ISLAM PERTENGAHAN MENGIKUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Golongan militan di kalangan umat subur di Timur Tengah. Pertumpahan darah tak henti-henti berlaku sesama umat Islam. Perperangan antara rakyat sesama rakyat atau antara rakyat dengan pemerintah. Semuanya beragama Islam. Ajaran Islam yang kasar dan ganas dengan mudah mengkafirkan umat Islam lain yang tidak sealiran dengan meraka. Sangat mudah mengundang pergaduhan dan pertelingkahan.

Anjuran Rasulullah SAW yang membawa rahmat dalam perbezaan pandangan dalam soal cabang Islam sudah tidak berlaku, sebaliknya dijadikan medan pergaduhan. 

Golongan militan yang kasar mempunyai daulah sebagai tapak untuk melancarkan gerakan mereka ke seluruh dunia. Mereka berpegang dengan ajaran Wahabi dan daulahnya di Saudi. Militan syiah daulah mereka di Iran. Nikah mutah berleluasa dan diterima di Iran. Ajaran wahabi tidak amalkan kahwin mutah tapi tetapi dengan nama yang lain iaitu nikah mishyar, konsepnya tetap sama. Menurut ahli sunah ianya tidak dibenarkan.

Sebenarnya di waktu ini, Haramain iaitu Mekah dan Madinah sudah dikuasai oleh golongan Islam yang kasar ajarannya. Sesungguhnya sudah rosak binasa agama Islam dipandangan dunia. Allah sudah tidak diagungkan dan Nabi sudah tidak diikut sunnahnya. Budaya yang diamalkan di Haramain nampaknya budaya Yahudi. Akhlak Islam sudah jauh dan roh sudah putus dari Allah dan Rasul. 

Amalan Islam yang ditampilkan tidak indah. Keras, kaku dan jumud. Bezanya dengan Haramain ketika di tangan Rasulullah SAW dan Para Sahabat. Islam telah disalah gambarkan. Islam telah disalah tafsirkan. Bahkan Islam telah disalahertikan. Hingga Islam dipandang begitu buruk oleh masyarakat dunia terutama orang-orang bukan Islam disebabkan oleh kesalahan umat Islam sendiri. 

Umat Islam yang mempersembahkan Islam dengan tidak tepat sama ada dari segi Tauhid atau mereka menjadi pasif atau militan. Kini, kedua-dua golongan ini sangat ditakuti. 

Kita harap pandangan ketiga ini adalah yang tepat. Golongan ketiga ini sekarang sedang menempah nama diperingkat negara-negara OIC dan juga masyarakat antarabangsa. Golongan ketiga ini daulahnya adalah Malaysia. Menjadikan ajaran pertengahan iaitu ahli sunnah wal jamaah sebagai pegangan rasmi negara. 

Bahkan Malaysia terserlah amalan Islamnya dan negara Islam yang paling maju. Orang bukan Islam di Malaysia pun boleh menerima sekalipun mereka tidak masuk Islam. Masyarakat IslamTimur Tengah sendiri sangat mengakui pengamalan Islam di Malaysia lebih sempurna dan syumul dari mana-mana negara Islam dimuka bumi ini. 

Amerika Syarikat dan negara-
negara Barat kagum melihat perkembangan di Malaysia. Rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan berlainan agama tetapi dapat hidup dalam aman dan harmoni. Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Amerika, Barack Obama yang datang beberapa hari melawat Malaysia.

Maksud firman Tuhan: "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (Al-Baqarah : 143)

Di sini, diperjelaskan sedikit dari sudut pandangan Islam antara dua golongan ini dengan membawa pandangan yang ketiga. Berdasarkan ayat Quran di atas.

Ini penting supaya imej Islam itu pulih semula dan supaya orang bukan Islam walaupun mereka tidak masuk Islam tetapi mereka boleh menerima kewujudan Islam dan umat Islam. Juga supaya Umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar.

Mari kita cuba huraikan dan memperjelaskannya. Moga-moga akan terserlah Islam yang sebenarnya. Bukan Islam yang kiri dan bukan yang kanan. Bukan juga Islam yang pasif dan bukan yang militan. Tetapi di tengah-tengah antara dua golongan ini. Islam yang pernah wujud di zaman Nabi dan para sahabat.

Allah memberitahu kita dalam ayat tadi bahawa Tuhan menjadikan umat Muhammad (Islam) itu umat pertengahan. Apa yang dimaksudkan dengan pertengahan?

