THOIFAH PUTERA BANI TAMIM.

Dalam tulisan sebelum ini (APA ITU PANJI-PANJI HITAM) telah disentuh tentang thoifah akhir zaman. Allah melalui Rasul-Nya telah berjanji yang maksudnya:

“Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menzahirkan (menegakkan)  kebenaran (hukum Allah), tidak mampu membinasakan mereka oleh penentangnya sehinggalah datang ketentuan Allah.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini jelas Allah memberi jaminan bahawa thoifah kebenaran itu tak akan pernah hancur oleh musuh-musuhnya melainkan jika Allah izinkan. Ertinya lagi, setiap kurun akan ada thoifah yang menjaga bara api Islam itu.

Thoifah inilah pengamal Islam sebenar (zohirina alal haq), sebab itu ia tak pernah lekang dari ujian. Sentiasa sahaja ada pihak yang akan menghancurkannya terutama yahudi dan nasrani, yang memang termaktub dalam Quran sebagai puak yang tak pernah redha dengan Islam. Samada dari luar atau dari dalam, musuh-musuh sentiasa berusaha menghancurkan thoifah ini. Tapi, sebagaimana yang Allah janjikan thoifah itu tidak dapat dihancurkan melainkan dengan ketentuan Allah.

Faktor terpenting yang Allah beri pada thoifah itu ialah pemimpinnya. Pemimpin thoifah itu ialah mujaddid yang Allah janjikan untuk diutuskan di setiap awal kurun. Sabda Baginda S.A.W.:

“Sesungguhnya Allah akan mengutus pada ummat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang Mujaddid yang membaharui urusan agamanya.”


Thoifah itu berkesinambungan dari kurun ke kurun, di-pass-kan dari satu mujaddid ke satu mujaddid samada secara lahiriah mahupun secara rohaniah, untuk memastikan kebenaran itu bersambung dari generasi ke generasi.

Allah ada cara-Nya tersendiri dalam menyelamatkan thoifah-Nya sekalipun yahudi dan nasrani tak pernah redha dengan kewujudan thoifah Islam sebenar  itu. Lebih-lebih lagilah di akhir zaman dimana thoifah itu dipimpin Putera Bani Tamim yang akan bersambung dengan empayar yang dipimpin oleh Imam Mahdi.

Kalau kita faham maksud hadis itu, hakikatnya memang Allah yang membentuk thoifah kebenaran itu. Kemudian Allah jugalah yang mengujinya dan Allah jugalah yang menyelamatkannya dari kehancuran.

Yang pasti, thoifah akhir zaman yang dipimpin PBT ini bersamanya adalah rahsia-rahsia Allah yang selamat disimpan bersama PBT. Kerana itulah beliau sangat pandai dalam selok belok perjuangan malah melahirkan manusia yang menyerahkan hati mereka untuk bersama-sama menjaga thoifah ini.

Setiap perkara yang berlaku kepada thoifah ini, ia adalah rahsia Allah. Hanya Abuya selaku guru mursyid dan PBT, kepadanyalah diberikan dan selamat rahsia ini bersamanya. Ditangannya bara api berjaya dijaga bahkan mampu untuk menerangi kawasan sekitarnya.

Namun itulah peranan thoifah, hanya menjaga bara api. Untuk menyalakan hingga menjadi api besar yang marak, itulah kerja Imam Mahdi. Panduan-panduan menjaga dan mengekalkan bara api ini telahpun diberikan oleh mursyid, sebagai persiapan untuk berlakunya ketentuan yang Allah takdirkan kepada thoifah ini.

Maka berlakulah ketentuan Allah, terjadi rahsia yang tidak pernah kita ketahui dan jangkakan, 13 Mei 2010. Akhirnya rahsia thoifah ini selamat bersama Abuya. Terpinga-pinga musuh-musuh yang ingin mengambil kesempatan. Maka bermulalah era baru dalam menjaga bara api ini.

Seperti yang disebut dalam hadis Nabi, tiada yang dapat menghalangnya melainkan ketentuan Allah. Ya! Allah yang mencatur semua ini. Kini thoifah yang dibina Abuya selama ini hancur sedikit demi sedikit dan kini menuju kehancuran yang besar. Segala yang dipersiapkan Abuya dihancurkan dengan begitu mudah. Prinsip jemaah, iaitu Iman, Ukhuwah dan Keselarasan kini hanya tinggal slogan.

Ciri-ciri thoifah kebenaran sudah ternafi bilamana yang memimpinnya adalah wanita, yang menjual nama Allah dan Rasul demi kepentingannya. Kita boleh lihat hasil thoifah yang dibina dan dijaga Abuya dengan keadaan terkini yang dipimpin kaum wanita. Model kehidupan Islam sebenar sudah tidak berlaku lagi. Bagaimana mahu kita katakan ini adalah thoifah yang menjaga bara api?

Sebenarnya, segala panduan dan pimpinan telah Abuya berikan. Hanya kita mahu mengambilnya atau tidak. Tapi bilamana kita sudah menganggap apa yang mursyid tinggalkan itu sudah ketinggalan zaman atau sudah luput, bermakna terputuslah kita dengan mursyid kita. Sepertilah kita kata Quran dan Hadis itu tidak relevan, tapi pada masa yang sama kita dakwa Nabi di sisi kita. Para sahabat pun tidak pernah menafikan Quran dan Hadis, siapalah kita. Beza sahabat dengan Ikhwan pun sudah terlalu jauh, tiba-tiba calon ikhwan yang tak pasti boleh kata Quran dan Hadis sudah tidak boleh pakai. Ilmu mana yang dia guna ni?

Sepatutnya, kita merenung dan kembali kepada panduan yang mursyid telah berikan. Kalaulah masyarakat umum pun terasa berharganya buah fikiran Abuya, namun anak muridnya menolak fikirannya dengan mengatakan ia tidak relevan lagi. Nampaknya yang menjaga bara api itu bukanlah bilangan yang ramai dengan projek yang meriah lahirnya, tetapi mereka yang menjaga bara api itu yang tegas dengan pendirian dan prinsip mursyidnya. Itulah sebenarnya yang dikatakan thoifah yang menjaga bara api.

Rahsia Allah kekal selamat bersama pemimpin yang dijanjikan. Bila ada sesiapa yang cuba membukanya, yang berlaku bukan kebaikan malah sebaliknya. Kini bara api yang ditinggalkan mursyid kekal dijaga mereka yang disiapkan mursyid itu sendiri. Disiapkan untuk menjaga bara api, bukan membesarkannya kerana itu tugas Imam Mahdi. Bila sampai masanya yang ditentukan Allah, akan berlakulah apa yang menjadi rahsia itu ditangan pemimpin yang dijanjikan berserta pengikut yang telah mencukupkan syaratnya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?