Posts

MASANYA SUDAH HAMPIR TIBA!

Image
Dunia kini bergolak dengan pelbagai musibah yang melanda, hasil ciptaan manusia itu sendiri. Daripada bencana alam, tragedi kemanusiaan yang mengorbankan nyawa, kejatuhan ekonomi yang melampau, keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama di kalangan anak muda atau generasi muda, gejala sosial, dan seribu satu macam lagi bencana yang melanda; semua ini hasil ciptaan atau bayaran daripada apa yang manusia itu sendiri kerjakan! Firman Allah Taala, Telah timbul berbagai  kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - (Ar-Rum: 41) Konspirasi demi kospirasi dirancang untuk memusnahkan agama Allah, namun Allah ada cara untuk selamatkan agamanya. Musibah dan fitnah ciptaan manusia ini bukan kali pertama, malah ratusan kali atau lebih l...

PERLUNYA KITA PADA PEMIMPIN YANG MEMBAWA KE AKHIRAT.

Image
Hidup di dunia ini tidak kekal. Kehidupan sementara.  Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah bukan realiti dinisbahkan akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 70 atau 80 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.  Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, setiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Kesengsaraan dan penderitaan di dunia ini, yang berlangsung hanya beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan atau beberapa tahun. Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Firman Allah:  ۚ  أَرَضِيتُم بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّ...

KEPIMPINAN DUNIA AKAN KEMBALI KEPANGKUAN ISLAM.

Image
Firman Allah: وتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia , ( Ali-Imran,3:140 ). Sabda Nabi SAW: تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ  أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ  تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا  إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّا فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ  “Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti...

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1437H.

Image
Sempena berada di awal Muharram, bulan pertama dalam tahun baru hijrah, semoga kita dapat mengambil hikmah dan panduan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW.  Macam-macam panduan yang kita boleh dapati dari perjuangan kebenaran yang berlaku dalam bulan hijrah tersebut. Bagi pejuang kebenaran atau mereka yang memperjuangkan Islam, memperjuangkan Allah dan Rasul, memperjuangkan agama suci ini, bulan Muharram ialah bulan menagih kemenangan, menang dalam perjuangan lahir apatah lagi menang dan berjaya dalam perjuangan batin, iaitu perjuangan melawan hawa nafsu. Hijrah pertama dalam Islam ialah apabila Allah taala memerintahkan Rasulullah saw dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, demi menyelamatkan Iman para sahabat dan mengembangkan Islam. Hijrah Rasul dan sahabat bukan bermakna melarikan diri, sebaliknya hijrah yang berlaku ialah berpindah ke tempat yang lain dan membina kehidupan yang lebih baik untuk umat Islam. Bukti hijrah Rasul dan sahabat bukan sebagai mel...

MELIHAT DAN MENYALIN KEBAIKAN DARIPADA ORANG LAIN.

Image
Para Sahabat Rasulullah SAW yang menjadi pemimpin dan pelaksana bagi pihak baginda dikenali sebagai Khulafaur Rasyidin. Mereka Khulafaur Rasyidin ( الخلفاء الراشدون) atau Khalifah Ar-Rasyidin adalah empat orang khalifah (pemimpin) kebangkitan Islam pertama, yang dipercayai oleh umat Islam sebagai penerus kepemimpinan setelah Rasulullah SAW wafat. Mereka ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Faruq, Saidina Usman Al-Affan, dan Saidina Ali Karamallah Wajhah. Empat orang tersebut adalah para sahabat Rasulullah SAW yang tercatat paling dekat dan paling dikenal dalam membela ajaran yang dibawanya di saat masa kerasulan Nabi Muhammad SAW. Keempat khalifah tersebut dipilih bukan berdasarkan keturunannya. Khulafaur Rasyidin telah berjaya meneruskan kepimpinan yang telah di lagang oleh Rasulullah S.A.W. Perlaksanaan kepimpinan Islam yang baik dan berjaya meneruskan kehendak Rasulullah S.A.W. Para Sahabat Rasulullah SAW dikalangan Khulafaur Rasyidin, pertolongan dan bantuan Tuhan a...

KHUTBAH AIDILADHA 2015: HIKMAH HAJI DALAM MEMBINA WADAH ISLAMIAH.

Image
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ "Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Daku datang memenuhi panggilan-Mu Daku datang memenuhi panggilan-Mu, Tiada sekutu dan setanding dengan-Mu, aku datang m...

NASIHAT BUAT PEJUANG GENERASI BARU.

Image
وَقُلِ اعمَلوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُم وَرَسولُهُ وَالمُؤمِنونَ ۖ وَسَتُرَدّونَ إِلىٰ عٰلِمِ الغَيبِ وَالشَّهٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At-taubah: 105) Kita berada di satu era baru, iaitu peralihan dunia kepada Islam. Mana-mana pergerakan atau perjuangan samada berbentuk jemaah thoifah, atau jemaah tariqat, atau jemaah pondok, atau kelompok-kelompok kecil yang perjuangkan Islam; kini sedang mengalami perubahan era dan corak kepimpinan atau pentadbiran. Mana-mana perjuangan yang disebut tadi kini sedang beralih kepimpinan kepada generasi baru mereka. Ini berlaku kepada perjuangan kebenaran mahupun kebatilan. Sebaga...