PERJUANGAN MENYELAMATKAN IMAN DARI FITNAH DAJJAL.

Firman Tuhan :
 أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِن دُونِهِ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ 

"Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya." Az Zumar : 36

Perjuangan Abuya yang telah dibina sejak puluhan tahun ini bukanlah perjuangan membina projek material. Perjuangan yang dibina ialah membina benteng pertahanan Iman untuk menghadapi fitnah akhir zaman, khususnya fitnah Dajjal.

Projek lahiriah atau material ini adalah buah yang lahir hasil pembinaan insan yang berterusan. Baik benih yang ditanam maka hasilnya juga baik dan indah. Hasil yang baik dan indah ini lahir daripada usaha taqwa dan cinta serta takutkan Allah.

Ada juga projek yang lahir bukan berasaskan taqwa tetapi kena ingat, hasil dari bukan usaha taqwa tidak akan melahirkan buah taqwa. Kerana buah yang baik adalah dari benih yang baik.


Seorang nabi akan melahirkan nabi, seorang wali akan melahirkan wali. Betapalah sebuah perjuangan yang dibangunkan oleh seorang guru mursyid yang sentiasa mendoakan darah dagingnya menjadi penerus perjuangannya. Tidak sama orang yang dididik terus oleh seorang mursyid dengan murid yang tidak pernah bertemu gurunya. Lebih-lebih lagilah kepada yang didoakannya selalu.

Perjuangan yang dibina mursyid ini bukanlah perjuangan yang boleh dibanggakan dengan bilangan ahli yang ramai, projek yang banyak tapi tidak menghasilkan natijah yang indah yang mengikat hati-hati manusia. Perjuangan ini dibina ibarat kepompong yang melindungi ulat didalamnya.

Kepompong yang kuat itu mampu melindungi ulat didalamnya walaupun ia sendiri sebenarnya lembut. Ulat di dalamnya pula dapat berlindung dan membentuk seekor rama-rama yang cantik dan indah dilihat manusia. Begitulah tamsilannya mengenai perjuangan ini. Ia bukanlah besar dan kuat namun ia melahirkan manusia yang mempunyai akhlak yang indah, seperti akhlak nabi-nabi Bani Israel. 

Inilah doa Nabi dari hadisnya yang menggambarkan ciri Ikhwan baginda itu memiliki akhlak yang sangat mulia. Kalau lahir manusia yang memiliki akhlak yang mulia, menyambung silaturrahim satu sama lain, inilah yang dimaksudkan oleh Nabi. Al Jamaatu Rahmatun. Tetapi jika hasil perjuangan tidak melahirkan akhlak yang mulia, manusia tidak terasa indah dengan akhlak dan sikap kita bukanlah perjuangan kebenaran namanya.

Hasil perjuangan yang melahirkan akhlak yang mulia, seperti akhlak Nabi Bani Israel inilah benteng Iman yang akan menyelamatkan diri dan keluarga daripada fitnah Dajjal.

Dajjal yang bersifat penipu itu, datangnya membuatkan ramai umat Islam yang murtad. Datangnya bersama sistem, yang jahat dikatanya baik dan baik dikatanya jahat. Syurga mukmin dikatanya neraka dan neraka bagi mukmin adalah syurga bagi pencinta dunia. Disinilah ramai yang terkandas sekalipun dikalangan tentera Imam Mahdi, ramai yang akan tersaring.

Dajjal pernah berdoa kepada Tuhan, dan Allah perkenankan untuk ianya berlaku. Inilah ujian berat dan besar hingga para Nabi dan Rasul pun berdoa minta dijauhkan dari fitnah Dajjal ini.

“Ya Tuhan, berikanlah aku kemampuan untuk menurunkan hujan, menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan penyakit yang ada di dunia, menyuburkan tanaman dan memperlihatkan syurga dan neraka kepada manusia kelak, yang sesungguhnya syurgaku adalah neraka-Mu dan nerakaku adalah syurga-Mu ya Tuhan. Agar aku boleh menguji keimanan manusia kelak."

Bagi mereka yang berpegang kepada pesan guru mursyid; menjaga Iman diri dan keluarga di waktu zaman fitnah ini, mereka akan dipandu dalam bertindak dan berbuat. Menjaga bara api itu ialah menjaga Iman diri dan keluarga, jika ada orang yang menyerahkan diri untuk dididik, Iman mereka juga perlu dijaga sepertimana Iman kita dan keluarga kita.

Selagi belum tiba pemimpin bertaraf khalifah, iaitu Imam Mahdi, perjuangan sekarang adalah perjuangan menjaga bara api jangan sampai ia terpadam. Untuk menyalakannya hingga menyala keseluruh dunia menjadi sebuah empayar, itu kerja Imam Mahdi bukan kerja kita. Kalau cuba juga melakukannya, hasilnya akan merosakkan kerana kita bukan orangnya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?