayati rasa berTuhan. Mereka benar-benar merasai di dalam kekuasaan Allah SWT. Taqwa mereka sangat tinggi. Syariat sangat dijaga dalam semua aspek. Sangat takut dan cemas berhadapan dengan akhirat lantaran itu mereka takut untuk berbuat dosa.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?