Posts

Showing posts from July, 2013

ABUYA PENCETUS KELUARGA BESAR.

Abuya adalah pejuang Islam yang memperjuangkan keluarga besar. Tidak semua pejuang-pejuang Islam melakukan apa yang Abuya lakukan. Abuya memulakan perjuangan bersama keluarganya, ketika anak-anaknya seawal 2 tahun lagi sudah dibawa keluar bersama-samanya dalam perjuangannya. Sejarah perjuangan Abuya mencatatkan, Abuya mendidik anak-anaknya untuk hidup mati demi Islam. Bahkan ada anak-anak yang masih kecil, yang tidak faham cita-cita Abuya mengganggap Abuya tidak sayang mereka kerana Abuya bukan ayah seperti ayah-ayah yang biasa. Cita-citanya hanyalah untuk Islam dan melaksanakannya agar berlaku jadual Allah di akhir zaman. Cita-cita Abuya tidak hanya pada dirinya. Beliau melahirkan generasi yang akan menyambung cita-citanya itu, demi mendaulatkan Allah dan Rasul-Nya. Maka pada tahun 2007, Abuya dengan rasminya melancarkan bani-bani didalam jemaahnya. Bani-bani ini diterajui oleh keluarganya sendiri. Perkataan 'Bani' berasal daripada bahasa Arab yang bererti anak-a

KEJAYAAN ABUYA MEMBINA KELUARGANYA.

Setiap perjuangan pasti diuji. Samada ianya perjuangan kebenaran ataupun kebatilan, ia pasti diuji. Yang menjadikan seseorang atau kelompok itu kuat atau terbukti kejayaannya, lihat bagaimana ia berpegang dengan prinsipnya ketika berhadapan dengan ujian. Apakah dikorbankan prinsipnya atau ia berpegang teguh dengan prinsipnya tadi. Salah satu kejayaan terbesar Abuya selain berdakwah dan perjuangkan Islam hingga menjadi cara hidup, beliau berjaya melahirkan keluarganya sebagai model perjuangannya. Kejayaan itu ialah bilamana keluarganya mampu berpegang pada prinsip dan dasar perjuangan Abuya, yang sangat berpegang teguh pada syariat Islam. Kejayaan itu terbukti bilamana diuji hingga mereka dicampak keluar dari perjuangan yang dibina Abuya oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Abuya berjaya melahirkan keluarganya sebagai satu thoifah yang menggenggam bara api Islam demi memastikan ianya kekal sepertimana Abuya menjaganya. Abuya berjaya membina keluarganya dalam m

THOIFAH PUTERA BANI TAMIM.

Dalam tulisan sebelum ini (APA ITU PANJI-PANJI HITAM) telah disentuh tentang thoifah akhir zaman. Allah melalui Rasul-Nya telah berjanji yang maksudnya: “Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menzahirkan (menegakkan)  kebenaran (hukum Allah), tidak mampu membinasakan mereka oleh penentangnya sehinggalah datang ketentuan Allah.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim) Dalam hadis ini jelas Allah memberi jaminan bahawa thoifah kebenaran itu tak akan pernah hancur oleh musuh-musuhnya melainkan jika Allah izinkan. Ertinya lagi, setiap kurun akan ada thoifah yang menjaga bara api Islam itu. Thoifah inilah pengamal Islam sebenar ( zohirina alal haq ), sebab itu ia tak pernah lekang dari ujian. Sentiasa sahaja ada pihak yang akan menghancurkannya terutama yahudi dan nasrani, yang memang termaktub dalam Quran sebagai puak yang tak pernah redha dengan Islam. Samada dari luar atau dari dalam, musuh-musuh sentiasa berusaha menghancurkan thoifah ini. Tapi, sebagaimana

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

Kita telah lama diperkenalkan tentang hadis-hadis akhir zaman. Kita juga selalu dan sering mendengar tentang hadis Nabi mengenai Ikhwan dan Asoib, satu kelompok yang dirindui Nabi S.A.W.  Kelompok inilah yang akan bersama-sama Imam Mahdi memerangi Dajjal. Kita juga mendengar tentang tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi. Tanda paling besar bahawa Imam Mahdi telah muncul ialah apabila seorang Putera Dari Bani Tamim menyerahkan Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam kepadanya. Panji-panji  Hitam inilah tanda pengesahan apakah seseorang itu Putra Bani Tamim  (yang menyerahkan) dan seorang lagi Imam Mahdi  (yang menerima serahan).  Nampak di sini betapa pentingnya Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam itu. Sabda Nabi S.A.W.: 1. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji  Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu  tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah) 2. "Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”. 3. “Jika

PERJUANGAN MENYELAMATKAN IMAN DARI FITNAH DAJJAL.

Firman Tuhan :  أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِن دُونِهِ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ  "Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya." Az Zumar : 36 Perjuangan Abuya yang telah dibina sejak puluhan tahun ini bukanlah perjuangan membina projek material. Perjuangan yang dibina ialah membina benteng pertahanan Iman untuk menghadapi fitnah akhir zaman, khususnya fitnah Dajjal. Projek lahiriah atau material ini adalah buah yang lahir hasil pembinaan insan yang berterusan. Baik benih yang ditanam maka hasilnya juga baik dan indah. Hasil yang baik dan indah ini lahir daripada usaha taqwa dan cinta serta takutkan Allah. Ada juga projek yang la

TAMADUN ISLAM ADALAH BUAH DAN HASIL AMAL DAN IBADAH KITA.

Sebelum kejatuhan Islam di Eropah beberapa ratus tahun yang lepas, ketika itu Islam berada dipuncak tamadun lahiriah. Kita dapati kesan-kesan sejarah di masa itu, umat Islam berada di puncak tamadun lahiriah melalui bangunan-bangunan peninggalan yang tedapat di sana. Juga kita boleh dapati ilmu-ilmu yang diguna pakai kini dan diagungkan oleh barat adalah berasal dari Islam, yang diambil dan dicuri dari kitab-kitab orang Islam terdahulu. Sepanyol dan Portugal bolehlah dianggap sebagai 'jambatan' yang menghubungkan tamadun Islam dengan negara-negara lain di Eropah. Kaum pedagang, para intelek dan tokoh-tokoh agama Eropah sering berkunjung ke Sepanyol untuk menimba pengetahuan kerana disitu sahajalah tempat terdekat yang terdapat institusi pendidikan dan pengajian tinggi. Disitu terdapat pelbagai kemajuan dan ketamadunan seperti wujudnya perpustakaan yang dilengkapi buku-buku ilmiah pelbagai bidang, termasuk sains, matematik, perubatan dan sejarah. Buku-buku tersebut adalah

TUJUH CARA MENGENAL HATI.

Firman Tuhan: وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ "Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka" Al-Mukmin : 60 Imam Al-Ghazali menyatakan, ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang atau sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini: Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tid

RAHSIA KEJAYAAN NABI S.A.W. DAN SALAFUSSOLEH MENGISLAMKAN DUNIA.

Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka dari sifat terkeji dan berkorban dan berjuang di jalan Allah dengan jiwa raga dan harta mereka.  Allah sentiasa di hati mereka dan ini menenangkan jiwa mereka hingga sanggup untuk apa sahaja demi Tuhan dan agama-Nya.  الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." An-Nahl : 106 Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, m