Posts

Showing posts from May, 2014

Ciri Pemimpin Kebangkitan Islam Akhir Zaman.

Dalam kebangkitan Islam sekali lagi iaitu di Malaysia semakin terserlah kemeriahan Islamnya. Ini satu anugerah besar dari Tuhan. Namun orang ramai tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kemeriahan Islam itu. Kerana kita selama ini belajar Islam yang asas, yakni berkenaan hukum-hakam sahaja. Bila dikatakan kebangkitan Islam sekali lagi ertinya kita sedang mengharungi janji Tuhan melalui lidah nabi akhir zaman. Ruang lingkupnya adalah luas dan menyeluruh (kaffah). Kebangkitan Islam kali kedua yang akan berlaku dikurun ini telah diberitahu melalui Rasulullah SAW. Nescaya Tuhan persiapkan tempat dan pejuangnya. Bahkan hakikatnya kebenaran itu datang dari Tuhan, Dia lebih tahu bagaimana untuk munculkannya. Pemimpin yang dijanjikan adalah seorang yang memimpin suatu jemaah yang memperjuangkan kebenaran yang kedatangannya telah disebutkan sebelumnya, baik oleh seorang rasul atau seorang nabi melalui wahyu yang diterimanya, maupun oleh seorang wali Allah melalui ilham atau firasat yang diteri

PEMIMPIN KEBENARAN BERJAYA MELAHIRKAN ORANG ROH.

Suara Haramain pada kali ini akan kongsikan sedikit dari bahagian Tasawuf dan tajuk kali ini adalah berdasarkan tajuk melahirkan orang roh melalui ilmu rohani. Sebelum kita pergi kepada pokok perbincangan kita, elok juga kita katakan disini tentang betapa pentingnya kita mempelajari ilmu tasawuf atau ilmu rohani, lebih-lebih lagi di akhir akhir ini dimana sesetengah orang tidak lagi menghiraukan pengajian rohani atau tasawuf ini kerana bagi mereka pengajian rohani ini menghalang kemajuan. Padahal ilmu rohani ini adalah satu pengajian yang dapat menjaga amal yang kita kerjakan itu benar benar ikhlas kepada Allah SWT.  Ada setengah ulama muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan betapa sekiranya seseorang itu tidak mempelajari ilmu rohani dia akan selalu membuat dosa yang dia tidak sedar. Manakala kalau dia mati, matinya dalam keadaan dosa yang tidak sedar. Dalam lain-lain perkataan dia dikatakan mati dalam su'ul khotimah. Seseorang yang mati dalam keadaan berdosa, walaupun dia tida

SIAPAKAH PEJUANG ROHANI?

Para pejuang rohani itu ialah orang yang dapat mengelakkan dirinya daripada kecelakaan akhirat. Kecelakaan akhirat itu ialah azab neraka Allah. Begitu juga, yang dikatakan orang roh itu ialah orang yang pandai mencari panduan hidupnya di semua aspek dan di semua bidang agar dia mendapat keredhaan Allah SWT.  Orang roh itu juga ialah orang yang pandai membuat persiapan diri untuk hari akhiratnya. Orang roh ialah orang yang celik akhirat atau orang yang pandai. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, Maksudnya: “Orang yang cerdik itulah ialah orang yang dapat memelihara dirinya dan dia bekerja dan beramal untuk selepas matinya. Dan orang yang dungu itu, ialah orang yang mengakui hawa nafsunya dan dia berangan-angan kepada Allah.” Demikian sabda Rasulullah untuk menceritakan kepada kita bagaimana yang dikatakan orang cerdik itu. Rupa-rupanya orang yang cerdik itu bukan ertinya dapat ijazah universiti, dah jadi profesor dan sebagainya. Tetapi orang yang cerdik itu sebenarnya ialah ora

PESAWAT MH370 PASTI DITEMUI SEANDAINYA DUA PAKAR MAHU BERGABUNG

Peristiwa   kehilangan  MH370  menjadi   fenomena   dunia .   Musibah   itu   melibatkan   penumpang   dan  anak   kapal  seramai  239 orang yang  berasal   dari  14  buah   negara .  Team SAR ( search and rescue ) yang  berhempas   pulas  mencari   dan   menyelamat   pesawat   terbang   ini   melibatkan  26  negara .     Mereka   dilengkapi   dengan   berbagai  asset  canggih   dan  pakar-pakar   bertaraf   antarabangsa .    Sudah   dua   bulan  mereka   berusaha   tetapi   nampaknya   seperti   sia-sia   belaka .   Tiada   hasil  yang  nyata .    Hanya   teori ,  hipotesis ,  a ndaian  dan   harapan  yang  tiada   fakta .    Orang-orang  akal   seperti  kehilangan   punca .    Nampaknya   tekonologi   akal   sudah  tidak   bermaya .      Para  pakar   mengakui   k ejadian   seumpama  MH370  adalah  p ertama  kali  berlaku  di  dunia .   Ada  dua  orang   pakar  yang  berkaitan   dengan   isu  kehilangan   pesawat   ini   telah   diwawancara   oleh   stesen  TV  terkemuka   negara .  

KESEDERHANAAN MENURUT ISLAM.

Kini apabila kesedaran umat Islam semakin meningkat, banyak perkara hendak merujuk Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Maka ditegaskan lagi bahawa maksud firman Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW yang sebenarnya konsep ‘sederhana’ atau 'Asas Wasatiy' diambil firman Allah swt dan sunnah  baginda SAW. Maksud firman Tuhan: "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu"  (Al-Baqarah : 143) Maksud Hadis pula: "Sebaik-baik pekerjaan itu ialah sederhana"  Berdasarkan nas Quran dan Sunnah yang telah disebut di atas sebagai sandaran konsep 'sederhana' dalam Islam, bukannya kita berlebih kurang sahaja dalam buat kerja-kerja kita. Tetapi kesederhanaan itu ialah satu ukuran yang sebaik-baiknya untuk kerja-kerja dunia yang tidak kekal ini berbanding dengan kerja-kerja untuk Akhirat yang kekal abadi itu. Untuk

USAHA MEMBUKA PINTU REZEKI DARI TUHAN.

Meninggalkan dosa adalah satu usaha untuk mendapatkan sumber rezeki dari Tuhan. Biasanya kita bertungkus lumus mencari duit dengan pelbagai pekerjaan atau perniagaan yang kita lakukan. Sebenarnya, kalau usaha kita tidak berjaya atau tidak berlaku ianya kerana Tuhan tidak tolong. Mengapa Allah tidak tolong? Sebab Allah marah. Mengapa Allah marah? Sebab kita berdosa. Membetulkan dosa itulah menjadi sumber rezeki. Kita juga diminta usahakan berkat dengan bersandar dengan wali atau orang soleh, insya Allah kita dibantu. Lebih-lebih lagi kita berada di waktu adanya janji Tuhan buat kebangkitan Islam kali ke dua. Allah memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya dengan pelbagai cara. Sebagai orang Islam, lebih-lebih lagi yang menagih janji Tuhan di akhir zaman ini mari kita lihat punca atau sumber rezeki yang Allah salurkan. Jangan kita bahaskan atau bincangkan soal orang kafir dan rezeki yang diberikan kepada mereka. Ini kerana Allah telah berjanji soal kehidupan dan makan minum semua Allah aka