PEMIMPIN KEBENARAN BERJAYA MELAHIRKAN ORANG ROH.

Suara Haramain pada kali ini akan kongsikan sedikit dari bahagian Tasawuf dan tajuk kali ini adalah berdasarkan tajuk melahirkan orang roh melalui ilmu rohani. Sebelum kita pergi kepada pokok perbincangan kita, elok juga kita katakan disini tentang betapa pentingnya kita mempelajari ilmu tasawuf atau ilmu rohani, lebih-lebih lagi di akhir akhir ini dimana sesetengah orang tidak lagi menghiraukan pengajian rohani atau tasawuf ini kerana bagi mereka pengajian rohani ini menghalang kemajuan. Padahal ilmu rohani ini adalah satu pengajian yang dapat menjaga amal yang kita kerjakan itu benar benar ikhlas kepada Allah SWT. 
Ada setengah ulama muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan betapa sekiranya seseorang itu tidak mempelajari ilmu rohani dia akan selalu membuat dosa yang dia tidak sedar. Manakala kalau dia mati, matinya dalam keadaan dosa yang tidak sedar. Dalam lain-lain perkataan dia dikatakan mati dalam su'ul khotimah. Seseorang yang mati dalam keadaan berdosa, walaupun dia tidak sedar, matinya tetap masuk neraka. 
Apapun yang kita lakukan adalah untuk Tuhan, hendaklah kita ingatkan bahawa ia adalah menjadi satu tuntutan syariat. Ertinya, kita berkongsi ilmu kerana ianya memang dituntut oleh Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

”Menuntut ilmu itu adalah diwajibkan bagi setiap Muslim.” 
Orang rohani (mereka yang bertasawuf) bila menuntut ilmu adalah dengan tujuan membebaskan dirinya daripada kegelapan. Dengan kata yang lain, kita menuntut ilmu supaya kita keluar dari kegelapan kepada alam pencerahan. Sebabnya, alam ilmu itu merupakan alam cahaya manakala alam kejahilan itu ialah alam kegelapan. Ertinya, ilmu itu merupakan petunjuk manakala jahil itu merupakan kesesatan. Orang yang berada dalam kejahilan bererti bahawa dia tidak dapat petunjuk untuk menyuluh
kehidupannya. 
Seterusnya, ilmu yang dipelajari dikuasai meluas kerana ianya sesuai dengan keperluan sebagai panduan hidup kita di semua aspek dan semua bidang. Supaya kita tidak tersesat di dunia ini dan agar kita terlepas daripada penderitaan Tuhan di neraka nanti. Dan orang rohani suka berkongsi sekurang-kurangnya kepada anak isteri dan kaum
keluarganya. Orang rohani jiwanya sensitif dan halus. Jika dia berdakwah, dia memulakan dakwahnya kepada dirinya dan keluarganya dahulu. Keluarganya adalah masyarakatnya. Bagaimana dia mahu berdakwah kepada awam sekiranya anak isterinya diabaikan.
Menyampaikan ajaran Allah ini kepada orang lain,
termasuk pada anak isteri kita, adalah sesuai dengan kehendak syariat
Tuhan sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, yang

maksudnya:

                   ”Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat.”

Itu juga di kira amalan rohani. Selain itu kita dapat bersilaturrahim sesama yang berkongsikan ilmu tersebut. Itu juga amalan rohani yang di tuntut oleh Islam. Demikian indahnya dalam Islam. 

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?