PESAWAT MH370 PASTI DITEMUI SEANDAINYA DUA PAKAR MAHU BERGABUNG
Peristiwa kehilangan MH370 menjadi fenomena dunia. Musibah itu melibatkan penumpang dan anak kapal seramai 239 orang yang berasal dari 14 buah negara. Team SAR (search and rescue) yang berhempas pulas mencari dan menyelamat pesawat terbang ini melibatkan 26 negara.
Mereka dilengkapi dengan berbagai asset canggih dan pakar-pakar bertaraf antarabangsa. Sudah dua bulan mereka berusaha tetapi nampaknya seperti sia-sia belaka. Tiada hasil yang nyata. Hanya teori, hipotesis, andaian dan harapan yang tiada fakta. Orang-orang akal seperti kehilangan punca. Nampaknya tekonologi akal sudah tidak bermaya.
Para pakar mengakui kejadian seumpama MH370 adalah pertama kali berlaku di dunia.
Ada dua orang pakar yang berkaitan dengan isu kehilangan pesawat ini telah diwawancara oleh stesen TV terkemuka negara. Mereka ialah bekas juruterbang MAS, Kapten Nurodin Abdul Majid dan Pakar Pengimejan Pesawat Hiperspektrum UPM, Profesor Dr. Mej. Haji Kamaruzaman Jusoff. Terdapat satu persamaan dalam kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua sumber ini.
1. PESAWAT MH370 HILANG ! FULL STOP!
Hingga saat ini tidak satu pihak pun yang boleh menjelaskan tentang kehilangan pesawat itu. Kehilangannya begitu misteri! Walaupun ramai pihak yang mendakwa ada maklumat tentangnya, tapi semuanya hanya berupa teori, tiada bukti dan saksi yang pasti. Semuanya masih dianggap andaian-andaian sehinggalah jisim atau saki baki pesawat terbang itu benar-benar ditemui.
3. PESAWAT MH370 berada di 'DIMENSI LAIN' yang tidak dapat dilihat mata kasar manusia dan semuanya di bawah PERCATURAN, KEKUASAAN ALLAH S.W.T. iaitu kemungkinan 'DISEMBUNYIKAN BENDA LAIN'.
Setelah diteliti pendapat dan kenyataan kedua-dua pakar yang sarat dengan pengalaman ini, kelihatan seperti sudah jelas kemanakah hilangnya Pesawat MH370. Pesawat itu berada di ‘dunia lain’ atau ‘dimensi lain’dan ‘disembunyikan oleh benda atau makhluk lain’.
Apakah mungkin objek di alam manusia boleh memasuki alam jin, sehingga ia hilang dari pandangan mata manusia dan alat pengesan manusia seperti radar, satelit, GPS dan lain-lain? Ia bukanlah satu perkara pelik, samada kita ingin mempercayainya atau tidak. Namun hakikat yang kita wajib percaya wujudnya alam jin dan alam malaikat di sebalik alam manusia ini. Hanya orang beriman kepada Allah sahaja akan yakin dengan semua ini.
Apakah hikmah dari fenomena ini?
Tak ada satu perkara pun yang Allah lakukan itu sia-sia. Allah tak akan buat sesuatu perkara melainkan ada perkara yang nak diberitahu kepada kita. Ada pengajaran yang Allah nak kita ambil dengan tepat, supaya dengani tu akan bertambah keyakinan kita kepada Allah dan peranan-Nya dalam kehidupan kita. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Atau kita buat-buat tak faham dan tak peduli dengannya.
Mari kita analisa apakah sebenarnya hikmah dari fenomena MH370.
Akhirnya, saya menyeru kepada semua pihak berkaitan, terutamanya pihak kerajaan. Teruskan berusaha! Jangan putus asa. Gabungkan segala kekuatan yang Allah beri terutama pada rakyat kita sendiri untuk merungkai masalah ini. Gabungan pakar akal dan pakar ruh, pasti akan menghasilkan penyelesaian yang menakjubkan.
Wallahua'lam