Kalau yang dimaksudkan umat Muhammad itu datang sebagai umat pertengahan di antara umat ke umat, dengan sendirinya kenyataan itu ternafi kerana hakikatnya umat Muhammad ini berada di hujung usia dunia. Rasullullah adalah Rasul yang terakhir maka umat ini adalah umat yang terakhir. Kalau itu yang dimaksudkan, kenyataan tadi batal dengan sendirinya. Jadi, bukan itu maksudnya.

Jadi, apa yang Allah maksudkan tentang umat Muhammad ini umat pertengahan ialah umat yang sederhana, tidak terlalu ke kiri dan tidak terlalu ke kanan. 
Maksudnya, ajaran yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad adalah ajaran terakhir daripada seluruh ajaran yang disampaikan kepada nabi-nabi. Kalau ianya boleh difahami dan menjadi ilmu serta boleh dihayati, diaplikasi dan boleh diperjuangkan, umat Islam tidak akan menjadi pasif dan tidak militan. Inilah yang dimaksudkannya. Tidak keras dan kasar tapi tidak jumud dan tertutup, dan tidak pula terlalu bebas dan terbabas.

Kenapa? Kalau kita baca sejarah dunia, kedatangan agama-agama atau kedatangan ahli-ahli falsafah ke dunia yang masing-masing ada peranan yang sangat berbeza. Kedatangan ahli-ahli agama sebelum Rasullullah membawa agama yang betul-betul berbentuk ibadah selain daripada masalah-masalah aqidah yakni soal hati. Soal-soal lahirnya adalah benar-benar ibadah seperti sembahyang dan puasa. Ia tidak ada hubungan dengan dunia. Tidak ada hubungkait dengan kemajuan dan pembangunan. Soal dunia ini kalau hendak dibuat boleh dibuat tetapi kalau tidak dibuat, tidak mengapa. Kerana soal dunia tidak dianggap agama.

Jadi, golongan pertama terlalu menjurus kepada akhirat dan golongan yang kedua sangat berbentuk keduniaan. Tetapi masya-Allah, Maha Besar Tuhan, ajaran yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang terakhir, pemimpin dari Tuhan untuk dunia yang terakhir membawa ajaran yang merangkumi kedua-duanya sekali. 

Ertinya, bukan hanya ibadah menjadi ibadah dan bukan hanya ibadah menjadi agama. Tuhan mahu umat Muhammad menjadi maju tetapi di-Islamkan. Membangun kemudian di-Islamkan. Berkemajuan kemudian di-Islamkan. Segalanya mengikut peraturan-peraturan dari Tuhan. Akhirnya apa sahaja yang dilakukan dengan meletakkan agama itu sebagai asas, ia tetap agama, diberi pahala, mendapat keredhoan Tuhan dan mendapat kasih sayang Tuhan.

Apabila dunia yang dibangunkan, kemajuan yang dibangunkan dan tamadun yang dibangunkan diaplikasikan dan di-Islamkan mengikut ajaran-ajaran Tuhan maka disini dapat dua keuntungan. Itu juga ibadah dan itu juga kemajuan. Itu juga ibadah dan itu juga tamadun. Itu juga ibadah dan itu juga pembangunan.

Ertinya, keseluruhan hidup termasuk pembangunan kemajuan itu sudah menjadi agama dan bernilai ibadah!

Jadi, ianya tidak boleh dipandang dalam dua bentuk lagi, ia sudah menjadi agama. Maksudnya, ibadah, kemajuan dan pembangunan, semuanya yang dilakukan berlandaskan ajaran agama Islam mendapat pahala, keredhoaan dan kasih sayang dari tuhan. 

Inilah yang dimaksudkan umat Muhammad itu umat pertengahan. 


Tidak dunia semata-mata dan tidak akhirat semata-mata. Akhirat dan dunia digabungkan. Yang akhirat tetap akhirat, yang dunia pun bernilai akhirat. Yang akhirat menjadi ibadah dan diberi pahala. Kemajuan dunia pun sudah menjadi ibadah. Kemajuan itu juga sudah menjadi ibadah. Kalaulah fahaman ini dapat dipersembahkan kepada masyarakat, Islam menjadi sangat cantik dan indah. Akhirat dan dunia tidak ada pemisahan dan tidak ada bezanya. Inilah kesederhaan (pertengahan) dalam Islam.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?